RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 27 Ogos 2010

BUTAKAH MATA JAMIL KHIR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL Khir seorang menteri yang menjaga agama, dilantik melalui jawatan Senator di dalam kabinet Najib menyebut betapa berdosanya seseorang yang memburukkan nama negara sendiri. Kenyataan beliau adalah berhubung dengan wawancara Nurul Izzah Anwar di Indonesia yang menceritakan darihal apa yang tidak betul di dalam pentadbiran Najib menguruskan negara. Jamil Khir berkata, jika niat untuk menimbulkan kekacauan maka hukumnya berdosa.

Persoalannya, di mana kisah buruk yang boleh menimbulkan kekacauan yang disebut oleh Nurul Izzah itu? Jika tiada, maka tentulah hukumnya tidak berdosa. Apa yang penting, Jamil Khir mesti membuktikan Nurul Izzah mempunyai niat untuk menimbulkan kekacauan. Sudah semestinya niat itu Allah jua yang tahu.

Jika berniat sahaja untuk menimbulkan kekacauan itu berdosa, apa pula hukumnya membuat kekacauan? Tentulah terang lagi hukumnya berdosa. Jamil Khir sedar atau tidak, berapa banyak yang telah Umno lakukan yang telah menimbulkan kekacauan? Itu bukan niat lagi, malah telah pun berlaku. Isu perkauman yang dimainkan oleh Umno selama ini boleh menimbulkan kekacauan atau tidak? Fitnah ke atas PAS yang dikatakan sebuah parti ajaran sesat itu boleh menimbulkan kekacauan atau tidak? Akta zalim ISA yang terang-terang melanggar hukum Islam itu boleh menimbulkan kekacauan atau tidak? Amalan media yang sering menimbulkan isu berbentuk fitnah dan provokasi terhadap parti pembangkang boleh menimbulkan kekacauan atau tidak?

Terlalu banyak untuk kita bentangkan betapa Umno yang menjadi tunjang kerajaan sekarang telah menimbulkan kekacauan. Apabila fitnah yang telah dilakukan ke atas DS Anwar semenjak kes liwat pertamanya dahulu hingga kes yang sama untuk kali kedua, tidakkah menyebabkan kekacauan? Malah, isu ini lah yang menjadi kekacauan yang amat besar di dalam negara sehingga sekarang.

Jamil Khir tidak pernah mahu menyebut pemimpin di dalam Umno itu berdosa apabila melakukan kekacauan-kekacauan seperti yang dinyatakan tadi. Mengapa beliau mempertikaikan niat Nurul Izzah? Niat yang berada di dalam hati Nurul Izzah dijadikan modal besar Jamil Khir sedangkan yang terang-terang terjadi sejak turun temurun tidak dipedulikannya. Ikhlaskah Jamil Khir? Jika Jamil Khir sememangnya bersungguh tidak suka kepada orang yang melakukan kekacauan, sepatutnya Jamil Khir tidak berada di dalam Umno. Mungkinkah mata Jamil Khir menjadi `buta' selepas mendapat habuan di dunia ini?

Sebenarnya Jamil Khir semenjak berada di dalam ATM sewaktu memegang jawatan tinggi di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah gagal membentuk warga tentera yang cinta Justify Fullkepada Islam. Pengembangan Islam di dalam ketenteraan sewaktu era beliau tidak dapat dilihat. Tentera kita tidak disemaikan dengan semangat juang dan jihad berlandaskan agama. Maka tidak hairan jika kita melihat terlalu banyak kes salah laku dan moral melanda warga tentera kita./wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. Apabila bergelar ulama masuk UMNO, hukum menjadi terbalik. Kita rakyat biasa yang kurang pengetahuan agama jadi pening. UMNO boleh buat PR tak boleh buat. Kalau PR buat juga semua berdentam dentum masuk TV Utusan Meloya, Berita Hairan, perli sana perli sini. Disebalik dentam dentum ini ulama UMNO senyap kemudian keluarlah ulasan yang tak masuk akal saperti kritikan keatas Nurul Izzah.
    Kita rakyat biasa kesian tengok Ulama-ulama UMNO ni. Pelajaran tinggi, gaji tinggi dan hidup mewah tapi soal agama semakin sehari semakin bebal seolah olah disenghajakan. Mungkin inilah ketentuan Illahi kerana diakhir zaman ini yang zalim memerintah, yang alim membisu. Bersyukurlah kita termasuk saya tidak masuk dalam katergori ini. Alhamdullillah.

    BalasPadam
  2. Alahai... Jamil Khir dok sebok main golf sahaja.
    Apa dia buat? Dalam ATM dulu membodek dan berceramah kelengtong kehebatan dia dan sekarang dok bisu terus membodek sebab dapat jadi menteri tapi bahlol....
    poraaah..... la Jamil Khir.

    BalasPadam
  3. dah masuk tahap BUTA HATI... dah terkeluar dari mendapat Rahmat Allah... apa tidaknya pengetahuan Agama tinggi tapi sanggup gadai Agama Allah dan gadai maruah demi bersama kumpulan yang melawan Syariat Allah dan demi mengaut laba dunia yang sedikit... jamil... jamil ku sangka cerdik rupanya bodo... tu lah rupa ulama akhir zaman ... ulama usuk.. seperti yang telah Allah firmankan di dalam Al-Quran... semoga Allah melindungi kita dari fitnah dari manusia-manusia sebegini... Nauzubillah

    BalasPadam
  4. nampaknya haramsani dah ada geng....

    BalasPadam
  5. dgn ini aku isytihar keluar dari PAS, tak sanggup lagi da aku pujuk diri sendiri dgn kelakuan PAs melacurkan agama demi kuasa politik..yg pelik tu, kejadian pelacuran agama ini tidak berlaku dizaman kekuatan UMNO..

    BalasPadam
  6. tanpa nama 15:20 nak keluar pas? DIPERSILAKAN BERAMBUSSS... JGN DTG2 LAGI... BODOH PUNYA MELAYU

    BalasPadam