TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Sabtu, 23 April 2011

AKHIRNYA, PAS AKAN KELUAR DARI PR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

RAMAI yang tertanya adakah kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustapha Ali di dalam sidang medianya semalam seolah-olah mulai mencurigai moral DS Anwar. Kebanyakan blog pro Umno telah menafsirkan sedemikian, maka ada dikalangan kita yang mungkin terpedaya dengan `spin' oleh media mereka.

Apa yang Mustapha Ali beritahu? Menjawab soalan Agendadaily, Mustapha Ali berkata, PAS hanya akan putuskan soal hubungan parti itu dalam pembangkang selepas keputusan kes babitkan Anwar terutama isu video seks selesai siasatan. Ertinya, PAS mahukan siasatan dilakukan maka itu juga kehendak semua rakyat di negara ini bahkan DS Anwar juga mahu beliau disiasat, sebab itulah beliau membuat laporan Polis.

Seterusnya, Mustapha Ali menegaskan, “Kita ada beberapa kaedah. Biar polis siasat dulu, sebab proses kerajaan sekarang ikut undang-undang serta perlembagaan bukan ikut kaedah Islam,” katanya. PAS katanya akan ikut undang-undang sedia ada malah menegaskan orang yang siar rakaman itu juga melakukan kesalahan". Jelas, bahawa PAS juga mahu agar mereka yang terlibat menayangkan video lucah tersebut diambil tindakan. " Bagaimanapun, PAS akan menyatakan pendirian parti itu jika kerajaan memutuskan kes itu di Mahkamah Syariah dan ikut undang-undang Islam"(AgendaDaily).

Sebagai sebuah parti Islam sudah semestinya PAS mahu agar kerajaan membawa kes ini mengikut kaedah-kaedah Islam. Bagi saya, tidak perlu puak mereka meracuni PAS untuk keluar dari PR seandainya keputusan menunjukkan terbukti DS Anwar terbabit di dalam kes tersebut kerana PKR sendiri akan memutuskan tindakan terhadap DS Anwar. Sudah tentu ahli-ahli PKR tidak bersedia menerima pemimpin yang mempunyai moral yang rendah. Maknanya, jika Umno ingin mengambil kesempatan di suatu masa nanti dengan harapan PAS kembali berpeluk dengan Umno, mereka tersilap perkiraan kerana di dalam PR perjuangan mereka bukan untuk batang tubuh DS Anwar.

Samada DS Anwar ditangkap atau dipenjarakan malahan jika umur beliau pendek, PR termasuk PAS akan terus menjadi musuh kepada Umno/Bn selagi Umno/Bn terus kekal sebagai parti yang rasuah, zalim dan banyak menyusahkan rakyat. Rakyat sudah berpengalaman berjuang menentang Umno/Bn tanpa DS Anwar kerana di dalam PR kini kami mempunyai ramai tokoh dan pemimpin yang hebat dan berani.

Kita boleh membaca gerak tari lawan sekarang iaitu mereka mahu PR berpecah belah hanya kerana DS Anwar. Seharusnya mereka mesti berani membawa kes DS Anwar ini mengikut hukum Islam yang sebenar sekiranya mereka mahu melihat keadilan benar-benar wujud. Paling tidak, kes ini mesti dibicarakan di mahkamah Syariah bukan mahkamah sivil agar hajat mereka untuk menyaksikan DS Anwar bersumpah mengikut Islam akan terlaksana setelah segala bukti dan saksi dikemukakan. Adakah mereka berani berbuat demikian? Adakah mereka masih ingin bergantung dengan mahkamah sivil yang semua rakyat tahu rekod dan sejarahnya apabila membicarakan insan yang bernama Anwar ini?

Kesimpulannya, kita mahu DS Anwar dibawa ke mahkamah Syariah untuk memberi keadilan kepada yang menuduh dan yang tertuduh. Sekiranya kesemua proses ini dilaksanakan dan terbukti nyata DS Anwar terbabit, maka tidak perlu rakyat menurunkan DS Anwar atau PAS juga DAP menjauhkan diri, ahli-ahli PKR sendiri akan turunkan beliau dari puncak pimpinan parti. Selepas itu, PKR akan terus wujud bersama rakyat dan terus berjuang bersama PAS dan DAP sehingga PR menjejakkan kaki ke Putrajaya. Umno akan kecewa untuk melihat PAS melutut kepada parti sekular tersebut./wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. elok dari terus menjadi talibarut bangsa dan barua pada DAP.

    BalasPadam
  2. sejak bila lak UMporNO tidak bergantung kepada cina ni???...

    kah kah kah kah kah kah ....

    BalasPadam
  3. aik sheikh..
    kat kan hang pun dah goyang kot?

    BalasPadam
  4. Hati kecil aku berat menyatakan lelaki Y tu mamat tu la.. Mamat tu dulu apa dia kata kat PAS masa dia TPM dulu...Sorry to say, aku memang tak berapa berkenan dgn mamat ni..hipokrit...Selagi PAS duk amik dia jadi tuan, aku pakai tak pi mengundi dah...

    BalasPadam
  5. Zaman Sayyidina Hamzah dan Sayyidina Omar ketika jahiliyyah, apa yg dia tak kata kat Nabi? Akhirnya, dia adalah sahabat Nabi yg dijamin Syurga. Masalahnya, yg tak mahu berubah2 tu apa citer?

    BalasPadam
  6. salam.. aku org muda.. tetap sokong PR walau apa saja muslihat dan fitnah yang datang.. kerana aku tau.. kalo benar si eskay ni nak kenakan anwar.. tak perlu ler sampai buat video blur tu.. jika benar masa anwar tu duk tibai pelacur.. cepat ler call jais.. dan semua wartawan.. sebur kondo tu.. perghh baru padan muka anwar aljubuk ri.. tapi dia bodoh masa duk tutuh tu.. dia pun tengah tutuh yg lain kot.. kah kah kahh... ni dah jadi lawak 1 malaysia.. ingat aku BODOH apa..?? bodoh punya UMNO.. strategi tarak pandai..

    BalasPadam
  7. Anon atas sekali,
    sejak bila PAS dan PKR jadi tali barut DAP.. kalau setakat nk mengapi2kan PR.. boleh blah... apa beza DAP dengan MCA.. Oleh kerana umporno suka dengan filem2 porno, cerita porno, maka pemimpin MCA juga adalah ahli porno.. 1Malaysia tahu... 1Malaysia 1Porno Di Bawah Umno

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini