RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 29 April 2011

Sumpah laknat Datuk T tak ikut ajaran Islam- Ustaz Shamsul


KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz berkata, sumpah laknat yang dilakukan Trio Datuk T, tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Beliau merujuk tindakan salah seorang individu terbabit, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dikatakan mahu mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Sentul selepas solat Jumaat esok. “Sumpah untuk nak buktikan tuduhan zina cuma boleh dilakukan terhadap isteri sahaja. Itu dipanggil sebagai sumpah Li’an. Itu dinyatakan dalam Al Quran Surah An Nur ayat ke 6 hingga ke 10, ” ujarnya kepada Keadilandaily.

“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri, “Sumpah yang dilakukan Datuk T ini tidak terpakai dan tak boleh pakai,” tegas beliau. Katanya, sumpah mubahalah seperti yang diperkatakan ramai orang pula, hanya melibatkan persoalan akidah dan tidak ada kaitan dengan hukum syarak. “Sumpah Mubahalah cuma nak menyatakan dalam soal perdebatan akidah dan ia tidak menyangkut paut dengan hukum syarak. Ia berkenaan akidah sahaja.

Misalnya perdebatan antara ahli kitab dan orang Islam, dalam tuduhan seks tidak ada sumpah muhabalah. Justeru, katanya, tindakan Datuk T yang terdiri daripada Shazryl Eskay, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, dan bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim itu tidak diterima dalam kaedah perundangan Islam. Dalam kes fitnah membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Shamsul berkata, di dalam Islam, ia perlu mengikut saluran yang ditetapkan hukum syarak.

“Dia (Datuk T) kena ikut proses, sebab itu perlu membawa empat saksi. Kriteria saksi ini mesti lah memenuhi syarat seperti adil, tidak fasik dan tidak buat dosa-dosa besar,” jelas beliau. Ketika ditanya mengenai hukum daripada tindakan individu berkenaan, Shamsul berkata sumpah yang dilakukan itu tidak memberi sebarang kesan kepada yang dituduh mahupun yang menuduh. “Ia tidak boleh dijadikan asas sebagai penerimaan bukti samada betul atau tidak,” tambahnya.

Sementara itu, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Ustaz Dr Badrul Amin Bahron pula mengingatkan umat Islam supaya jangan sewenangnya mempermainkan agama dengan merujuk tindakan individu berkenaan. “Jangan sampai kita semua dilaknat Allah! Siapa ajar sumpah-sumpah ini? Agama apa? Kenapa di masjid? Sumpah bukan ajaran Islam, ikut Islam sebat saja mereka ini,” katanya sambil menyeru umat Islam merujuk surah An-Nur ayat 4./KeadilanDaily

4 ulasan:

  1. kalau tak betul, ajarlah mereka cara yang betul. Nak lagi senang, minta makhluk anugerah tuhan tunjuk cara yang betul.

    sumpah sebenarnya adalah mainan mulut anwar yang busuk suatu ketika dulu. anta pigi check video dulu-dulu punya. tapi anwar bukan sumpah muhabalah/laknat tapi sumpah suka-suka. persoalannya mengapa dulu dia boleh bersumpah tetapi sekarang macam-macam helah. baru sekarang dia kenal yusof qardawi ka? baru sekarang dia kenal hukum hakam ka? dia adalah makhluk anugerah tuhan, sepatutnya dia lebih handal daripada semua ulamak sedunia.

    kalau itu macam, anwar ini adalah seorang pembohong besar.

    BalasPadam
  2. Pakngah santan hoiiii..artikel diatas dah
    diterangkan.Jangan marah nanti basi santan tu.

    BalasPadam
  3. pak santan ,steady lah.
    aku minta satu saja.kami tak ada video yang pak ngah cakap tu.
    bawa keluak sekarang.kalau tak ada,jangan marah kalau kami kata,pi tengok santan tu takut masam.depa nak buat kenduri waktu pak ngah nak tunjuk video tu.

    BalasPadam
  4. biarpun siapa yg benar, adalah tidak perlu bersumpah di masjid dan ianya menjadikan Islam bahan ketawa oleh orang bukan islam.... biarlah makhamah yg tentukan... jauhkan lagi pandangan kita.. fikirkan anak tentang cucu kita, bagaimana mereka nak berhadapan dengan masyarakat sekita Islam menjadi bahan lawak di kalangan bukan Islam?

    BalasPadam