RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 27 Ogos 2010

KEBERANIAN NURUL IZZAH MEWARISI BAPANYA

Izzah Pertahan Pendirian

26 Ogos - Walaupun diancam dengan tangkapan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, srikandi Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar tidak akan sama-sekali mengubah pendiriannya berhubung skandal rasuah kapal selam Scorpene. Bahkan beliau mengalu-alukan Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat kandungan temubualnya bersama Tempo, yang membincangkan kecurigaan-kecurigaan disebalik pembelian Scorpene, serta isu kegagalan kapal selam itu untuk menyelam.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi menyelar Izzah sebagai penderhaka selepas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerangkan kontroversi yang berlegar sekitar kapal selam Scorpene milik Tentera Laut Diraja Malaysia kepada majalah Indonesia. Menteri Agama Jamil Khir Baharom pula menganggap Izzah telah berdosa kerana Malaysia boleh huru-hara jika keburukan Kerajaan Umno-BN diceritakan kepada orang luar.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid Mad Arip menggesa Izzah disiasat dibawah ISA kerana memperkecilkan kemampuan kapal selam Scorpene, yang sebelum ini dilaporkan gagal menyelam selepas pembelian oleh Kerajaan Malaysia. Nurul Izzah berkata, beliau sudah memberi kenyataan bertulis tentang siapa penderhaka yang sebenar dan beliau juga menyatakan Menteri Pertahanan tidak menjawab kenapa tidak ada sokongan tentang siasatan komisyen lima ratus juta Ringgit terhadap Perimekar yang dilakukan oleh suruhanjaya pencegahan rasuah (SPRM).

Persoalan lain yang dtimbulkan oleh beliau adalah kenapa latihan ketenteraan laut dikurang kepada sekali setahun berbanding sebelum ini 3 kali setahun atas alasan mahu jimatkan kos. Izzah sekali lagi menegaskan pandangannya mengenai kegagalan kapal selam negara berfungsi itu bersandarkan kepada jawapan bertulis yang diberikan Zahid Hamidi pada Dewan Rakyat. Tetap dgn pendirian itu, beliau mengulas maklumat tersebut boleh diperolehi umum. “Saya sedia disiasat oleh polis dan sisastan polis pun belum berlangsung lagi. Ini cara kotor dan jijik nak heret saya dibawah siasatan ISA” kata Izzah lagi./TVSelangor

4 ulasan:

  1. UMCO dah terlalu nazak. Jika para ahlinya masih sayangkan parti yg penuh berjasa tersebut, mereka mesti menggantikan pemimpin mereka sekarang yang terlalu bengap dan korupsi, juga balaci-balaci pembodek yg akan menjadi penjatuh utama seperti Lokman Adam, Ezam Md Noor dan Muhd Zahid MD Arip dan banyak lagi. Justeru, mereka ni sebenarnya munafik besar terhadap UMCO dan Bangsa Melayu (budak Tabika pun tahu). Individu seperti mereka inilah sebenarnya yang cukup-cukup menjadi perosak kepada bangsa dan agama..fikir-fikirkanlah..

    BalasPadam
  2. salam...sebak di dada tidak dapat diluahkan dgn kata2...di akhir zaman siapa yg membawa kebenaran dan menentang kezaliman akan di hujani dengan pelbagai tohmahan dr org zalim...ap yg penting skarang...sy nk tgok jamil khir kembali ke pangkal jalan...jgn jd badot...ya allah kenapa la jd mcm ni...bt malu kuarga n kampung ja...taubat la jamil khir

    BalasPadam
  3. Izzah jadi talibarut di Indon ke?

    BalasPadam