RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 22 April 2011

PKR BANTAH LAPORAN BERITA HARIAN

Kenyataan Media
22 April 2011

Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam bertarikh 21hb April 2011.

Kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan. Kami turut kesal apabila Berita Harian diperalat pihak tertentu demi merekayasa "perbicaraan melalui media" (trial-by-media), yang cukup jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Harus diingat bahawa syarikat Korea Selatan tersebut telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), yang mana ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliau.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafi sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video ini. Kami juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa individu di dalam video itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan selepas pendedahan oleh bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL, Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam beberapa surat terbuka beliau:

1) mengenai empat laporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim antara 9 Julai 1999 dan 20 Ogos 1999 mengenai salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang oleh sebilangan individu tersohor, termasuk Tun Dr Mahathir dan Dato Abdul Gani Patail. Mengapakah tiada tindakan lanjut dari pihak polis mengenai laporan-laporan polis ini?

2) mengenai persamaan yang cukup rapat antara "video seks" ini dengan "video seks" yang disebarkan beberapa hari sebelum PRU tahun 1999.

Kami mengajak Rakyat Malaysia bersama-sama menolak "politik lucah", dan marilah bersatu menggesa pemulihan semula institusi-institusi terpenting negara, terutamanya PDRM, SPRM, SPR, dan badan kehakiman.

YB Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

1 ulasan:

  1. sebenarnya berita harian sedang melengkapkan pekerjaannya sebagai lidah rasmi kerajaan iblis laknatullah.....

    ape nk dihairankan, bukankah sejak dulu lg itulah rupa wajah berita yg busuk lg membusuk tajaan barisan neraka....

    jika akhbar itu tidak membuat laporan menurut kemahuan bos mereka yakni iblis laknatullah apa lagi yg hendak mereka laporkan..........

    jelasnya yg aku nmpk kejatuhan mereka semakin hampir. Begitu banyak kjaan yg terdahulu melingkup disebababkan kerakusan pencacai dan pengampu mereka...

    insyaallah mereka akan hancur disebabkan perbuatan mereka sendiri...

    BalasPadam