RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 24 April 2011

AZMIN - MUSTAPHA `BERPERANG' ANGKARA MEDIA UMNO, SIAPA BODOH SEBENARNYA?

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA `berperang' lagi dua tokoh di dalam PR ini di antara Azmin Timbalan Presiden PKR dengan Mustapha Ali Setiausaha Agung PKR. Semuanya angkara media berlidah Syaitan yang kaum Cina sendiri sudah tidak mempercayainya. Hanya kaum Melayu sahaja sebilangan yang masih `beriman' dengan Utusan yang meloyakan itu.

Semuanya bermula apabila kenyataan Mustapha Ali berkaitan pandangan PAS terhadap DS Anwar di dalam isu video seks disiarkan oleh akhbar pencacai tersebut. Kenyataan Mustapha yang disiarkan oleh akhbar porno tersebut menyebabkan Azmin Ali melenting kerana kenyataan tersebut seolah-olah tidak menghormati DS Anwar selaku Ketua Pembangkang dan PKR sendiri selaku sekutu PAS di dalam PR. Kenyataan yang membuatkan Azmin melenting ialah apabila Mustapha Ali menyebut bahawa PAS akan mengkaji hubungannya di dalam PR setelah siasatan kes video seks itu selesai.

Di dalam Harakahdaily pula kemudiannya, Mustapha Ali menafikan beliau bermaksud sedemikian dan beliau meminta akhbar porno berkenaan memohon maaf atau bersedia untuk diambil tindakan kerana memutarbelitkan kenyataannya. Ini bererti Mustapha Ali tidak berkata seperti yang dilaporkan itu.

Di dalam Malaysiakini hari ini, Mustapha Ali membidas Azmin Ali kerana mempercayai akhbar berkenaan yang diketahui kepunyaan Umno. Mustapha Ali menasihatkan Azmin agar lebih mempercayai media lain seperti Harakah. Mustafa berkata, Azmin tidak seharusnya mempercayai apa yang disiarkan oleh media 'milik Umno' semalam yang menyebut PAS akan menyemak semula hubungannya dengan PKR ekoran skandal video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Malaysiakini).

Saya tertanya juga, mengapa Azmin percaya kepada laporan dari akhbar kepunyaan Umno tersebut? Dan lebih penting lagi, jika Mustapha Ali tidak mahu sesiapa mempercayai akhbar berkenaan atau mana-mana media pro Umno, mengapa media seperti itu dijemput atau dibenarkan hadir di dalam sidang medianya? Jika beliau bertanya mengapa Azmin tidak menyemak kenyataan beliau di dalam Harakah atau Harakahdaily, persoalannya mengapa kenyataan beliau lewat disiarkan sedangkan media pro Umno terlebih dahulu menyiarkannya? Mungkin inilah kelemahan media rasmi PAS yang selalu ketinggalan dan `slow' di dalam menyiarkan sesuatu isu. Tidak hairanlah jika ramai di kalangan kita yang lebih awal mengetahui sesuatu berita itu melalui media lain seperti Malaysiakini.

Saya pernah menulis betapa sepatutnya semua pimpinan PR jangan memberi ruang kepada mana-mana media yang kerapkali menipu atau suka memutarbelitkan kenyataan demi kepentingan pihak tertentu. Jika ini tidak dilakukan, bayangkan seorang Timbalan Presiden PKR boleh terperangkap dengan media haprak ini, apatah lagi rakyat biasa.

Bagi saya, Azmin Ali pun silap kerana cepat melatah dan terperangkap dengan media yang beliau sendiri kenal betapa busuknya lidah syaitan ini. Mustapha Ali pula salahnya besar juga kerana melayani media pro Umno seperti itu tetapi tidak mahu sesiapa mempercayai media yang beliau layani itu. Pelik betul kedua-dua tokoh ini./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Jgn caya utusan dan jgn caya Azmin dan Mustafa Ali. Mereka2 ni jenis yg gagal dlm ilmu berpolitik. adios

    BalasPadam
  2. mak aih, kat malaysiakini pun kuar menda serupa, balik2 utusan..so malaysiakini berlidah syaitan jugak ke?

    BalasPadam
  3. Azmin tak bodoh...dia ada sebab..Penyokong PKR tak bodoh..cuma taksub dgn Anwar.. Yang nyata bodoh adalah PAS...senantiasa menyembunyikan kebodohan mereka dgn ibadah..

    BalasPadam
  4. SALAM,
    YANG BODOHNYA KEDUA-DUA PEMIMPIN INI. SEBAB APA? SEBAB BUAT STATEMENT DALAM SURATKHABAR CELAKA! HOI, MUSTAFA DAN AZMIN, KAMU BERDUA TAK ADA HANDPHONE KE. HAH? PUKULLAH TALIPON, CAKAP SAMPAI PEKAK TELINGA! JANGAN CAKAP DALAM SURATKHABAR!PERKARA RUMAHTANGGA JANGAN CAKAP KAT ORANG RAMAI, NANTI ORANG TAU KITA BODOH!AZMIN TALIPON MUSTAFA, LEPAS TU BINCANGLAH APA YANG TAK KENA, HAK TU PUN NAK KENA AJAR JUGAK? ORANG UMNO ,DIA ORANG TAK BISING PASAL BENDA2 YANG BOLEH MENDATANGKAN PERPECAHAN DALAM PARTI, NANTI AKAN ADA PULAK PEMIMPIN PAS DAN PR YANG AKAN BUAT ULASAN2 DALAM BLOG DAN SURATKHABAR, TENGOKLAH NANTI. YANG KESIANNYA PENYOKONG KEDUA-DUA PARTI, YANG BERJUANG SIANG DAN MALAM, KELUAR DUIT,PANJAT POKOK,KENA TUKAR SEKOLAH,HILANG KELUARGA,DEMI SEBUAH KEADILAN. AKU HARAP DALAM MUKTAMAR NANTI BUATLAH SATU RESOLUSI YANG BERKAITAN DENGAN PERKARA INI SEMOGA, TIADA PERPECAHAN DALAM PR, KALAU TIDAK JANGAN NAK TAKLUK PUTRAJAYA, PUDURAYA PUN BELUM TENTU BOLEH! CIKGU PA, SUDAH SUDAHLAH, POLITIK CIKGU PA DAH OUTDATED, KETINGGALAN ZAMAN! AZMIN PULAK, MUHASABAHLAH DIRI TU BANYAK2, ADIK AWAK TU, TOLONG BETULKAN DIA DULU!

    BalasPadam