RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 3 November 2010

ZAKAT PUN DIKATA RASUAH, JAHIL SUNGGUH

PAS: Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh rasuah
Salhan K Ahmad
Nov 3, 10


Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan Utusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.

"Tak kan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.

Katanya lagi, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut.

"Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak.

"Ini zakat bukan rasuah. Utusan itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.

"Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong," katanya./Malaysiakini

6 ulasan:

  1. Salam, orang islam yang memfitnah namanya.. Biasalah orang masuk islam kita bagi zakat kat dia. Tak kiralah bagaimana banyaknya. Main tuduh tuduh ni kerja jahat

    BalasPadam
  2. wakakakka...lawaknya.. kalau Umno yg bagi walau seringit habis puak2 korang kate Umno rasuah. tapi kalau puak korang yang bagi...zakat namenye ye??? lawak la parti pas ni...

    BalasPadam
  3. Mmg la lawak pasal Umno bodoh tak tau beza rasuah dgn zakat. Yg Umno bagi tu zakat ke selama ini? Pergi belajar dulu la yer....

    BalasPadam
  4. Zakat waktu pilihan raya??? hahaha...org bodoh pun tau la ape motif pas ni. kalau nk berzakat, banyak lagi keluarga susah kat luar dari galas tu. yang heran tu selama ni tak pernah pulak nak berzakat kat galas, tapi bile ade pilihan raya, kejap tu la nak bagi zakatnya. ala biasa la parti korang tu, apa yang pas buat semua halal, ape yang Umno buat semua haram..tu kat selangor dah ade "fatwa" baru yang di keluarkan oleh puak2 korg jgk....ish2...sesat sungguh..

    BalasPadam
  5. Kalau Pilihanraya itu boleh mengubah apa2, sudah lama ianya akan diharamkan oleh umngok...

    Kalau berani, letaklah SPR bawah Agong bukannya dibawah PM...

    Dahlah berat 18 belah, pembohong pulak tu...

    BalasPadam
  6. MEMANG BODOH PUN BANGGANG LAGI ADA.. YG DUK BGI ZAKAT MASA NK PILIHAN RAYA WAK APE.. DAH TU LAK MASA DLM KEMPEN LAK TU.. ABIH NIAT APE.. IKHLAS KE TAK?....DAH LAH..SEMUANYE TAK BETUL.. pas JER YG BETUL BAIK....SOKONG BAGUIH .. TAK SOKONG KAFIR.. APA PUNYA PARTI... BODOH,SOMBONG,RIAK,DENGKI,KHIANAT..

    BalasPadam