Badminton malu besar
|
|
Bibit-bibit kegagalan Malaysia mula terjelma apabila pemain perseorangan pertama negara, Datuk Lee Chong Wee tewas 21-9, 10-21, 19-21 kepada Boonsak Ponsana. Bagaimanapun, beregu utama, Koo Kien Keat-Tan Boong Heong kembali menceriakan kem Malaysia apabila menyumbang mata sulung selepas mudah membenam Sudket Prapakamol-Songphon Anugritayawon 21-12, 21-13.
Pemain perseorangan kedua, Hafiz Hashim meletakkan Malaysia di hadapan apabila menundukkan Tanongsak Saensomboonsuk 14-21, 21-14, 21-18) untuk menjadikan kedudukan 2-1. Namun beregu kedua negara, Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong gagal menghadiahkan kemenangan yang dicari apabila tewas 23-21, 12-21, 16-21 kepada Maneepong Jongjit-Bodin Isara.
Malaysia mengakhiri saingan semalam dengan noktah kegagalan apabila pemain perseorangan ketiga, Daren Liew tewas 16-21, 16-21 kepada Suppanyu Avihingsanon.
Jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek berkata, kekalahan kepada Thailand itu sesuatu yang cukup tidak disangka. "Saya rasa sedih kerana kita tewas pada peringkat suku akhir. Sepatutnya kita tak boleh tewas kepada Thailand. "Segalanya bermula apabila Chong Wei tewas. Kita mula risau Hafiz tidak mampu untuk menghasilkan satu mata tetapi Hafiz berjaya bangkit dan mencatat kemenangan. "Tetapi saya harus akui beregu kedua kita tampak begitu tertekan dan tidak dapat beraksi dengan selesa apabila diasak.
Begitu juga dengan Darren pada perlawanan penentuan," kata Misbun ketika ditemui selepas perlawanan. Ditanya kenapa Chong Wei tewas kepada Boonsak sedangkan sudah lebih dua tahun dia tidak tewas kepada jaguh Thailand itu, Misbun berkata, pemain No. 1 dunia itu sedang dalam proses pemulihan selepas demam. "Memang Chong Wei tampak tidak dapat mempamerkan aksi terbaiknya tetapi dia tetap perlu diturunkan kerana kita perlukan satu mata daripada beliau," jelas Misbun.
Sementara itu, barisan wanita negara turut gagal mara ke separuh akhir acara berpasukan apabila tewas mudah 0-3 kepada Korea Selatan./Kosmo

lagi banyak pasukan yang kalah lagi baik.lagi banyak yang kalah lagi save duit.
BalasPadamberapa duit ganjaran untuk Sukan Komemwel 2010 yang baru lalu?.
aku bukan anti sukan tapi setengahnya perabis beras saja.
awai awai lagi dah tau tak bolih menang tapi hantar pi juga(bukan badminton).bangga pula tu apabila setakat membaiki catatan peribadi di sukan besar.ayat ayat macam ni pun ada"kita berasa bangga kerana pasukan kita berjaya mempertahan kubu dari dibolosi lebih dari 3 gol.