TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Khamis, 21 April 2011

VIDEO SEKS, BERITA HARIAN BAWA AGENDA JAHAT- KEADILAN

KUALA LUMPUR: KEADILAN mengutuk tindakan akhbar arus perdana, Berita Harian yang tidak mencerminkan etika kewartawanan kerana melaporkan secara semberono kononnya individu dalam video seks fitnah sepadan dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden, N Surendran berkata, selepas meneliti laporan berita tersebut beliau mengesyaki pihak polis turut bersekongkol membocorkan maklumat yang seharusnya sulit kerana masih dalam tempoh siasatan. “Ini merupakan modus operandi biasa dengan niat jahat yang dilakukan untuk mencalar imej seseorang dengan membuat tajuk berita utama secara sensasi untuk mengelirukan orang ramai. “Tidak mustahil pihak polis turut bersekongkol dan mereka turut mempunyai agenda politik,” kata Surendran.

Pada tajuk utamanya hari ini, akhbar itu memetik sumber tanpa nama, kononnya sebuah agensi penyiaran terkemuka di Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut akhbar itu lagi, polis juga telah mengenalpasti lokasi video tersebut dirakamkan, iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur dan wanita terbabit dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara. “Akhbar tersebut tidak menamakan siapa, dimana dan apa kelayakan makmal atau pun penganalisis yang menjalankan kajian di Korea Selatan itu. Ia dilaporkan secara tergantung dan dibuat secara sensasi.

“Agenda Berita Harian ini adalah agenda Umno dan Barisan Nasional,” Ujar Surendran. Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat individu atau pihak yang kononnya dilihat bebas dan berkecuali ‘dipasang’ (planted) oleh mereka yang mempunyai motif jahat untuk mencalar kredibiliti Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. “Ada kemungkinan pihak polis sendiri yang melantik mereka (penganalisis) ini,” katanya.

Sementara itu, Surendran menambah, isteri Ketua Umum, Datuk Seri Dr Wan Azizah sendiri telah memastikan bahawa individu dalam video tersebut bukan suaminya. “Siapa lagi yang boleh mengesahkan tubuh seseorang, kalau bukan isterinya sendiri. Ini merupakan percubaan akhir pihak-pihak yang takut kepada kemaraan Pakatan Rakyat,” jelasnya./KeadilanDaily

8 ulasan:

  1. BILA JELMAAN SYAITAN DAN JIN SEBAGAI MANUSIA BERKELIARAN DIBUMI MALAYSIA ,TERPACAK DAN TERTANAM DIMEDIA,KERAJAAN DAN BERBAGAI LAGI AKAN HURUHARALAH NEGARA TANPA SEKATAN !

    BalasPadam
  2. Sekali lagi mereka masih gagal mengemukakan 4 saksi seperti yang dikehendaki syarak. Puak-puak UMNO ni bukan sahaja berdosa, malah turut cuba menjerumus seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk terus bersama menjunjung dosa mereka atas fitnah zina yang dilemparkan.

    BalasPadam
  3. Diantara duit dan tuhan .Tentulah duit sebab tuhan tidak nampak.

    BalasPadam
  4. memang negaraku malaysia ni dah jadi negara haramjadah

    BalasPadam
  5. takkan bini dia nak ngaku woii...

    BalasPadam
  6. selain dari azizah, rakyat juga boleh mengesahkan bentuk tubuh anuar ibrahim, azizah takleh jadi saksi, sbb dah jadi bias pd anuar.

    BalasPadam
  7. Puak-puak UMPORNO ni, memang tidak dan tak akan bersandar kepada agama dan syariat, mereka akan putar dan terus berputar, seperti kata Dato, Johari Abdul, kalu tidak jam, dia akan cari, cincin, tak buleh dia cari sapu tangan, bla! bla! bla!,

    Dulu kantoi 21 hb 2 2011, tukar 2008, kantoi 2008 balik ke 2011 , haritu kata spa ni dah tukar hotel dan terbaru kondo plak.

    Lidah-lidah dan tangan-tangan syaitan ini akan terus mengfitnah hingga hari kiamat.

    Kamu cuma ada dua pilihan menjadi MUSLIM atau KAFIR (engkar)tiada yang ketiga. Sesungguhnya Allah telah mensyariatkan tuduhan zina dengan mengemukakan 4 otang saksi yang adil.

    Puak-puak celaka ini, moga di laknat Allah kerana menjerumuskan rakyat dari menerima kesan terhadap tuduhan fitnah zina.

    Mamu hang

    BalasPadam
  8. piiirahhh...peluk la anwar hang tu..

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini