RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 29 April 2011

ESKAY TIADA PILIHAN, TERPAKSA BERSUMPAH JUGA, KERANA APA?

Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS dan tahniah kepada sebilangan besar jemaah Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul hari ini kerana berani meluahkan kebenaran dan hak agar kelakuan sesat dapat dihindarkan berlaku di dalam Rumah Allah itu. Sejurus selepas Solat Jumaat, wajah Eskay tidak kelihatan untuk mengadakan perbuatan karut iaitu Sumpah Laknat, melainkan yang lebih awal muncul adalah Pengarah JAWI.

Petikan dari Malaysiakini, keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini (Malaysiakini).

Meskipun difahamkan Eskay tetap akan hadir bersumpah selepas Jumaat kemungkinan lewat tiba, apa yang penting kita patut bersyukur masih ramai yang sedar dan insaf bahawa perkara sumpah di dalam Islam tidak boleh dipersendakan. Masih ramai yang tidak sejahil puak mereka yang mahu agar tuduhan zina ini boleh diatasi dan diselesaikan dengan sumpah. Eskay sedar, beliau tidak mampu untuk menghadapi kes Qazaf kerana hukum tersebut akan memberi keadilan yang sebenar. Adakah Eskay mahu kepada keadilan Islam ataupun hanya mahu mengaibkan musuhnya?

Pelik bin ajaib, permohonan untuk membicarakan kes Qazaf terhadap isu ini lebih awal dipohon bagi pihak DS Anwar melalui Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar bahkan beliau telah pun dipanggil untuk memberi keterangan di Pejabat JAWI. Tetapi, mengapa Pengarah JAWI memilih untuk hadir lebih awal ke Masjid berkenaan semata-mata untuk upacara sumpah tersebut? Mengapa beliau memilih membelakangkan kes Qazaf tetapi segera malah lebih awal dari Eskay untuk menyaksikan sumpah laknat?

Kita masih ingat kes sumpah laknat oleh Saiful dahulu, siapakah Pengarah dari Jabatan Agama Islam yang terlibat memaksa Imam Raml;an Poringgi mengadakan sumpah laknat buat Saiful? Alhamdulillah, akhirnya Imam Ramlan sedar betapa beliau telah dipergunakan oleh bosnya yang berkepentingan politik. Apa jadi pada Imam Ramlan selepas itu? Beliau digantung dan akhirnya ditamatkan perkhidmatan. Itulah cabaran bagi sesiapa sahaja yang ingin menegakkan kebenaran. Seandainya Eskay tetap mahu bersumpah hari ini kita merasa sedih kerana berkemungkinan ada Imam lain yang turut menjadi mangsa politik lagi.

Saya tetap yakin Eskay akan terus bersumpah kerana beliau tahu tiada jalan lain untuk beliau menghilangkan rasa malu akibat fitnahnya yang kini ditertawakan orang. Siapa mahu percaya cerita Eskay yang pada awalnya menyebut beliau tahu kes zina tersebut apabila terjumpa kamera tersembunyi sewaktu beliau ingin mengambil jam DS Anwar yang tertinggal. Beliau pun memanggil beberapa rakannya terlebih dahulu untuk menontonnya bagi memastikan kebenaran siapa pelaku di dalam video yang kununnya beliau jumpai itu sebelum ditayangkan kepada para wartawan. Tetapi semalam, beliau membuat pengakuan berbeza dengan menyebut bahawa beliau tahu watak lelaki tersebut adalah DS Anwar kerana beliau ada bersamanya ketika kejadian.

Dari segi fakta fizikal lelaki di dalam klip video siri I hingga setakat Siri II yang disiarkan oleh youtube dan dipanjangkan juga oleh media porno kita, jelas penipuan mereka. Tambahan pula apabila Eskay berbelit di dalam ceritanya. Sebab itu Eskay terlalu ingin untuk bersumpah kerana beliau tidak perlu menjawab apa jua kemusykilan.

Kita tidak pelik berapa ribu kali Eskay mahu bersumpah kerana yang kita inginkan adalah kes ini mesti mengikut apa yang Allah ajar pada kita. Sebelum itu, kita juga mahu tindakan ke atas Eskay dan juak-juaknya yang telah mengaku menayangkan video lucah berkenaan agar didakwa segera. Eskay boleh bersumpah setiap hari, ada kita kisah?/wfauzdin.blogspot.com

18 ulasan:

  1. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

    BalasPadam
  2. Ini sahaja jalan yang terbuka kerana semua pihak perlu bersatu menentang umno yang semakin zalim memerintah Beraja DiMata, Bersultan Dihati

    BalasPadam
  3. PAS tidak tersasar, PAS berjuang bersendirian?? Itulah suara UMNO sebenarnya... Tungkaranhati.blogspot.... cetusan hati awak adalah suara UMNO... kami ahli PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat dan Tn. Guru Nik Aziz adalah mursyid kebanggaan kami...

    BalasPadam
  4. tukaran hati dari dulu memang catatannya macam tu.orang umno bertopeng nada PAS.melilaulah dia dalam blog pakatan apabila tidak dijamu olih tuan nya yang mensyaratkan,sebelum najis diberi untuk dimakan,pakatan perlu di kacaubilau dahulu.
    itulah tukaran hati.

    BalasPadam
  5. PERGI JAHANAM LAH UMNO!!!
    PERGI JAHANAM LAH UMNO!!!
    PERGI JAHANAM LAH UMNO!!!

    kami ahli bawahan pas peringkat akar umbi yang bersama pas sejak dulu lagi...sangat benci kepada umno, nik aziz dah lama berjuang bersama kami, dia berilmu agama...mengapa pula dia tak boleh tentukan dasar perjuangan kami?? TUNGKARANHATI.BLOGSPOT.COM ni jenis munafik nak pecah belahkan perpaduan Pakatan Rakyat...menyamar kononnya sokong Pas... dia jenis ABDULLAH BIN UBAI...

    BalasPadam
  6. percayalah,penyokong pakatan tidak akan menjauhkan diri dari pakatan kerana video sex,tapi penyokong pakatan akan meninggalkan pakatan kerana sikap pengecut pemimpin pakatan yang hanya "bertahan" dengan beribu ribu catatan.

    BalasPadam
  7. tungkaranhati.blogspot: pergi makan taik umno lagi baik drpd buat komen macam orang bodoh.

    BalasPadam
  8. pemimpin BN pula bersikap pengecut dan bertahan dengan bantuan polis dan agensi kerajaan (SPRM, SPR ...)

    BalasPadam
  9. ingat ALLAH = Beriman

    ingat UMNO = Sex+Rasuah+Fitnah+Arak+Sumpah

    BalasPadam
  10. haramjadah punye mufti2 depa boleh buat pekak...

    BalasPadam
  11. KALAU PUN VIDEO SEKS ITU BENAR, ADAKAH SUDAH CUKUP UNTUK MEMBERSIHKAN UMNO YANG 1000 KALI LEBIH KEJI DARI ITU.
    PENYOKONG PAS TIDAK AKAN MENINGGALKAN PAKATAN RAKYAT HANYA KERANA VIDEO ITU., KERANA KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA ANWAR IBRAHIM,
    TAPI...KITA MENENTANG UMNO KERANA IA SEBUAH PARTI YANG ZALIM, KORUP, SEKULAR DAN SEGALANYA.

    ....penokong PAS...

    BalasPadam
  12. hehe tungkaran hati. Otak kmu itu karat biru umno bkn ahli pas...-bila dah tersepit bru nk ngaku jd ahli pas . Boleh jln da

    BalasPadam
  13. ORANG ATAS PAGAR:
    kalau lihat kepada peribadi Anwar dan keluarganya, dibandingkan dengan peribadi Dato' T dan keluarga, dicampur pula dengan Najib dan keluarganya.... peribadi Anwar jauh lebih mulia berbanding mereka.
    Anwar : isteri dan anak perempuannya bertudung menutup aurat.
    Najib : isterinya .....???

    Itu cara bodoh agama aku menilai peribadi mereka yang bertelagah dalam kes ini...

    tak mungkin org yng tk boleh laksanakan perintah Allah kepada keluarganya akan laksanakan perintah Allah dalam urusan yang lebih berat....

    pak majid kota damansara.

    BalasPadam
  14. marilah semua kita penyokong PAKATAN RAKYAT (PAS , PKR , DAP) ...kita rapatkan barisan, teuhkan ikatan dan perpaduan..LAWAN TETAP LAWAN... bila Anwar diserang bertubi-tubi, itu tandanya meraka takut kepada aura Anwar yang semakin diterima rakyat, hanya Anwar, Nizar, Husam Musa yang ada aura menyatukan penyokong Pakatan yang berbilang bangsa ini...

    BalasPadam
  15. Khas buat tungkara hati.blogspot.Kami bukannya
    bodoh macam puak hangpa.Akal yang ALLAH kurniakan kami gunakan sebaikxnya.

    BalasPadam
  16. Saudara WF
    1-tukaranhati melilau dari blog ke blog menyamar seolah dia adalah penyokong PAS ,tapi bila di rehat seminit untuk lihat blog dia,ternyata dia adalah happy go lucky pemuda umno.
    2-kes video sex mirip ketua pembangkang.
    Sebenarnya kita telah diperangkap sejak awal untuk mempercayai video sex ini adalah tulin.Kita seolah melupakan apa yang ditulis olih Dato Mat Zain Ibrahim berkaitan trajidi 1998,apabila sesuatu perkara melibatkan Anwar Ibrahim,depa akan lakukan apa saja untuk puaskan hati tuan tuan depa.
    Akibat percaya ianya tulin lah,analisa demi analisa perbandingan pelaku kita buat(sampai IGP kena berehat akibat tekanan-banyak yg prasangaka begitu).
    3-Dato T berani bersumpah kerana fakta yang di kemukakan adalah benar di CELAH CELAH tidak benar.
    Maksud aku ada 2 versi yang dicantumkan menjadi satu.
    4-Mendahului pendedahan polis (dibawah Tim IGP baru)menunjukkan bahawa Dato T tahu,bahawa pelakunya BUKAN Anwar,jika pelakunya Anwar Dato T pasti akan membiarkan pendedahan ini di buat olih polis.

    BalasPadam
  17. Ini buah catur terakhir UMNO sebelum PRU 13..
    Gua dpt rasa depa sedang bersiap sedia utk pilihanraya..
    Depa akan umum pilihanraya dlm keadaan kita sebok menangkis Fitnah2 mereka..
    Klu dh sumpah sumpit neh masuk TV itu petanda apa...
    Mcm PRK Permatang Pauh jugak..
    Jgn leka layan benda2 x berpekdah mainan media BN neh..
    Siap sedia utk Pilihanraya..
    Are You READY??????

    BalasPadam
  18. alaaa..senang jer yg bersumpah...

    semalam aku sendiri ada buat surat sumpah kat suruhanjaya sumpah....cuma kena bayar 3 hinggit jer....apa ada hall???...

    aku tak kena sambar petir punnn..

    kah kah kah kah kah kah ...

    BalasPadam