RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 18 November 2010

REFORMIS BERJASA BERKATA, "BERAPA AZMIN BAYAR KAU ?"

Oleh: WFAUZDIN NS

Aku ada menulis tentang surat terbuka kepada DS Anwar dari seorang rakan `reformis' yang teramat banyak jasanya kepada Ketua Umum PKR itu. Tajuk artikel aku itu adalah `Surat Terbuka Buat Anwar - Mengapa Perlu Ungkit Jasa Lampau'.

Apabila artikel aku itu disiarkan di dalam Tranungkite, maka ada ulasan atau komen di bawah artikel itu dari seorang pembaca menggunakan nama jamilkucing. Beliau memberi komen yang sangat cantik sebagai reformis berjasa seperti berikut: "Sudahlah bacul kenapa tak berani sebut nama aku, berapa azmin bayar kau."

Dia mendakwa saya bacul. Ok lah, itu saya terima kerana saya bukan seorang reformis yang berjasa dan suka menghitung jasa. Dia bertanya, berapa Azmin bayar saya? Jika saya beritahu Azmin telah bayar saya setiap satu huruf yang saya tulis saya diberi upah RM 1 juta. Adakah beliau percaya? Jika tidak percaya, terpulanglah. Jika saya bertanya pula berapa upah beliau pula untuk memburukkan Azmin? Jika beliau berkata tiada upah satu sen pun, maka saya percaya sebab beliau adalah reformis yang ikhlas membantu parti.

Di dalam satu komennya yang lain, beliau berkata Anwar `memuji' tulisannya itu melalui SMS. Di antara lain, Anwar berkata "cantik tulisan kamu, Jamil". Mungkin ada yang berpendapat perkataan `cantik' tulisan beliau yang disebut oleh Anwar bagaikan sindiran, tetapi bagi saya itu sudah cukup bagus bagi seorang reformis yang banyak jasa kepada Anwar, kerana di dalam surat terbukanya beliau ada menyebut Anwar tidak membalas banyak SMS darinya. Nah, sekarang Anwar sudah pun membalasnya bahkan `memuji'nya pula. Jadi, Anwar telah menunaikan kehendak seorang reformis yang banyak jasanya ini. Tahniah buat si reformis.

Di akhir komen beliau, beliau menggelarkan saya anjing. Itu pun saya boleh terima kerana gelaran dari seorang manusia tidak membawa ke mana. Apa yang penting, saya tahu dan insaf di luar sana banyak pejuang-pejuang yang ikhlas berjuang tanpa menyebut setiap jasa-jasanya. Bahkan, ada yang sehingga mati tidak dapat berjumpa dengan Anwar jauh sekali mengharapkan menerima SMS dari Anwar. Biar Allah sahaja yang membalas jasa-jasa mereka yang ikhlas ini.

Mungkin di masa akan datang, saya juga ingin menyenaraikan jasa-jasa saya kepada Azmin tetapi saya akan menunggu apabila Azmin menjadi PM nanti. /wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Lebih baik parti korang masuk BN lagi baiklah.....menyusahkan kami jer.....dah dasar bekasan UMNO memang bau busuk sampai mati

    BalasPadam
  2. Kalau dah PECACAI tu tetap PECACAI. Mana2 partipun ada spesis ni. Dia bukan ada otak nak berfikir jenis buta perut ni. Kau org ckp apa pun tak jalan... Otak dia org tak ada freedom... Umno gitu, pkr gitu dan pas pun begitu. Apa pemimpin yg disokong buat semua betul. Sama je... Dah nama pun meLAYU... Sentiasa layu sampai otak pun layu.

    BalasPadam
  3. Kah kah kah kah kah kah!!!!!!!!!

    Nak tunggu sampai Azmin jadi PM!!!!!

    Kah kah kah kah kah kah!!!!!!!!!!

    Boleh belah laaaaaaaaaaaaaa!!!!!

    BalasPadam