Kehangatan pemilihan baru barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian terasa. Proses pencalonan peringkat cabang (bahagian) dijangka bermula seawal hujung bulan ini, sementara itu pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti pula dijadualkan pada 17 September hingga 3 Oktober depan. Selain jawatan Timbalan Presiden yang dijangka sengit antara penyandang Azmin Ali dengan Zaid Ibrahim, banyak lagi jawatan lain juga yang dijangka panas. Antara yang paling mendapat perhatian ialah sayap kanan parti itu iaitu untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Terdapat ursa-ura Ketua AMK sekarang iaitu Saudara Shamsul Iskandar Md Akin tidak akan mengekalkan jawatannya. Beliau dikatakan akan diberi porfolio baru sebagai Ketua Penerangan PKR Pusat. Makanya, kerusi yang dikosongkan itu sudah pastinya bakal menjadi rebutan. Soalnya, siapakah yang bakal bertanding untuk jawatan itu agaknya?. Jika benar Shamsul akan memberi laluan kepada muka baru, sudah pasti pertembungan yang bakal berlaku pasti sengit. Soalnya siapakah calon yang akan bertanding?
Chegubard Antara Calon Pilihan Ketua AMK PKR



Chegubard antara pemimpin muda yang berani dan kental tatkala membela
nasib rakyat biarpun terpaksa berhadapan dengan tindakan kasar polis
Soalnya sekarang, jika Chegubard bertanding maka siapakah yang akan menentangnya?. Sedangkan kita difahamkan Shamsul Iskandar akan mengosongkan kerusi tersebut. Ini bermakna beliau bakal berhadapan dengan muka baru. Siapakah yang layak untuk berhadapan secara "gentleman" dengan Chegubard agaknya?. Inilah yang dinantikan.
Chegubard Mungkin Di Cabar Oleh Rafizi Ramli

[Apapun, segalanya masih belum dapat disahkan sepenuhnya lagi. Apapun jika benar pertembungan akan berlaku antara Rafizi dan Chegubard, maka sudah pastilah ia agak sengit. Tambahan pula, Rafizi masih terlalu baru dalam arus perjuangan reformasi berbanding Chegubard. Cuma, apa yang tidak sedap didengar sekarang ini bila mana terdapat ura-ura yang ada campurtangan pimpinan tertinggi PKR yang mahu Chegubard "berkompromi" dengan Rafizi. Jika ini berlaku, bermakna beliau hanya akan bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua AMK Pusat sahaja. Soalnya, apakah ahli-ahli AMK di seluruh negara dapat menerima kenyataan itu agaknya?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan amalan demokrasi, maka biarlah dua anak muda ini bertanding secara "anak jantan". Jika kekuatan ada pada Rafizi maka pasti dia akan menang, begitulah sebaliknya. Kita tidak mahu ada "tangan-tangan ghaib" pula yang tergamak membuat percaturan tertentu untuk memastikan Rafizi yang lebih dianggap "profeisonal" menjadi Ketua AMK. Jika percaturan ini dibuat, maka apalah guna diadakan pemilihan?. Lebih baik pucuk pimpinan tertinggi memutuskan sahaja siapakah yang paling layak untuk mereka angkat. Namun, semua ini hanyalah khabar angin yang masih belum dapat dipastikan lagi. Kepada Chegubard dan Rafizi atau siapa sahaja yang bertanding teruskan perjuangan dan kempenlah secara berhemah].
Sumber: Pahang Daily
AMK harus keluar dari perkara sama sejak 10 tahun dahulu. Kita perlukan ketua yang kuat untuk mendepani cabaran baru. tambahan pula kita masih belum ada pimpinan muda keadilan yang boleh setanding dgn Khairy. Mungkin Rafizi satu alternatif.
BalasPadamRafizi bukan muka baru. Waktu hari pertama Anwar dipecat di ada di sana. Suara Mahasiswa pertama yang digerakkan bersama UKEC, GAMIS dan PKPIM adalah nukilan beliau.
BalasPadamBetul dia terpaksa pulang ke UK untuk tamatkan pengajian, tetapi dia aktif dalam Free Anwar Campaign. Kemudian jadi Exco Pemuda Keadilan dan seterusnya Bendahari Pemuda dan Ahli MPT.