TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Ahad, 14 November 2010

ZAID GAGAL LAGI UNTUK PECAH BELAHKAN PAS DAN PKR

PAS Tidak Mudah Masuk Perangkap Zaid Kata Dr Dzul
14/11/2010


SHAH ALAM 14 NOV : Bekas calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim terus membuat ugutan untuk menubuhkan parti baru walaupun pada masa sama memberi komitmen untuk mendokong perjuangan Parti Keadilan rakyat.

Beliau mengulangi hasrat untuk menubuhkan parti baru dalam satu lagi wawancara ekslusif dengan akhbar kawalan Umno iaitu Mingguan Malaysia dan New Sunday Times hari ini. Dalam wawancara itu, Zaid, seperti yang dijangka, terus menyerang Ketua Umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang.

Bekas ketua bahagian Umno yang menarik diri dari saingan untuk menjadi Timbalan Presiden PKR itu mahu menubuhkan parti baru yang akan mendokong agenda beliau. Menurut Zaid lagi, beliau mahukan parti politik yang menggambarkan idealismenya, tidak kira sama ada ia berjaya atau pun tidak. Pendirian Zaid untuk menubuhkan parti baru dilihat bercanggah keengganan beliau untuk terus keluar dari PKR sungguhpun beliau lantang mengkritik kepimpinan parti itu.

Zaid sebelum ini mengugut untuk menubuhkan parti baru hanya jika dipecat dari PKR, malah menegaskan beliau masih mendokong perjuangan parti itu. Zaid akur bahawa rekodnya dalam PKR menyukarkan beliau untuk menganggotai DAP dan PAS kerana beliau dilihat sebagai pengacau. "Imej saya dah macam ini tidak ada siapa yang nak ambil saya. Mereka akan kata Zaid ini pengacau," kata Zaid dalam wawancara tersebut.

Dalam wawancara dengan media arus perdana, Zaid cuba mengheret parti komponen Pakatan Rakyat dalam pertikaiannya dengan pemimpin-pemimpin PKR. Beliau mencadangkan supaya PAS mengambil alih teraju Pakatan dari Anwar malah menamakan pemimpin seperti Husam Musa, Dr Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad sebagai calon yang layak. Namun pemimpin-pemimpin muda PAS itu tidak mahu terjebak dalam sifir politik yang cuba dibawa oleh Zaid.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Zaid tidak seharusnya mengaitkan parti lain dalam soal pemilihan PKR. " Tidak perlu sabitkan PAS, sabitkan DAP dan tidak perlu juga menjadikan suasana lebih keruh. Tidak perlu nak heretkan dan babitkan yang lain," katanya kepada Tv Selangor. Malah Dr Dzul dalam nada sinis mengucapkan terima kasih kepada Zaid yang mengiktiraf pemimpin parti itu namun menyifatkan PAS tidak mungkin terperangkap dalam jerangkap samar yang dibina oleh Zaid itu. " Terima kasihlah atas cadangan Datuk Zaid Ibrahim bahawa PAS punya pimpinan layak untuk memimpin Pakatan Rakyat tetapi kami sebenarnya dalam Pakatan ini telah mewujudkan satu persefahaman dan permuafakatan politik yang cukup baik.

Memimpin Pakatan dalam semangat satu kepimpinan kolektif. " Kami tidak mudah diperangkap dan terperangkap dengan jerangkap yang mereka pasang untuk pecah dan perintah kami," tambah Dr Dzul lagi./TVNews

1 ulasan:

  1. Zaid Zaid lu ni termasuk mereka yg 3 juta tu kot ????

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini