RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 23 April 2011

SEKALI LAGI PEMIMPIN KITA DI`BULI' OLEH MEDIA PENCACAI...

Mustafa nafi laporan media, gesa mohon maaf

Sumber HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 23 April: Datuk Mustafa Ali menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan Malaysia hari ini, yang mendakwa beliau berkata PAS akan menilai semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks selesai. Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar pro Umno itu, Setiausaha Agung PAS itu berkata, laporan tersebut berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya.

Katanya, dia sama sekali tidak pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam. "Saya ditanya berhubung saranan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) melakukan sumpah mubahalah. "Jadi saya jawab, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sekarang ini menggunakan undang-undang sivil, Polis siasat sahajalah. "Kalau ubah kes ini ke Mahkamah Syariah, baru kita (PAS) tengok kembali apa pendirian kita dalam isu tersebut," katanya.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan sidang media Mustafa semalam itu dengan tajuk 'PAS tunggu siasatan selesai'.

Laporan itu menyebut bahawa PAS akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks yang pelakonnya dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim siap sepenuhnya.

Selain Utusan, beberapa media lain termasuk Berita Harian dan The Star turut melaporkannya. Sehubungan itu, beliau mahu media-media yang terlibat agar memohon maaf serta memperbetulkan laporan mereka sebelum tindakan perundangan diambil.

Mustafa nafi laporan media, gesa mohon maaf

2 ulasan:

  1. Jangan salahkan media pencacai UMNO sebab itu sudah jadi kerja depa.Tapi salahkan Stopa Ali,yang gatal mulut buat kenyataan,yang memang bukan tugas dia.Kenyataan yang Stopa Ali buat tu munkin senghaja atau tidak - tak dapat dipastikan kerana tak boleh percaya sangat dengan puak UG ni.

    BalasPadam
  2. Nampaknya saolah-olah su agong ini tidak matang dalam sepak terajang politik golongan munafik ini. Sepatutnya beliau jangan melayan puak media abdullah bin ubai dalam suasana sekarang, jangan beri keterangan apa-apa, puak ini tunggu masa saja untuk memfitnah dan memecahbelahkan PR, sedikit masa dulu buat hal dengan gagasan kerajaan perpaduan. Harap lebih berhati-hati. Janganlah dipatuk kali kedua dari lubang yang sama.

    BalasPadam