Semakin diasak Anwar Ibrahim terus kuat.
Baca suratkabar Utusan Malaysia hari ini terdapat sepuloh tajuk berhubung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan berbagai bagai berita supaya Dato' Seri Anwar Ibrahim jatuh dan tersyukur dalam gelanggang politik tanahair.
Hari ini adalah sejarah dalam penerbitan Utusan Malaysia menyerang PKR dan Dato' Seri Anwar Ibrahim secara terang-terangan mahu melihat PKR terkubur dan Anwar Ibrahim lupus dan tidak digambarkan sebagai seorang ahli politik yang hebat di Malaysia.
Tajuk-Tajuk berita seperti, Krisis PKR paling getir, Saya mahu penjelasan, Ahli PKR tulis surat terbuka pada Wan Azizah, Nalla sudah tahu 'Azmi anak emas' Anwar, Desak Anwar: Mohd Asri tidak tarik balik mahupun menyesal, Anwar satu bebanan - Zulkilfli Nordin, PKR perlu dibubarkan, 'Saya tak akan undur merebut jawatan timbalan presiden", Parti Keadilan Rakyat ibarat retak menanti belah, Anwar banyak janji dengan Hindraf.
Itulah tajuk-tajuk yang disiarkan dalam UM hari ini bagi mengambarkan bahawa PKR sekarang adalah sebuah parti politik yang teruk, yang perlu dihancurkan kerana Utusan Malaysia tahu bahawa denyut nadi rakyat sekarang mahu melihat Kerajaan BN diganti dengan Kerajaan Pakatan Rakyat selepas PRU ke 13 nanti.
Ini dapat diukur apabila suratkabar diterajui oleh orang yang berkepentingan dengan UMNO, maka berita parti pembangkang disensasikan manakala berita ketidakadilan yang dilakukan oleh UMNO disorot dan tidak disiarkan untuk pengetahuan umum. Rakyat Malaysia kini tidak bodoh untuk menelan berita yang disiarkan oleh UM itu berkaitan dengan berita PKR kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa PKR dan Pakatan Rakyat akan terus diterima oleh seluruh rakyat yang cintakan sebuah kerajaan yang Adil, Telus dan Bertimbangrasa.
Manakala suratkabar yang dikuasai oleh UMNO akan terus memainkan propaganda supaya rakyat terus memberi sokongan kepada Kerajaan walaupun sudah terang banyak kecacatan dan kepincangan sudah dan sedang berlaku dalam UMNO dan Kerajaan.
Buat apa minta supaya PKR dibuburkan, biarkan sistem demokerasi hidup berterusan dan biarlah rakyat keseluruhan menentukan masa depan PKR. Pilihanraya UMUM ke 13 yang boleh menentukan sama ada Pakatan Rakyat atau BN yang masih releven./Tranungkite
pemberitaan begini hanya untuk rakyat yg tidak cerdik, tetapi majoriti rakyat malaysia dah jauh kedepan... malangnya utusan meloya...
BalasPadam