RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 27 Ogos 2010

SAHAM BUMIPUTERA HILANG, SIAPA SAPU ?

Bangkit Perkauman Untuk Tutup Kehilangan RM52 Bilion

GEORGETOWN, 27 Ogos - Tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman dan agama adalah cubaan menutup skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, kata Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas isu perkauman yang cuba dihangatkan Umno pada pada waktu ini.

"Mereka mengapi-apikan pelbagai isu perkauman supaya menutup skandal RM52 bilion.

"Dari RM54 bilion yang diberikan kepada Bumiputera sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja," ujarnya semalam selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Itulah sebabnya mereka mainkan isu-isu berkaitan agama dan perkauman ini, supaya isu sebenar boleh ditutup."

Sambil mendakwa Umno mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera, Setiausaha Agong DAP itu turut mempersoal keengganan Umno BN untuk menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca ekuiti Bumiputera tinggal RM2 bilion sahaja.

"Siapa yang kebas RM52 bilion saham Bumiputera ini, tentulah Umno BN.

"Adakah disebabkan itu, mereka tidak mahu menubuhkan suatu siasatan suruhanjaya di raja," soal beliau di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Sehubungan itu, beliau menganggap DAP, PAS dan PKR atas muafakat Pakatan Rakyat wajar bersatu untuk menentang permainan politik Barisan Nasional itu.

"Kita boleh bersatu melawan kemungkaran yang dicerminkan oleh Barisan Nasional, baik Umno, MCA atau MIC," katanya lagi.

Sidang media tersebut turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud.

Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing.

29 Mac lalu, Guan Eng di Dewan Rakyat mempersoal integriti Umno BN ekoran kehilangan RM52 bilion itu.

Persoalan itu lanjutan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mendedahkan bahawa ekuiti Bumiputera hanya tinggal RM2 bilion sahaja.

Menurut Guan Eng juga, ekuiti Bumiputera mampu meningkat sebanyak 45 peratus melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) sekiranya Umno tidak mengkhianati amanah rakyat, khususnya orang-orang Melayu.-HARAKAH DAILY

2 ulasan:

  1. Masihkah kita ingat...LGE pernah berehat di Kamunting kerana 14 tuduhan terhadap Rahim Tamby Chik yang dikaitkan dengan kerja membuncitkan perut seorang gadis di Melaka.Akibat dari tuduhan tersebut LGE "direhatkan".

    Apakah kali ini LGE akan direhatkan kerana isu RM52 billion saham bumiputera.Dulu berehat kerana gadis Melayu yang dibuncitkan perutnya kini saham orang Melayu (bumiputera)

    BalasPadam
  2. Ha Ha Ha! Apa Lah KM Pulau Pinang LGE ni? Takkan lah Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bodoh sangat , kalau lah benar di kata oleh KM P.Pinang yg ekuti Bumiputra hilang sebanyak RM 42 Billion , kenapa tak buat "Repot Polis". Tak baik buat tuduhan tanpa bukti,Kerajaan PM 1 Malaysia kan bangsa Melayu Islam , orang Islam takkan lah bodoh sangat "MENCURI HUKUMNYA HARAM DISISI ISLAM" Kalau tak percaya mari lah kita rakyat Malaysia berbilang kaum , ramai rami mensyorkan kepada PM 1 Malaysia DS. Najib Razak bersumpah kat Masjid Hulu Selangor tempat dimana puak puak UMNOBN buat sholat hajat dan bacaan Yasin untuk AP Hulu Selangor yg berugama HINDU. Saya rasa LGE terburuk sangka terhadap PM 1 Malaysia si Najib Razak, mungkin kroni kroninya cuma pinjam dahulu , bila dapat untung mereka semua pulangkan balik saham tersebut. Apa pinjam pun salah ke? Kalau rugi atau hangus RM42 Billion itu namanya bukan rezeki bumiputra Malaysia,apa nak buat dah hangus atau rugi dalam perniagaan. Orang Melayu Islam di Malaysia kan suka maaf kan kesilapan yg di buat oleh Kerajaan Malaysia, pepimpinan UMNOBN . So kalau betul lah hilang atau di curi tanpa izin, KM Pulau Pinang LGE kena buat repot polis tapi mesti di sertakan dengan bukti jangan main tuduh sahaja. PM 1 Malaysia bukan seorang ahli silap mata macam David copperfield

    BalasPadam