Tidak Salah Bagi Kertas 'Chai'- Nurul Izzah
14/11/2010 Oleh : Radzi Razak
KUALA LUMPUR 14 NOV : Proses Demokrasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) membolehkan mana-mana calon berkempen dengan bebas selagi tidak menyalahi peraturan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Beliau menjawab kritikan media arus perdana yang mendakwa cabang Lembah Pantai memanipulasi pengundi dengan mengeluarkan kertas chai atau kertas panduan pengundi yang menunjukkan calon tertentu yang harus diundi oleh ahli cabang.
"Semua ini dari pondok panas, pondok panas nak menggunakan ruang yang ada untuk berkempen, jadi macam-macam 'chai' kita ada. Kita bagi ruang untuk berkempen selagi peringkat pusat dan JPP tidak masuk campur. Ini salah satu proses demokrasi di mana dalam PRU juga diperuntukkan selagi tidak di dalam tempat mengundi," kata beliau kepada wartawan ketika beliau membuang undi bagi pemilihan PKR di cabang Lembah Pantai hari ini.
Kertas panduan atau kertas 'chai' merupakan amalan biasa di pondok-pondok panas semasa pilihanraya di mana para pengempen berkempen bagi memastikan pengundi mengundi calon yang dikehendaki mereka.
Bagaimanapun JPP mengawal ketat tempat membuang undi bagi memastikan tiada penyokong calon tertentu yang dapat mempengaruhi pengundi.
Izzah yang juga ketua cabang Lembah Pantai menafikan beliau berpihak kepada mana-mana calon dan mengeluarkan arahan sebaliknya menyatakan beliau berpihak dan menyebelahi kepada mana-mana calon .
Menurutnya lagi tuduhan menipu pengundi adalah tidak benar kerana setiap calon yang bertanding berhak berkempen di mana-mana Cabang selagi tidak memaksa pengundi kerana yang penting ialah memperjuangkan prinsip demokrasi satu ahli satu undi PKR.
"Pada saya bukan penipuan tapi kelemahan. Itulah bahananya dan kelebihan demokrasi dalam mana-mana sistem.
"Adakah adil kita tidak memberi mereka hak untuk mengundi?Apakah keadilan sebenarnya. Memberi mereka hak datang kemari memilih atau tidak memberi hak sama sekali," tegas beliau./TVNews
keadilan bg nurul izzah ialah perbuatan liwat bapanye itu digariskan sbg salah satu hak asasi manusia yakni hak utk hidup meliwat secara aman...
BalasPadamkah kah kah!