
Tuntutan Sumpah Laknat : Anwar perlu tau mengapa?
Oleh: anak_muar
"Dari  tahun 1998 apabila dakwaan salah laku seks liwat terhadap Dato seri  Anwar Ibrahim mula timbul hingga membawa kepada pemecatan beliau dari  UMNO dan kerajaan,desakan dan cabaran supaya beliau bersumpah dengan  nama Allah SWT menafikan tuduhan tersebut telah pun kedengaran dari  pihak UMNO ketika itu.
Seingat  13 tahun dahulu Dato Ibrahim Ali  yang ketika itu berjawatan MT UMNO  meminta supaya Anwar Ibrahim  bersumpah dan beliau akan membela Anwar  sekiranya Anwar bersumpah namun  apabila Anwar melafazkan sumpah di satu  ceramah di Batu Pahat tiada pula  seorangpun pemimpin UMNO membelanya  ketika itu.
Walaupun   sudah bersumpah ketika itu Anwar tetap dihadapkan ke makamah dan   didakwa seterusnya menerima hukuman atas kesalahan meliwat dengan masuk   penjara selama 6 tahun.Namun 2004 di era zaman PM Pak Lah Anwar telah   dibebaskan oleh makamah terhadap rayuan beliau.Ini bermakna jelas Anwar   tidak bersalah sama sekali atas dakwaan meliwat.Namun di pihak yang   memusuhinya khusus UMNO tetap mendakwa bahawa Anwar memang seorang   peliwat.
Ketika itu   sejumlah besar pemikiran orang Melayu kebanyakkan mula berubah serta   yakin bahawa Anwar tidak bersalah dan memang beliau dianiaya dan   difitnah oleh pihak tertentu.Bermulalah kemunculan Anwar kembali ke   arena politik negara yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat   Malaysia. Pemimpin Melayu yang dilihat berani dan berkarisma ini akan   menggegarkan semula lanskap politik negara.
Malangnya   tuduhan liwat ini muncul semula pada tahun Jun 2008 dan dalam tahun   yang sama juga UMNO-BN mengalami prestasi terburuk dalam PRU-12 apabila   mengalami kekalahan teruk iaitu gagal mendapat majoriti 2/3 kerusi   parlimen dan kehilangan 5 buah negeri yang jatuh ke tangan gabungan   PAS.DAP dan PKR yang kite dijenamakan sebagai Pakatan Rakyat PR.
Anwar   dituduh meliwat pekerjanya sendiri iaitu Saiful Bukhari Azlan di  sebuah  kondominium di ibu negara.Sekali lagi negara dan juga dunia  digemparkan  dengan isu dakwaan liwat 2 ini.Ia menjadikan satu berita  yang  mengejutkan bagi rakyat Malaysua khususnya orang Melayu/Islam.Bagi  pihak  Anwar, beliau mendakwa bahawa dakwaan ini direkacipta bagi   menghalangnya bertanding PRK apabila tempoh larangan bertanding tamat.
Lagi   mengejutkan apabila sehari sebelum hari pengundian PRK Permatang Pauh   diadakan Saiful Bukhari Azlan telah melakukan sumpah laknat dengan   menggunakan nama Allah serta memegang Al-Quran di dalam masjid di ibu   negara bagi meyakinkan bahawa kejadian liwat terhadap dirinya memang   benar berlaku.Orang Melayu/Islam menjadi kebingunggan dengan sumpah   laknat yang dilakukan oleh si penuduh ini.Para ahli ulama juga menjadi   mangsa keadaan dalam memberikan pandangan samada sumpah tersebut sah   atau tidak dan adakan ia mengikut tuntutan Islam.Alim ulama juga   bertentangan pendapat dalam isu sumpah laknat ini.
Namun   di pihak UMNO mereka sudah tentunya percaya dan yakin sumpah Saiful  itu  benar dan menepati tuntutan Islam dan wajib percaya Anwar memang   meliwat Saiful.Maka cabar mencabar pon berlakulah sehingga ke hari ini   mendesak supaya Anwar bersumpah laknat bagi menafikan bahawa beliau   tidak bersalah.Namun Anwar dilihat tidak melayannya desakan-desakan   tersebut dan menggunakan fatwa pengerusi ulama sedunia yang juga sahabat   karib beliau iaitu Dr Yusuf Al Qardawi bahawa tiada keperluan untuk   Anwar bersumpah.
Walaupun   Anwar menolak desakan bersumpah namun beliau telah membawa kes ini di   ke makamah syariah dan mendakwaSaiful pula di bawah undang-undang   kazaf.Yangmenjadi pelik ia telah ditolak pula oleh pihak kerajaan   walaupun ia jelas boleh dibicarakan dan kebetulan kedua-kedua mereka   adalah Islam.Tetapi ia bulat-bulat di tolak oleh UMNO dan hanya tertumpu   pada sumpah yang dilakuakn Saiful dan masih mahukan Anwar juga   bersumpah.Dikalangan pemimpin UMNO sehingga kini mahukan beliau   bersumpah bagi membersihkan nama beliau.
Di   sini Anwar selaku yang dituduh serta pemimpin Melayu Islam dalam PR   perlu mengetahui akan sikap sejumlah pemikiran orang Melayu yang   menganggap sumpah ini satu perkara yang berat tidak tidak boleh   dipermainkan.Pada mereka jika seseorang itu bersumpah dalam menyatakan   kebenaran di pihaknya maka dia perlu dipercayai walaupun tiada kesahihan   bahawa orang yang bersumpah itu benar-benar jujur.
Dalam masyarakat   Melayu sumpah ini memang  menjadi tradisi dan pegangan sehinggakan ia   salah satu penyebab pemikiran sejumlah Melayu itu masih sempit dan   mundur dalam menilai sesuatu perkara yang benar atau salah.Orang Melayu   memang gemar bersumpah dalam menyelesaikan sesuatu krisis samada dalam   masyarakat mahun hal dalam keluarga.Jadi bagi orang Melayu orang yang   sumpah laknat ini wajib dipercayai dan tidak perlu lagi diselidik samada   dia benar atau salah dan itulah sumpah itu dijadikan mainan serta   kesempatan dalam mengelakkan menghadapi hukuman atas kelsalahan yang   dilakukan.
Oleh itu isu   sumpah ini menjadi satu cabaran besar bagi Anwar dan pemimpin Islam PR   dalam menjelaskan bahawa bagaimana sumpah itu dilakukan dan pada  keadaan  mana ia boleh digunakan mengikut kehendak dan tuntutan  Islam.Kerana  jelas pemikiran sejumlah umat Melayu telah dimanipulasi  dengan cerita  sumpah laknat ini tanpa mencari bukti-bukti serta nas-nas  dari Al-Quran  dan As-Sunnah dalam mencari satu jalan penyelesaian  apabila berhadapan  dalam masalah tuduh-menuduh dalam maksiat ataupun  jenayat. Yang jelas  sumpah laknat bukanlah menjadi keutamaan.Salah atau  betul bukan  persoalannya tetapi jelas nama Allah itu sedang  dipermainkan.  
Persoalannya   adakah jika Anwar melakukan sumpah laknat akan menjadikan kes liwat   yang sedang dibicarakan sekarang akan dibatalkan dan adakah para   pemimpin UMNO yang mendesakan beliau bersumpah akan membela Anwar   sekiranya Anwar bersumpah?Rumusannya desakan tersebut dilihat satu sikap   kebodohan dan bermotifkan politik yang hilang pertimbangan oleh si   pencabar ini.
Jika   kita mengamati dari sudut ilimiah berkenaan isu sumpah ini ia akan  lebih  memburukkan keadaan dan seperti nama Allah SWT mudah dipermainkan  dalam  menafikan sesuatu dakwaan maksiat atau jenayah.Yang jelas orang  bukan  Islam dilihat menjadi keliru akan isu sumpah ini dengan  menganggap dalam  Islam amat mudah untuk menafikan kesalahan dengan  hanya menyebut nama  Allah maka seseorang itu akan tidak bersalah.Secara  tidak langsung  persepsi orang bukan Islam terhadap Islam akan menjadi  negatif dan  menjejaskan imej Islam itu sendiri.Adakah mereka yang  mendesak Anwar  bersumpah memikirkan akal hal ini?
Oleh   itu kita sebagai umat Islam yang mungkin tahu atau mempunyai ilmu   pengtahuan yang lebih tentang perkara sumpah laknat serta kandungan   hukum-hukumnya haruslah menjelaskan kepada mereka yang agak kurang tau   atau memang tiada pengetahuan akan perkara ini.Sumpah bukan perkara   mainanan kerana ia bakal mencemarkan nama Islam dengan sendirinya.   Apabila umat Islam sendiri kurang arif dalam ilmu pengtahuan berkenaan   dengan Islam maka mereka mudah dikelirukan pemikiran mereka  apabila   berhadapan dengan sesuatu krisis atau konflik.
Pihak-pihak yang   berkepentingan memang mencari peluang dalam isu sumpah ini dalam   memanipulasi keadaan terhadap pemikiran umat Melayu bawahan terhadap isu   sumpah ini.Jadikan isu ini sebagai titik tolak bagi kita untuk  berusaha  mendalami ilmu pengetahuan tentang Islam.WallAllahuaalam./Tranungkite
Ulasan Blogger:
Jika Anwar bersumpah pun, mereka tuntut DNA pula....Akhir sekali mereka tak perlu buktikan apa-apa sebaliknya Anwar saja yang kena sediakan bukti untuk kerja fitnah mereka.  Alibi Anwar hilang ke mana....dan DNA berlainan yang berterabur kat punggung budak tu pun  hilang ke mana.... Jenis puak tu takkan puas hati selagi Anwar hidup....
 
anwar bersumpah di masjid mana dulu dan ada rakaman atau saksi?
BalasPadamMelayu Singapura,
BalasPadamcerita tuan memang kelakar.kalau terberak dan lupa cebok jgn salahkan jubor
Sebab apa Anwar diserang habis-habisan? sebab dialah satu-satunya tokoh yg akan menghancurkan umngok...itulah punca utamanya...
BalasPadamehehh...saiful kena liwat ada rakaman dan saksi?
BalasPadamada saksi najib altantuya...rakaman pulak dibuat oleh judi paria
BalasPadamSaturday, March 19, 2011
BalasPadamHARON TAIB DESAK ANWAR BAGI DNA !
ketua dewan ulamak pas, dato haron taib dah declare untuk desak anwar bagi DNA dan mintak anwar jelaskan perjuangan pluarisme agamanya..
kepada anak muda yang tak kenal haron taib, dia ni pemimpin pas yang anti syiah. dia sebenarnya lebih kuat posisinya daripada presiden pas.
persoalan...adakah ini signal bahawasanya kumpulan perpaduan mahu pas keluar dari gabungan pakatan.
segalanya mungkin sahabat. haron taib adalah player lama pas.
ingat lagi kes perpecahan barisan alternatif (gabungan pembangkang) yang pernah diwujudkan selepas pilihanraya 1999 ? barisan alternatif berpecah kerana haron taib bertegas mahu pas meneruskan dasar hudud dan negara islam di kelantan dan trengganu.
haron taib sudah melihat akan liabiliti politik yag terpaksa pas tanggung demi mendukung biawak hidup si anwar ibrahim.
kupasan menarik mengenai isu ini KLIK SINI
Posted by GAP KEMBALI at 6:00 PM
Puak munafik memang suka bersumpah dan menyuruh orang bersumpah. Kalau tak percaya buka Al-Quran, ada kisah Si Sepol secara kasar ada tercatat di sana. Cerita Najib dan Rosmah ada dalam Surah Al-Masad, cerita orang PAS ada juga dalam surah Al-'Asr. Cerita UMNO dalam surah Al-Humazah, At-Takaathur, Al-Mutaffifiin, Al-Munafiquun dan banyak lagi
BalasPadamkalau sasuatu kes rogol dan liwat memerlukan rakaman untok menjadi bukti alamat susah lah,,jadilah malaysia sarang perogol,wfauzdin soalan lu kelakar lah,,,,yg pasti kita harus percaya doktor selain allah,,bukan maksud gua untok menduakan allah,,,fikir2 lah usah tegakan benang yg basah
BalasPadamNgape le susah sangat si Nuar ni nak bersumpah & kasi DNA. Kalau benar, nak takut ape ? Buat jer la.
BalasPadamPastu ambik pulak si Karpal jadi lawyer dia.. habis semua rahsia peribadi kasi tau kat si Karpal. Jangan hairan nanti PKR jadi Pak turut pada DAP sebab rahsia si Nuar ada kat depa .. Apa nak jadi la si Nuar ni .. Lu fikir la sendiri.
Dulu bila tengok malaon Saiful ni bersumpah sambil menjunjung AlQuran aku teringat ungkapan seorang ustaz masa di sekolah rendah sekitar 1960-an dulu. Kata ustaz tu kalau dalam sumpah itu kita berbohong, akan terjadi perkara tak elok ke atas orang yang bersumpah tu seperti terketar-ketar atau sebagainya. Begitu juga jika dia pergi ke tanah haram iaitu Mekah; orang yang berbohong atau tidak beriman akan ditimpa musibah. Kemudian bila aku tenngok Saiful pergi mengerjakan haji aku teringat cerita ni boleh membodohkan orang dengan gambara tersebut, tapi bila teringatkan Abu Jahal yang merupakan sebesar-besar musuh Islam itu lahir, tinggal dan kemudian mati dan dikebumikan di Mekah aku teringat amaran ustaz ini cuma nak menakut-nakutkan aku dan rakan-rakan sebaya yang masih budak-budak. Hari ini demi kuasa orang boleh buat macam-macam termasuk memasuki mahligai munafik. Jadi tak haranlah kalau hukum yang ada dinyatakan dalam AlQuran dan hadis juga diketepikan malah turut dipersendakan!!
BalasPadamFITNAH LIWAT - BENARKAH MEREKA AKAN YAKIN JIKA ANWAR BERSUMPAH ?
BalasPadamtanya apa soalan mcm nie???.....
awat yg sekarang nie plot n skrip cerita tu pun bukan depa yang buat ke??.......
lepas tu suruh semua orang pecaya yg bro anwar nie memang kaki pungkoq??.....
ikut akai yg bodoh pun....puak-puak yg dok reka cerita main pungkoq nie....depa pun 2000 kali tak pecaya....
mcm mana nak pecaya....depa yg dok reka jln ceritqa tu......
lepas tu dok bawak mai cerita suruh anwar sumpah???.........
tak ke 'gila' punya kegheja mcm tu....
kalu ada 'berita ghaib' dari langit pun yg mai cerita anwar kena naya......hangpa pulak ingat puak tu boleh pecaya ke???......
pakai laa akai yg senonoh sehat sikit.....
kah kah kah
INGATLAH.
BalasPadamKalaupun DSAI Buat Kerja tu,Hukumannya Tak Selesai Setakat Dunia Sahaja.
Kalaupun DSAI Tak Buat Kerjatu,Hukuman bagi org yg buat Fitnahni,di Dunia Mungkin Terlepas,Di Akhirat nanti,Terimalah Azabnya Dari Allah.
BAGI Kita Yg Tak Terlibat,Tengok Sajalah,
Siapa yg Bersalah Nanti di Padang Mahsyar.
Jangan Kita Turut Sama Diadili Di Mahkamah Allah Nanti, Dlm Masaalah Ini.