RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 18 April 2011

CERITA ORANG KAMPUNG RAIS ANAK YATIM

Rombongan PAS MTD Klawang terpaksa melalui jambatan gantung yang
uzur dan hampir roboh untuk menyampaikan sumbangan kepada Pn Zainab


Jelebu 17 April 2011 - Percaya atau tidak kemiskinan tara macam ni pun masih wujud lagi di Malaysia ni terutamanya dalam sibuknya United Malays National Organisation (UMNO) / BN melaung-laungkan program pembangunan dan juga begitu ghairah dengan ungkapan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Kemiskinan dan kedhaifan ini pula wujud di daerah Jelebu yang diwakili oleh Dato Rais Yatim yang sibuk dengan program WIFI nya yang konon-kononya Malaysia ni dah maju sangat. Nampak tak kat Tok Rais ni, yang orang kampung nya susah dan miskin dan tolonglah orang kampung awak dahulu daripada sibuk dengan WIFI tu.


Naib YDP Jelebu Sdra Anif memegang besi jambatan gantung yang sudah
patah dan bengkok.


Untuk nak pergi ke rumah Puan Zainab Bte Abdul Rahman yang berumur 77 tahun ini rombongan PAS terpaksa melalui sebuah jambatan gantung yang telah uzur dan kayunya telah pecah-pecah. Jambatan gantung itu juga bergoyang-goyang (dah tak kuat) jika ramai orang melaluinya sekaligus. Salah satu besi yang memegang jambatan gantung telah patah dan senget. Pada hakikatnya jambatan gantung ini sedang menunggu harinya untuk roboh menyembam bumi. Jika hal ini berlaku sewaktu tidak ada sesiapa melaluinya syukurlah tetapi apa pula jika pada masa itu ada orang sedang melaluinya. Siapakah yang harus bertanggugjawab??? Adakah Majlis Daerah Jelebu atau kerajaan NS atau Tok Rais sendiri sebab tak prihatin akan masalah orang kampungnya atau siapa???

Sdra Anif menunjukkan sebahagian kayu jambatan yang telah patah


Tolonglah sikit...Dah lebih 50 tahun dah kita merdeka. Kalau taraf hidup penduduk Malaysia yng merdeka ini sama aje dengan sebelum merdeka, maka apa ertinya kemerdekaan. Mana dia United Malays National Organisation (UMNO) yang kononnya membela Melayu. Cakap aje berdegar-degar. Negeri Sembilan ni semenjak merdeka sampailah hari ini dah 50 tahun dah diperintah oleh United Malays National Organisation (UMNO) / BN dah tak pernah sekalipun dapat diperintah oleh PAS. Tolonglah sikit tengok... dan pandang apa keperitan dan kejerihan hidup rakyat. Tok Rais tengoklah sikit...macam ni ke dah jadi Menteri Kanan ni???

Air yang dipam dari dalam tanah masih digunakan!!! Macam ni pun ada,
tapi dah merdeka lebih 50 tahun

Sumber: http://orangklawang.blogspot.com

Ulasan Blogger:

Terima kasih buat Pengendali blog Orangklawang yang sudi kongsi berita. Tengok gambar Sdr Anif tu, rindu pula saya kat dia...lama tak jumpa kena teh tarik dengan dia ni di Spg Durian. Sdr Nor Anif ni `class mate' saya dulu di Sek Keb Peradong dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Tamat darjah 6, kami terpisah lama setelah saya berpindah rumah ke Spg Durian dalam kawasan Jelebu juga. Sdr Nor Anif kini memegang jawatan Naib YDP PAS Kawasan Jelebu. Tahniah.

Bak kata orang, sudah ada `jodoh' ketemu juga. Alhamdulillah, kami diketemukan dalam saf perjuangan yang sama. Mudah-mudahan ianya berkekalan. Wslm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan