RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 21 April 2011

PENANGAN BOB LOKMAN DI KUANTAN

KUANTAN, 20 April - Program ceramah umum bersama bekas Pengacara dan Pengkritik Tetap Raja Lawak Astro, Bob Lokman (foto) di Putra Balok semalam telah berjaya menarik perhatian ramai peminatnya.

Malah, sebahagian besar mereka yang hadir terdiri daripada generasi muda dari beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di bandar ini. Bob Lokman memulakan ceramah sekitar jam 11.10 malam selepas Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh memulakannya.

Ceramah beliau yang julung kalinya di kawasan ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai yang hadir. Sebahagian besar dari kalangan mereka, masih tidak percaya dengan tindakan artis tersebut tiba-tiba berjuang dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Namun, itulah takdirnya dan Bob berjaya mencuit hati orang ramai dengan celoteh bersahajanya yang dilihat agak tertib dan bersopan.

Dalam ceramahnya semalam, Bob banyak menyentuh tentang soal iman dan takwa. Beliau juga menyeru hadirin yang hadir agar menyampaikan ilmu yang diperolehi pada malam itu kepada rakan-rakan yang lain terutamanya orang UMNO. "Saya rasa antara tuan-tuan dengan saya tuan-tuan lebih banyak hadir ke ceramah. Mungkin lebih dari 200 kali. Tetapi, berapa banyak ilmukah yang telah tuan-tuan sebarkan kepada rakan-rakan yang lain dikalangan UMNO?", tanya Bob kepada orang ramai. "Amatlah rugi bila ilmu yang bermanfaat itu tidak disebarkan, saya harap tuan-tuan akan memulakannya pada malam ini", kata beliau.


Bukti, sebahagian besar generasi muda telah berada di hadapan pentas

"Kerajaan yang ada pada hari ini ternyata gagal mendidik manusia ke arah keimanan dan ketakwaan. Unsur hiburan terus disogokkan kepada generasi muda dan inilah yang saya lalui selama ini. Buka Astro ada Akademi Fantasia, bukan TV3 ada Mentor, buka TV1 ada Bintang Klasik malah termasuk juga Bintang Kecil serta lain-lainnya. Inilah yang menyebabkan generasi muda akhirnya rosak akhlak dan akidah mereka. Media yang ada tidak digunakan untuk membawa manusia ke arah agama Islam yang sebenarnya", tambah Bob Lokman lagi.


Peminat Bob berpusu-pusu bergambar dan dapatkan tandatangannya

Ust. Suhami, Ust.Nasron (YDP PAS Indera Mahkota) dan YB Fuziah (PKR)

Sebahagian diantara ribuan rakyat yang hadir dalam ceramah umum itu

[Secara keseluruhannya mesej yang ingin disampaikan oleh Bob Lokman itu jelas dapat diterima oleh orang ramai yang hadir. Malah, selepas ceramah, beliau telah dikerumuni oleh ramai anak muda yang mahu mendapatkan autograf dan bergambar dengannya. Dalam pada itu, difahamkan sebelah petangnya satu majlis jamuan Hi-Tea juga telah diadakan di lokasi berhampiran dan beliau juga dikatakan telah menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah surau dekat Kempadang sebelum itu. Kehadiran Bob Lokman dilihat berjaya menarik perhatian ramai pihak, malah terdapat juga dikalangan mereka yang merupakan penyokong tegar UMNO turut hadir. Apapun syabas dan tahniah kita ucapakan kepada Bob, semoga beliau terus konsisten untuk menyebarkan dakwah Islamiah kepada seluruh umat Islam di negara ini. Tambahan pula, khabarnya beliau kini menerima begitu banyak undangan ceramah di seluruh negara. Jadualnya cukup ketat sehingga bilan Jun 2011 ini. Semoga masa depannya akan lebih bersinar lagi tatkala bersama perjuangan Islam di bumi Malaysia tercinta ini]./PahangDaily

5 ulasan:

  1. mmg betul2 raja lawak la si pengkritik raja lawak ni..PAS amik pak lawak nak membela nasib rakyat? kah kah kah! lawak lawak!

    BalasPadam
  2. Inilah dia orang yang tidak tahu menilai apa itu batu apa itu intan. Manusia betukar kearah kebaikan untuk mendaulatkan daulah. Apa lawak tu bukan kurniaan Allah? Cuba berfikir secara rasional bukan emosional...

    BalasPadam
  3. sokong peliwat tegar, kaki buntut tu dah cukup rasional kah? kah kah kah! takkan meliwat itu juga kurniaan ALLAH jugak? kah kah kah! lawak lawak!

    BalasPadam
  4. Untuk Tanpa Nama Berkata (21 Apr 2011 1:58 )

    Kamu bercakap atas dasar apa?....nak mencari kebenaran semata-mata atas nama Allah atau kamu pencacai yang diupah?...

    Kamu pun manusia macam aku dan sama mcm Bob Lokman,adakah kamu lebih baik dari Bob Lokman?....syukurlah Bob Lokman dah berhijrah dari pada apa yang lepas ke arah kerja Kifayah....kamu hijrah dari apa ke ape?...

    Siapa kamu menilai orang lain dengan penilaian yang negatif, mampukah kamu menilai hingga ke dalam hati orang lain?....yang ada kamu sendiri buta tak dapat melihat yang Bathil berbanding yang Haq, jangan ketawa kalau bercakap benda serius, itu menunjukkan kebodohan kamu......

    Jika kamu mencari kebenaran semata-mata kerana Allah, kenapa tak cakap juga pasal enjin jet boleh hilang, skandal scorpene, skandal shukhoi, dan paling teruk kenapa kita kena beli minyak petrol seolah-olah kita negara pengimport minyak, praktikalnya sama la dengan kita jual durian dengan harga RM5 sekilo, kemudian arah anak bini bayar harga yang sama kalau nak makan durian, ni tak lawak ke?....atau bangang....jauh sekali la nak banding harga minyak di negara-negara arab.Adakah kamu dapat harga subsidi ( harga lebih murah dari orang la maksudnya ).

    Terbaru duit kastam RM108 Billion boleh hilang?...setakat Pengarah Kastam mampukah dia menghilangkan duit kerajaan dari rekod akaun perbendaharaan?...

    Sesungguhnya kamu hanya pencacai hingusan, kamu tak tahu pun apa kamu cakap.....sedar lah rakyat kena bangkit bukan melawan ya!....tolong faham betul-betul....kita bukan lawan, sebaliknya kita tukar kerajaan yang ternyata bobrok dan tipu rakyat.

    Fikir la dulu apa yang kamu nak cakap di siber maya ni, rakyat dah pintar bukan macam zaman 80an...cuma masa belum sampai, umpama time bomb, sampai masa meledak ia tetap akan meledak, begitu juga seperti kata para ulama; Takdir Allah belum sampai, jika takdir Allah sudah sampai, dengan izinNya Anuar jadi PM mampukah kamu halang?.....dan aku mahu lihat pula apa kamu akan kata pada ketika itu.

    BalasPadam
  5. Ada jugak manusia tak mempunyai nilai takwa... sedihnya.... Kenal ke Bob Lokman tu sapa? Cucu tok Kenali tu. Sepatutnya kita menyokong dia berubah dari melawak kepada bercakap tentang keimanan, ketakwaan. Dengar la dia ceramah sekali...jangan duk kutuk dia.

    BalasPadam