RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 30 Januari 2011

RAIS PEMIMPIN SESAT YANG INGIN MENYESATKAN ORANG LAIN

Oleh: WFAUZDIN NS

RAIS Yatim mempertikaikan apa yang disebut oleh Mursyidul Am PAS bahawa sesiapa yang menyokong Umno/Bn adalah golongan Jahil. Jika begitu kepercayaan Rais, tentulah baginya sesiapa yang menyokong Umno/Bn terdiri daripada golongan `cerdik dan bijak'. Benarkah begitu?

Rais dipetik dari Malaysiakini menyebut, "Sekarang, setiap yang bernama Melayu dan Islam harus kerjakan sesuatu yang lebih dalam iaitu memahami agama kita dan tolong cari dalam al-Quran atau Hadis bahawa seseorang yang tidak memilih partinya (PAS) dia langsung menjadi seorang yang jahil atau tidak".

Memang jelas di dalam Al-Quran, tiada ayat yang menyebut sesiapa yang memilih PAS dia terdiri daripada orang yang bijak yakni tidak jahil. Tetapi, di dalam Al-Quran banyak ayat yang mewajibkan melaksanakan hukum hakam dan peraturan Al-Quran yakni undang-undang Islam termasuk hukum Hudud dan Qisas. Di dalam konteks negara ini, mana satukah parti yang dasarnya ingin melaksanakan hukum dan undang-undang Islam? Adakah Rais Yatim fikir Umno? Cuba Rais semak betul-betul di dalam dasar dan Perlembagaan Umno, adakah ada fasa yang menyebut bahawa parti itu ingin menegakkan hukum Islam berdasarkan Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Ulamak?

Kemudiannya, bandingkan dengan dasar parti PAS. Terbukti PAS satu-satunya parti yang menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai dasar perjuangan dan dasar pemerintahan sekiranya parti ini berkuasa. Justeru itu, adakah menyokong PAS boleh menjadi kita jahil dan menyokong Umno menjadikan kita bijak bistari? Secara kiasnya, menyokong PAS tentulah berpahala kerana PAS adalah parti yang ingin melaksanakan suruhan agama.

Berpahalakah kita jika kita menyokong Umno yang banyak terbukti menentang hukum Islam selama ini? Kalau tidak mendapat berpahala, maka apa yang kita akan dapat? Apa lawan bagi pahala? Berpahala menunjukkan jalan ke syurga, berdosa menunjukkan jalan ke Neraka. Cuba kita jawab sendiri, adakah kita berpahala, dosa, syurga atau Neraka jika memilih PAS atau Umno?

Semua antara kita cuba renungkan baik-baik dan buatlah keputusan yang berlandaskan hukum agama kita. Jangan kita menjadi pak turut kepada pak-pak Menteri yang jahil tentang agama itu. Bagaimana mahu yakin dengan mereka sedangkan mereka sendiri gagal bentuk keperibadian Islam baik kepada dirinya, isteri dan ahli keluarganya. /wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. BORING....susah betul nak bertekak dgn menteri yg mcm ni...seorang lg nak tunjuk pandai...sama mcm mad isa...kalau ilmu agama tu dah cetek tolong lah jgn nak tunjuk pandai...tolong semak maksud 'jahil' yang Ulamak Nik Aziz sampaikan...kenapa aku marah?kerana kenyataan Rais ni yg sedih "Sekarang, setiap yang bernama Melayu dan Islam harus kerjakan sesuatu yang lebih dalam iaitu memahami agama kita dan tolong cari dalam al-Quran atau Hadis bahawa seseorang yang tidak memilih partinya (PAS) dia langsung menjadi seorang yang jahil atau tidak". kenapa sekarang baru nak suruh yg bernama melayu dan islam memahami agama?selepas apa yg mat isa cakap tu ke?dan yg aku dah katakan memang ada melayu saja dan ada yang islam saja kenapa aku cakap mcm tu? sebab rais sendiri dah sebut "melayu dan islam kena kerjakan sesuatu" dlm kenyataan ini...kalah lah aku kalau wfauzdin ni salah taip pula...so kenapa sebut begitu?adakah dalam UMNO ada melayu dan islam?ini adalah salah satu sbb aku sokong apa yg nik aziz katakan...aku masih ingat satu cerita bila ada imam memberi khutbah jumaat dalam satu kpg yg menyatakan ada tuhan dibawah masjid kita,terus dalam dgr khutbah makmum turun kebawah melihat kalau2 ada tuhan...akhirnya org ramai buat aduan dan sultan telah arahkan di pancung kepala imam kerana masih bertegas menyatakan ada tuhan dibawah masjid...setelah beberapa hari imam baru dilantik dan tiba hari jumaat berikutnya..maka dalam tengah khutbah ada hambah ALLAH ini mencari kebenaran arwah imam terdahulu tentang ada tuhan dibwh masjid dan tiba2 dia tersepak emas dan terus menjerit emas dan ketika khutbah jugalah semua makmum berebut korek tanah utk mengambil emas...so disini boleh lihat emas lebih penting dari solat jumaat itu sendiri maka terkaitlah apa yg disampaikan oleh arwah imam terdahulu tentang "TUHAN ADA DIBAWAH MASJID"..saya mahu umat islam terus menerus bersifat byk merujuk pada AL-Quran dan Hadis nabi atas apa yg ulamak sampaikan agar kita dapat berpesan2 sesama sendiri dan bukannya memperkecilkan ulamak seperti org UMNO ini..TQ

    BalasPadam
  2. lobai joram pergai..30 Januari 2011 pada 3:21 PG

    Salam..
    Den org Negeri Rais yatim dan nk komen menteri yg tahu Law ini..
    Apo yg den faham setakat neh,Rais Yatim neh adolah pengampu Godang(besar)dlm UMNO..
    Tgklah sendiri mcm mano dio bleh survive kedudukan dio dgn tigo Perdano Mentori tolah bertukar..
    Ckp2 dio semuo hea utk kukuhkan kedudukan dio supayo PM pandang sket kek dio neh..
    Jd yg keluar dari mulut dio neh bukan hea Ikhlas dari sanubari dio sbb lidah pengampu neh sentiaso manis didongar oleh kepimpinan tertinggi UMNO..
    Sayo nasihatkan kawan2 jg ambik ati dgn org mcm neh,sobab dio pun bukan mudo na laie,tunggu salah makan yo,klu nasib baik dio masuk wad dulu sebolum dio padam,tp den nasihatkan sedaro maro dio,klu dgr yo dio neh sakit,torus yo gali kubur,x payah tggu lamo2,bawakkan kain kapan dan surah Yasin utk Org Jelobu baco kan ramai2..
    Klu ikut ati den,dio neh Hidup2 den pikulkan ke kubur..Raso nk tanam hidup2 org mcm neh,buek malu Melayu Negori Semblan yo..
    Tp bilo konangkan ckp org2 tuo,"buek apo dilayan anjing menyalak,nti samo lak kito jd mcm anjing tuh",mako den sabar yo lah!!!
    Sabar yo kawan2..
    Anjing tuo yg korang marah tu..Anjing x ado rambut plak tuh!!!
    X lamo tu doh..
    Mentol malap x lamo lai padam lah dio..

    BalasPadam
  3. macam ayam jantan..kokok berdorai, ekor bergeluang tahi...kalau bini sendiri pun tak boleh nak terbiah, tak bolehnak suruh pakai tudung..tok sah lah nak buang mso mengenakan TGNA..saya suka nak mencadangkan carilah nas tentang kewajipan menutup aurat di kalangan perempuan Islam...conpom ada banyak!!!kewajipan pada anak bini pun belum lepas dah berangan nak setaraf dgn TGNA...

    BalasPadam