RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 25 April 2011

NS ADA HARAPAN UNTUK DITAWAN, ANWAR JANGAN HAMPAKAN RAKYAT NS

Anwar Macam Shah Rukh Khan

Malam tadi saya sekeluarga anak beranak pergi menghadiri satu ceramah anjuran PKR Cabang Seremban di Taman Bukti, Ampangan, Seremban. Ceramah diadakan sempena perasmian bangunan baru pejabat PKR Seremban. Penceramah yang dijemput adalah YB Dato’ Sri Anwar Ibrahim dan YAB Ustaz Azizan Razak (Menteri Besar Kedah).

Ramai betul orang yang hadir, berbondong-bondong datangnya. Kalau Hj Ibrahim Yusof dalam ceramahnya biasa dia menyebut “mombibih-bibih dek ramai eh”. Bak kata orang yang buta datang berpimpin, yang pekak datang bertanya, yang tua datang bertongkat. Ada yang datang bersama keluarga, ada yang datang sendirian dan juga ada yang datang bersama kawan-kawan.

Saya terjumpa Mahat bersama isterinya dari Johol dan juga Mohd Barr yang datang anak beranak dari Simpang Durian. Mohd Barr ni pula bawa anak kecilnya. Bininya baru lepas bersalin dan baru sahaja habis pantang. Saya jumpa abang Karim dari Jempol, siap bawa petai sekali untuk jualan.Juga terjumpa dengan Awie dengan kawan-kawanya dari Tampin. Terserempak juga saya dengan bapa saudara saya ALI yang datang bertiga bersama kawan-kawan UMNO nya.

Boleh dikatakan dari seluruh pelosok rantau Negeri Sembilan ini datang lah nak mendengar ceramah DSAI. Apabila di beritahu sahaja bahawa DSAI tidak dapat hadir untuk memberikan ceramah, maka ramailah yang datang itu kecewa. Ramai juga yang tak puas hati kenapa Anwar tak boleh hadir. Sahabat saya Pak Usop datang dari Temerloh tujuan nya nak berniaga dan juga mendengar ceramah Anwar. Pak Usop berkata dengan saya kalau macam ni lah sambutan rakyat Negeri Sembilan untuk ceramah Anwar habis BN di Negeri Sembilan kali ni.

Apa tidaknya jalan sesak / JAM / Macet berbatu-batu. Saya terjumpa dengan Imam Hj Zainal (seorang imam masjid di Senawang), saya tanya dengan dia “Mana kereta Imam?” Jawabnya “Nun…hujung sanun, yang habih penghujung, sosak bonar, tak ado parking” kata Imam Zainal. Begitu lah hebatnya sambutan orang Negeri Sembilan untuk ceramah Anwar. Ramai yang datang nak melihat wajah Anwar dan nak mendengar suaranya bercakap. Walaupun macam-macam fitnah dan tohmahan dilemparkan pada Anwar, tapi orang tetap datang nak tengok Anwar. Orang tak peduli!!!

TETAPI malam tadi Anwar tidak hadir. Ada orang kata dia pergi Sarawak. Hujan pula tiba-tiba turun dengan lebatnya. Maka habis lari lah orangramai. “Dah lah Anwar tak datang, hujan lobat pulak” kata sahabat saya Amin yang datang bersama isterinya dari Tengkek, Batu Kikir. Saya percaya kalau Anwar datang malam tadi walau macamana lebat pun hujan orang tak akan lari atau berganjak, seperti mana Anwar datang ceramah di Rahang dahulu dalam hujan orang tak bergerak, terpaku terus walaupun baju basah.

Kalau di Negara India sambutan begini hanya diterima oleh artis macam Shah Rukh Khan sahaja. Tapi di India rakyatnya gila tahap gaban, kok tak datang atau tak muncul lah si Shah Rukh Khan ini ada yang sampai nak bunuh diri. Di India Shah Rukh Khan ni dah jadi macam dewa mereka. Di Malaysia ni tak adalah orang nak buat sampai macam tu sekali. Orang Malaysia terutamanya orang-orang Pakatan Rakyat mereka boleh berfikir dengan bijak dan rasional TETAPI Dato Sri janganlah selalu tak datang YO!! Hampo dan kecewo orang kampong seado alah eh……/orangklawang.blogspot

2 ulasan:

  1. Terkenang kembali sekolah lama SMK Si Rusa dan STPD.Pas Kg. Sawah,Saudara Abd Rashid??

    BalasPadam
  2. Bila ceramah berbendong-bendong datang...bila undi kalah...ini apa cerita?...Maknanya orang melayu ni sebenarnya tak mahu atau malas berfikir isi ceramah tersebut...dia orang ingat pergi funfare ke!!!!!Ada idea tak macam mana nak perbetul akal orang melayu ni!!!!

    BalasPadam