RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 24 April 2011

USAH MIMPI KAMI MAHU MELUTUT DENGAN UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

RAKYAT dah pasang niat, samada DS Anwar disabitkan bersalah atau tidak tumpuan rakyat kini adalah untuk menjatuhkan kerajaan Umno/Bn di dalam PRU Ke 13 akan datang. Apabila PR berjaya menduduki Putrajaya, barulah kita akan ketahui siapa sebenarnya yang selama ini menipu rakyat, yang merompak hak rakyat dan konspirator fitnah yang banyak memecah-belahkan masyarakat.

Justeru itu, kita biarkan saja pihak Polis mahu siasatan kes video seks itu seberapa lama yang ia mahu. Begitu juga dengan trio datuk T, samada mereka ditangkap atau dilindungi rakyat sudah tidak peduli lagi kerana yang paling besar tugas kita selaku rakyat yang bermaruah adalah untuk menguburkan Umno/Bn di negara ini. Samalah juga dengan kes Liwat, rakyat sudah tidak peduli lagi berapa hari Saiful tidak membasuh duburnya kerana maruah dan nasib kita bukan terletak pada dubur pemuda itu. Itu beza kita dengan satu pihak lagi yang bersekutu dengan Apco itu.

Adakah mereka ingat dengan mensabitkan Anwar dengan liwat dan video seks itu maka PKR akan berkubur? Kalau dulu PKR hanya ada seorang Ahli Parlimen sebagai wakil kita boleh berjuang dengan gigih, masakan ketiadaan DS Anwar kita mahu melutut dengan sekutu Apco? Kita masih ada PKR, DAP dan PAS yang boleh menyambung perjuangan Anwar.

Silap besar mereka jika ingat PR akan hancur apabila Anwar tiada. Bahkan, PR akan menjadi bertambah kuat dan bersemangat lagi untuk menghentikan kezaliman Umno/Bn. Perjuangan kita bukan kerana batang tubuh Anwar tetapi untuk agama dan negara. Umno usah bermimpi untuk melihat PKR akan menjadi seperti Parti Melayu Semangat 46 yang mati setelah ramai pemimpinnya melutut dengan Umno./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. BN ingat pilihanraya ke 11 yg mana mereka menang besar kerana anwar dalam penjara. sedangkan hakikatnya rakyat hanya mahu perubahan iaitu kes2 rasuah dan salah guna kuasa dapat dikurangkan selepas DR M undur.

    Mereka juga rasa dgn bebasnya anwar mereka kena swing pada PRU-12. dengan alasan itu suka atau pun tidak mereka kena tangkap anwar kerana anwar lah punca kekalahan mereka.

    Namun mereka masih tidak belajar daripada PRU-11 hingga PRU-12 kenapa mereka menang dan kena swing. mereka tidak cuba memahami rakyat yg bencikan rasuah dan salah guna kuasa oleh pemimpin mereka.

    Anwar bebas atau dipenjara pun rakyat tetap akan menolak mereka ketepi. Malah kekuatan suara rakyat lebih kuat jika anwar dipenjara. Sekarang mereka sebenarnya terperangkap dengan perangkap yang mereka pasang sendiri.

    BalasPadam