TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sabtu, 23 April 2011

Isi Khutbah Sheikh as-Sudais & Fenomena Menyedihkan

By Shahmuzir

Alhamdulillah, tengahari tadi saya sempat sampai ke Masjid Wilayah Persekutuan jam 12.30 tengahari. Masuk di masjid, rupa-rupanya sudah penuh 5 saf di hadapan. Tentu mereka semua menantikan kehadiran Sheikh as-Sudais yang dijadualkan akan memberi khutbah dan mengimami solat fardhu Jumaat di masjid tersebut. Saya terus ke saf paling kanan, meletakkan beg di tepi dinding, solat tahiyyatul masjid dan membaca al-Quran.

Disebabkan oleh masa masih awal, maka pihak masjid telah menjemput seorang qari untuk membaca al-Quran. Kuat sungguh bacaannya sehingga agak menggangu saya untuk membaca al-Quran. Tentu orang lain yang sedang melakukan solat sunnat dan lain-lain ibadah sunnat pun terganggu juga agaknya, aduhai…

Sheikh as-Sudais sampai sekitar jam 1.15 tengahari. Saat itu ramai kelihatan berdiri dan yang datang lewat pun sibuk hendak ke depan. Sedangkan adab seorang yang lewat masuk ke masjid hendaklah dia duduk di belakang dengan tenang tanpa berpusu-pusu melangkah peha dan bahu orang lain untuk ke depan. Kerana ini akan menyakitkan hati saudara muslimnya yang lain. Malah ada yang melalui di hadapan orang yang sedang solat, astaghfirullah. Terasa sedih melihat fenomena ini. Ternyata, sebahagian ahli masyarakat masih samar dengan adab di dalam masjid.

Inti Khutbah Sheikh as-Sudais

Sheikh as-Sudais telah menyampaikan khutbah beliau di dalam bahasa Arab dan apabila beliau memulakan khutbahnya, tiba-tiba saya terkenang nostalgia ketika berpeluang mengerjakan umrah dan mendengar khutbah di BaituLLAH al-Haram. Sangat menyentuh perasaan ketika di sana.

Antara mesej utama yang disentuh beliau di dalam khutbah di Masjid Wilayah Persekutuan ialah:
    1. Kepentingan meluruskan aqidah di atas aqidah yang betul Mengambil ISLAM sebagai cara hidup secara keseluruhannya. ALLAH telah menyempurnakan ajaran ISLAM dan DIA telah redha ISLAM sebagai cara hidup untuk diamalkan.

    2. Sheikh di dalam khutbah beliau sangat menitik beratkan soal ukhuwwah Islamiyyah di antara penganutnya. Berkali-kali Sheikh menekankan bahawa kita adalah ummah yang satu.

    3. Ummat ISLAM mesti mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dan menjadikan ia sebagai contoh tauladan yang mesti dijadikan rujukan. Tidak ada cara lain lagi hendak berjaya, melainkan ikut (ittiba’) sunnah. Sheikh menekankan bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda bahawa semua muslim akan masuk syurga, kecuali yang enggan. Yang dimaksudkan enggan ialah mereka yang derhaka kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dengan tidak mengikuti semua suruhan dan tidak menghiraukan larangannya.

    4. Ummat ISLAM mestilah menjadi ummat yang berilmu. Betapa ISLAM sangat menitik beratkan ilmu. Justeru, tuntutlah ilmu dan fahamilah ilmu. Bukan setakat menuntut ilmu dan faham, tapi mesti amal. Menjadi tuntutan buat kita yang sudah menuntut ilmu, yang ada ilmu untuk mengamalkan ilmu tersebut.

    5. Sheikh as-Sudais mengingatkan tentang kesederhanaan di dalam ISLAM dan betapa pentingnya sifat ini diambil dalam membawa agama ISLAM ke dalam kehidupan. Sheikh juga menyentuh perihal akhlaq muslimin. Amat menyedihkan sekiranya akhlaq tidak dijadikan tumpuan ummat ISLAM. Kerana antara tujuan penting diutuskan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam ialah untuk menyempurnakan akhlaq. Sayang-menyayangi sesama muslim juga disentuh oleh Sheikh as-Sudais di dalam khutbahnya.

    6. Setiap muslim mestilah mempunyai adab dalam perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan ummat ISLAM mestilah ditangani dengan ilmu dan diserahkan kepada ahli ilmu. Janganlah disebabkan oleh perkara-perkara furu`, feqah, ijtihadiah dan lain-lain seumpamanya menyebabkan ummat ISLAM berpecah.

    7. Sheikh mengingatkan juga akan ancaman kepada ummat ISLAM tentang syahwat (perkara-perkara maksiat dan berkaitan nafsu) dan syubuhat (perkara-perkara yang samar-samar dalam kehidupan moden). Ummat ISLAM mestilah menjadi ummat yang memberikan kebaikan.

    Itulah antara beberapa perkara penting yang disentuh oleh beliau di dalam khutbah Jumaat. SubhanALLAH, memang bertenaga penyampaian beliau dan sangat bernilai.

    Selepas habis khutbah, beliau mengimamkan solat fardhu Jumaat. MasyaALLAH, sedap sungguh bacaan beliau sebagaimana yang biasa didengari melalui perkakas media yang ada. Tapi, sudah tentulah tidak boleh menandingi apabila beliau membacanya saat bersolat di Masjidil-Haram. Suasananya lain, suasananya istimewa, suasananya syahdu terasa.

    Yang menarik hati saya juga ialah walaupun as-Sheikh memegang pendapat bahawa membaca basmalah adalah secara sirr (perlahan), bukannya jahar (kuat) seperti pendapat kebanyakan orang Malaysia, namun beliau dengan sifat keilmuannya meraikan ahli jemaah yang berada di belakang beliau dengan sengaja menperjelaskan bacaan basmalah. Beliau tetap membacanya secara sirr, tetapi bacaan basmalah beliau dengan jelas didengari oleh ahli jemaah melalui mikrofon.

    Beliau juga berwirid sebentar sehingga boleh didengari suaranya melalui mikrofon, tetapi dengan suara yang sangat perlahan bunyinya. Inilah sifat yang kebanyakannya tidak ada pada sebahagian muslim yang berkeras dengan pendapat dan pandangan masing-masing tanpa meraikan sedikit pun orang sekeliling.

    Moga-moga ada pengajaran buat kita semua dari sifat keilmuan Sheikh ini, insyaALLAH./Seterusnya baca di blog muzir.wordpress

    4 ulasan:

    1. Bang sangat bagus n3 ini, cuma nak komen sikit jer tentang wirid tu, yg ngada ngada tak nak wirid ni puak yg ngaku hebat sangat hehhehe

      BalasPadam
    2. siapa pun tak halang nak wirid,tapi suara janganlah menggangu jemaah lain yang sedang sembahyang sunat atau ibadat wajib lain.
      kenapa dulu tidak pernah dipertikai???.
      dulu mana ada pembesar suara hingga bolih ganggu tumpuan jemaah lain.

      BalasPadam
    3. DAN KESEMPATAN INI DIAMBIL OLEH DAJAL-DAJAL PARTI SEKUTU APCO ARUS JAHILIAH MENYERANG PARTI ISLAM KONON KERAJAAN MALAYSIA DIAKUI IMAM INI SEBAGAI NEGARA ISLAM YANG BAGUS ! KONON PAS PATUT MALU BILA IMAM BESAR MASJIDIL HARAM PUJI ISLAM MALAYSIA ! KAHKAHKAH PATUT KETAWA MELALUI DUBUR BILA DENGAR DAJAL-DAJAL UMNGOK@APCO KOMEN !

      BalasPadam
    4. As salamu allaiqum

      sir add this link to your blog

      http://jumbofiles.com/user/amel_soname

      so people can download abdul rahman sudais quran recitation

      this is sheikh sudais complete quran in win rar link
      http://www.filejumbo.com/Download/93F7FE513D61B4B6

      BalasPadam

    Terdapat ralat dalam alat ini