RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 23 Ogos 2010

SURAU DISIMBAH CAT DI SEREMBAN, KERJA SIAPA ?

DAP kutuk simbah cat merah pada surau
Ogos 23, 10

DAP mengutuk sekeras-kerasnya kejadian sebuah surau di Taman Pulai Impian, Temiang, Seremban disimbah cat merah pagi tadi

"Kejadian tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan jahat, tetapi juga perbuatan khianat yang tidak boleh diterima dalam masyarakat demokrasi berperlembagaan, bertamadun dan madani," kata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

"Pihak yang bertanggungjawab (melakukannya) mungkin merasakan provokasi ini akan lebih berkesan dalam bulan Ramadan yang mulia ini," kata Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, DAP berharap pihak polis bertindak cepat menangkap mereka yang bertanggungjawab melakukannya dan segera dihadapkan ke muka pengadilan.

"Saya meminta semua rakyat Malaysia berdoa untuk keamanan dan menghindari budaya kebencian dan keganasan yang tentunya akan menggugat harmoni dan perpaduan negara," katanya.

Dalam kejadian tersebut, cat merah disimbah pada bahagian belakang surau tersebut yang baru beberapa minggu mula digunakan.

Kejadian itu disedari oleh jawatankuasa surau tersebut pagi ini dan kemudiannya membuat laporan polis.

S
urau tersebut baru sebulan siap dibina tetapi belum berpagar.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga ADUN Lobak, Anthony Loke (kanan) pergi ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenainya.

Beliau ke situ bersama ADUN Temiang Ng Chin Tsai dan dan ADUN PKR Sikamat, Aminuddin Harun (kiri).

Mereka menemui serpihan botol arak yang dipercayai mengandungi cat merah di situ.

Menurut Anthony lagi, polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat dan mengambil kenyataan daripada jawatankuasa surau berkenaan./Malaysiakini

5 ulasan:

  1. Saya sungguh sedih di atas kurang bijaknya (bodoh) TKM YB Dato'Mansor bin Hj.Othman perihal seorang khatib yg berjiwa Islam. Sepatutnya beliau membuat kenyataan mempertahankan khatib tersebut . Beliau sepatutnya menyatakan 'Jika segala tuduhan liar atau fitnah oleh JKKK / juak juak pengampu UMNOBN dan Zaid Hamidi tidak benar , beliau rela untuk menyediakan barisan peguam peguam dari PR untuk menyaman malu terhadap tukang fitnah , ini yg sepatut di lakukan oleh TKM Pulau Pinang bukan sekongkong dengan puak puak yg menambur fitnah.YB Dato'Mansor "WAJIB" mempertahankan khatib bukan hanya nak membersihkan nama Lim Guan Eng dan MAIPP.

    BalasPadam
  2. Kerja sape ke lagi kalau bukan kerja SB?

    BalasPadam
  3. UmmmNooo tak akan lepas kuasa dengan senang...melainkan buat huru-hara apabila kalah nanti. Oleh itu bersiap sedialah semua pihak dari segi mental dan fizikal untuk menangkis pemberontakan UmmNooo dan baruanya (Po....) Mana tak memberontaknya...kalah bererti akan dihitung segala salahlaku ketika berkuasa...Takutnya aku.....Sg..Buluh...balai cerita.

    BalasPadam
  4. bangang pnye melayu isu surau kena simbah pun nak dipolitikkan. woi pukimak amno ngan pas sumua xblh pakailah, x hbs2 nak jaga hati cina ngan india je tp hati melayu/islam ni xnak jaga. klu rase2 pengecut nak berjuang dlm isu ni xpyh nak salahkan sape2, baik ko jadi bapuk lg eloklah. xguna ko jd lelaki tp pengecut konon2 takut huru hara.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama... 2010 Ogos 24 12:00

    kau lagi bangang...

    BalasPadam