RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 19 April 2011

KES ALTANTUYA HIDUP SEMULA - STRATEGI RAJA PETRA KAH?

Kes Altantuya Hidup Semula?

Benar – polis sudah mula menyiasat semula kenyataan bersumpah Raja Petra Kamaruddin dan Menteri Pertahanan sudah mula menyiasat Col Azmi yang dikatakan berkaitan dengan konspirasi penutupan pembunuhan kes Altantuya. Ya, benar seketika dahulu ramai antara kita dalam UMNO berlonjak kegembiraan bila RPK mengatakan bahawa beliau tidak pernah berkata yang YAB PM Najib dan isterinya Rosmah Mansur dan percaya Rosmah tidak akan hadir dalam hutan di Shah Alam untuk membunuh Altantuya. Najib sendiri mengucapkan kesyukuran dalam petikan media utama kerana katanya kebenaran telah diperoleh hari ini.

Namun dalam isu itu www.umno-reform2.com masih mengatakan bahawa ada agenda tersembunyi di sebalik kata-kata Raja Petra dalam temu bual eksklusif dengan RPK oleh TV 3. Editor www.umno-reform2.com , Anuar Mohd Nor dalam tulisan beliau telah berkali-kali mengatakan bahawa kenyataan itu tidak seharusnya kita bersorak kemenangan. www.umno-reform2.com pasti akan memantau setiap artikel RPK – kerana sikap curiga terhadap RPK tetap ada.

Kita lihat perkembangan soal siasat dan bagaimana perkembangan kenyataan bersumpah yang di periksa dan di siasatan oleh polis. Masih ada ke yang tengah hip hip horray dengan kenyataan RPK baru-baru ini. Apa yang dilihat adalah satu perjalanan perang saraf yang agak terperinci dalam menyediakan motif untuk menghidupkan semula kes pembunuhan Altantuya. Kita tunggu dengan penuh debaran./Umno-reform2

2 ulasan:

  1. RPK Main chess .....check mate...

    BalasPadam
  2. sila rujuk site ini penipuan video lucah anuar sila ke post penipuan video lucah anuar

    BalasPadam