MALAYSIAKINI hari ini melaporkan, "Naib Presiden PKR Mustaffa Kamili Ayub hari ini mengulangi desakan supaya pemilihan PKR ditangguhkan kerana kelompongan dalam pengurusan pemilihan parti itu didakwa masih berterusan. Katanya, terdapat beberapa aduan tambahan sedang dibuat, termasuk oleh beberapa calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memfailkan kes khusus untuk disiasat" (Malaysiakini).
Perlu diakui bukan mudah untuk melaksanakan keadilan yang boleh memberi puas hati kepada semua pihak, apatah lagi di dalam merealisasikan pemilihan bentuk baru `Satu Ahli Satu Undi' yang cuba diamalkan oleh PKR. Adakah kita perlu melakukan `U-Turn' (meminjam kata Sam) kepada cara lama yang sebiji seperti Umno itu? Walaupun kepimpinan berulangkali memberi jaminan bahawa pemilihan kali ini akan cuba dilaksanakan setulus mungkin dan segala dakwaan akan disiasat berdasar bukti yang ada, namun masih juga ada kesangsian diperkatakan.
JPP yang merupakan badan penting perlaksanaan pemilihan ini juga turut menerima beberapa laporan dan mungkin juga menerima beberapa bukti tentang berlakunya salah laku sepanjang proses pemilihan kali ini telah berjanji untuk mengambil tindakan seperti yang mereka kehendaki, namun masih juga tidak boleh memuaskan hati beberapa pihak. Malahan, JPP sendiri dituduh terbabit bersubahat melakukan penipuan dan berat sebelah. Habis, bagaimana?
Perlukah kita menjemput `Malaikat' untuk menyempurnakan proses pemilihan di dalam PKR?
Ada cadangan supaya badan berkecuali dilantik menguruskan pemilihan kali ini. Ada yang mencadangkan agar PAS atau DAP dilantik menjadi badan bebas itu. Secara teorinya, itu satu idea yang bagus. Tetapi kita juga sedia maklum di dalam pemilihan parti mereka pun terdapatnya rasa ketidakpuasan hati ahli-ahli mereka. Di dalam Muktamar dan pemilihan kepimpinan PAS sebelum ini, bukan tiada kritikan atau luahan tidak puas hati tentang pemilihan di dalam parti yang dianggap parti `ustaz dan ulamak' itu. Ini bermakna, mereka juga tidak lari dari anggapan sedemikian. Habis, apa yang perlu dilakukan?
Saya merasakan PKR mesti lebih peka terhadap segala pandangan di dalam parti, bukan sahaja oleh pihak yang mendakwa berlakunya penipuan tetapi pandangan mereka yang percaya kepada proses pemilihan ini juga mesti diambil kira. Tiada seorang pun boleh memberi jaminan pemilihan kai ini suci dari segala bentuk kelemahan. Seperti kata salah seorang calon Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah, apa yang dihadapi sekarang adalah `kelemahan' bukannya `penipuan'. Harus diingat, banyak dakwaan menyebut bahawa YB Nurul Izzah bahkan Presiden PKR sendiri didakwa `tidak suka' kepada YB Azmin salah seorang calon Timbalan Presiden PKR yang didakwa `perancang' segala penipuan yang berlaku.
Benarkah `kelemahan' itu termasuk di dalam kategori `penipuan'? Sudah tentu tidak. Kelemahan tetap ada di mana-mana dan ianya perlu diperbaiki dari masa ke semasa. Penipuan pula adalah satu cara yang amat bersalahan dari segi undang-undang dan moral. Jika terbukti ada penipuan dilakukan, maka parti bukan sahaja harus menyiasat tetapi wajib mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat. Mungkin ada di antara anggota JPP terlibat, mungkin wakil atau ejen yang dilantik oleh JPP terlibat, mungkin juga ejen calon atau jentera kempen mereka yang terlibat. Dan, lebih berat lagi jika calon itu sendiri terlibat.
Tidak mustahil penipuan berlaku tanpa diketahui oleh calon itu sendiri walaupun tujuan penipuan itu adalah untuk memenangkan calon berkenaan. Boleh masuk akal juga, jika jentera kempen calon itu gagal melaksanakan tugas mereka lantas menuduh pihak yang menguruskan pemilihan tidak berlaku adil. Jika ini berlaku, bererti pihak yang mendakwa ada penipuan itu lah sebenarnya menipu. Ini juga mesti disiasat dan diambil tindakan kerana menyebabkan kesusahan atau cuba mensabotaj parti.
Sekali lagi kita berharap agar PKR peka kepada apa yang berlaku. Saya merasakan tiada masalah bagi calon yang bertanding untuk menerima keputusan parti agar pemilihan semula perlu dilakukan sekiranya terbukti jelas adanya salah laku dan penipuan. Tetapi, sekiranya pemilihan semula terpaksa diadakan semata-mata adanya dakwaaan, maka saya percaya sampai kiamat pun pemilihan tidak boleh dilakukan./wfauzdin.blogspot.com

aku stuju dgn posting ni..
BalasPadamTok lebih melalui dan mendalami apa yg berlaku dlm PKR skrg ini. Tok x settuju pandangan penulis yg masih melihat pemilihan PKR hanya ada kemelahan.. Soalnya... kemelahan apa jika pengundi ada 100 tapi Azmin menang smpai 500 undi sprt di Sabah baru2 ini. Mmg Zaid ada masalah, tapi jika Mustafa Kamil berkata demikian..sudah pasti ia boleh diterima rakyat. Penulis hanya pandai sanjung Azmin seolah2 dia benar belaka... guna duit utk buat buku manifesto, sticker, lencana dan sbgainya.. dari mana wang itu dtg?. kemudian dituduh Zaid guna wang.. benar Zaid guna wang..sbb itu Azmin terpaksa hantar kuncu2nya jadi petugas JPP... lantaran itulah byk penipuan berlaku... pemilihan wajar ditangguhkan jika mahukan keadilan..
BalasPadamkalu yg kuar mengundi 80 org tapi undi yg diterima lebih dari 300 undi tu kira kelemahan ke atau penipuan tu wpoden kepala butuh abah lu?
BalasPadamp/s: kelemahan la kot sbb puak2 PKR ni bodoh2 belaka tak sekolah tak reti mengira!