RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 15 November 2010

SURAT TERBUKA BUAT ANWAR - MENGAPA PERLU UNGKIT JASA LAMPAU ?

Megah menunjukkan beliau tidak menyokong Azmin...No hal..

Oleh: WFAUZDIN NS


MUNGKINKAH musim surat terbuka sekarang? Ada surat terbuka untuk Presiden PKR, ada surat terbuka untuk Anwar dan berbagai lagilah bentuk surat terbuka yang telah kita lihat sejak kebelakangan ini. Dr Asri pun rajin mengarang surat terbuka buat Anwar di saat Anwar bergelut di dalam PRK Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas. Niatnya baik, katanya. Bila sebut pasal niat, aku tidak mahu komen kerana aku tiada `kasyaf' seperti seorang tua yang `gila kasyaf' di Kelantan tu.

Di dalam banyak-banyak surat terbuka tu, ada satu surat dari seorang yang katanya reformis lama dan begitu banyak jasanya kepada Anwar dan keluarga. Surat itu ditujukan kepada Anwar berkaitan `kemelut' yang dihadapi oleh PKR sekarang. Benarkah ada kemelut yang maha hebat atau di`kemelut'kan oleh media haprak itu saja? Maka, disusunlah segala ayat di dalam surat terbuka beliau itu yang banyak menceritakan segala jasanya kepada Anwar dan keluarga, termasuklah cerita anak Anwar bermain kucing dengan anaknya. Dan, bermacam-macam lagilah si reformis ini mengungkit jasa-jasanya kepada Anwar.

Di dalam suratnya itu juga, beliau sempat `memburukkan' nama Azmin Ali. Wah!!! seperti ada sesuatu pula apabila beliau mengaitkan Azmin Ali dengan jasa-jasanya kepada keluarga Anwar. Maklumlah, Azmin sedang bertanding sekarang. Aku tidak tahu apa maksudnya surat itu kerana seperti yang aku katakan awal tadi aku bukan `ustaz gila kasyaf' seperti yang terdapat di Kelantan tu.

Apabila membaca surat terbuka beliau yang panjang seolah-olah teks khutbah itu, aku mencari di mana isi yang mahu beliau sampaikan. Hampir keseluruhan kandungan surat itu beliau menceritakan susah payahnya beliau menjaga Anwar dan keluarga suatu ketika dahulu. Kisah SMS tidak berjawab pun diceritakan di dalam surat itu. Tentunya kalau aku sebagai Anwar, wajib aku berterima kasih kepada beliau atas segala jasa-jasanya.

Terfikir oleh aku, adakah beliau seorang sahaja yang merasa susah sedemikian? Jika bukan beliau seorang, mengapa yang lain tidak mahu menceritakan atau mengungkit segala jasanya kepada Anwar? Apa yang aku tahu, sampai ada yang masuk lokap dan penjara demi Anwar waktu itu. Mungkin beliau ini salah seorang yang pernah dipukul, diseksa atau dimasukkan ke penjara kerana Anwar. Mungkin juga beliau lebih hebat dari reformis yang lain seperti Nora yang perempuan itu. Sebab itu, beliau menyenaraikan segala jasa-jasanya kepada Anwar dan keluarga melalui surat terbukanya untuk ditatapi umum. Aku amat simpati.

Jikalau niat beliau menulis surat terbuka dengan cara sedemikian semata-mata untuk menyedarkan Anwar tentang pengorbanan orang lain, aku rasa tidak perlu beliau menulis panjang menyenaraikan segala jasanya selama ini. Dan, lebih tidak perlu lagi beliau mengambil kesempatan untuk memburukkan atau mengaibkan Azmin serta beberapa pihak lain. Apabila beliau berbuat seperti apa yang beliau telah lakukan itu, maka aku rasa tiada keikhlasan beliau untuk menegur Anwar agar Anwar memperbaiki apa yang perlu diperbaiki.

Wajar baginya menulis surat terbuka itu dengan hanya memberikan teguran dan cadangan yang baik agar pandangannya itu lebih dihormati. Tidak perlu diulas atau diungkit segala jasa-jasanya kerana semua sudah tahu bukan beliau seorang tetapi ribuan orang yang juga bersusah payah kerana Anwar, bahkan sehingga kini pun masih ada lagi yang sanggup bekorban kerana membantu perjuangan yang dibawa oleh Anwar.

Anwar telah melakukan sedaya upaya untuk membalas segala pengorbanan mereka yang dahulunya bersusah payah. Adakah di dalam ribuan bahkan jutaan rakyat yang merasa susah kerana berjuang bersama Anwar sanggup menuntut pembalasan untuk diri mereka masing-masing? Sudah tentu Anwar tidak mampu membalasnya, sebab itulah awal mula ketika Anwar dibebaskan beliau kerap kali mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sanggup bersusah kerananya dan beliau mohon agar Allah jua yang dapat membalas segala jasa mereka.

Demi untuk menunjukkan Anwar tidak melupakan pengorbanan rakyat terhadapnya, maka Anwar sanggup memasuki gelanggang politik semula. berpencak dengan mereka yang sedang berkuasa sekarang semata-mata untuk membela nasib rakyat. Bukan sedikit yang Anwar perjudikan untuk membalas jasa rakyat terhadapnya. Anwar memperjudikan maruah diri dan keluarganya akibat mainan fitnah dari penguasa yang zalim sekarang. Adakah yang lebih berharga dari maruah diri? Tetapi, itulah yang Anwar perjudikan untuk kita semua.

Walaupun reformis si penulis surat terbuka itu tidak mahu mendoakan orang lain, aku tetap mendoakan agar Anwar dan keluarganya sentiasa dilindungi Allah SWT. Begitu juga dengan Si Penulis surat terbuka itu, aku doakan agar Allah membalas segala jasa dan pengorbanannya seperti yang telah beliau senaraikan itu. Aku sentiasa percaya, mendoakan orang lain adalah satu amalan yang baik kerana aku bimbang jika aku mati nanti, tiada orang yang mahu mendoakan aku jika aku kedekut untuk mendoakan orang lain. Wallahu Aklam./wfauzdin.blogspot.com

13 ulasan:

  1. Memanglah perangai orang kita begitu. Kata ikhlas, tapi mengungkit dan merungut di belakang. Kalau teringin nak tempat sangat dalam politik PKR, harapanya DSAI kena gubal semula perundangan tubuh PKR dan melantik serta mewujudkan jawatan baru seperti berikut, supaya semua orang yang rasa pernah berjasa kepada beliau berada dalam saf hadapan PKR.
    a. Presiden - 75 orang
    b. Tim. Presiden - 275 orang
    c. Naib Presiden - 575 orang
    d. Majlis Tertinggi - 7075 orang
    e. Ketua Cabang - 200575
    f. Ahli - 1 orang

    Kat jawatan mana penulis "surat terbuka" nak dilantik? Kesian di tu, mungkin dah banyak benjol, bengkak dan parut kena belasah FRU semasa reform 1998 ya..... Maklumlah orang lain ni cuma sokong dari kejauhan sahaja....

    BalasPadam
  2. hahaha tulis blog pun boleh masyukkkk...asalkan hari hari tulis sokong azmin...hahaha

    BalasPadam
  3. mu pung tulih lah jugak, kalau2 boleh masyuk, apa salahnya ....

    BalasPadam
  4. DSAI dan keluarga boleh hidup senang lenang jika beliau mahu dan lupakan politik, tapi beliau sanggup dihina dan sebagainya demi untuk rakyat marhaen, hamba berdoa sekiranya hajat beliau tidak terlaksana, INSYAALLAH masa Nurul Izzah pasti sampai ....

    cucu tok.....

    BalasPadam
  5. Anwar korbankan segala2nya untuk rakyat... Terima kasih DSAI..

    BalasPadam
  6. DSAI patah pinggang kena pukul, pergi repair kt germany.. x kan DSAI x serik lg, baik rehat je. DSAI mempertaruhkan nyawa utk rakyat, harga yg terlalu mahal.

    BalasPadam
  7. DSAI patut terima perkara yang dia tanggung sekarang.Ingat lah ini sedikit pembalasan dari Allah diatas perbuatan beliau memusuhi Ulamak semasa didalam UMNO dahulu

    BalasPadam
  8. dalam banyak komen,hanya satu komen yang dibuat olih orang paling bangang,paling bodoh dan pak turut apa yang orang lain cakap.siapa dia ini.jawapnya tanpa nama 22:25.
    3 komen daripada atas komen 22:25 ini bolih menjelaskannya,tapi aku tau ini jenis yang tentu tak bolih menerima realitinya.
    kenapa punca nya.adakah ia terlalu lama bertapa dalam gua gunong jerai hingga apa yang berlaku diluar tak terdaya otaknya memproses.dia tidak tahu ada diantara ulamak ini telah berpindah kepada umno dan ada yang telah pun mati bersama matinya umno

    BalasPadam
  9. a. Presiden - 75 orang
    b. Tim. Presiden - 275 orang
    c. Naib Presiden - 575 orang
    d. Majlis Tertinggi - 7075 orang
    e. Ketua Cabang - 200575
    f. Ahli - 1 orang

    kah kah kah!

    ramainyaa ahli PKR!

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Jamil, takkan tak tau. Tuan blog ni memang dibayar. Sebelum pemilihan dulu pun heboh juga pasal Azmin nak bayar blogger untuk berkempen utk dia. Ada juga blogger yg sanggup dibeli macam tu.

    BalasPadam
  12. Kutuk umno , kutuk blogger umno diri sendiri macam anjing tak sedar.tolong keluar dari PKR la, taka da maruah langsung.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum. Kepada Abang Jamil, setiap amalan yang baik kerana Allah lebih tinggi nilainya dari menagih perhatian manusia. Sayang sekali segala pengorbanan selama ini diungkit kembali menjadikan ia tiada nilai di sisi Allah. Saya berharap Abang Jamil sentiasa bermuhasabah diri agar sentiasa dipandang mulia oleh Allah sekalipun tidak di mata manusia. Rajin2lah berdoa kerana ia adalah senjata mukmin. Saya berdoa agar Abang Jamil sentiasa bersabar dan ikhlas dalam perjuangan menegakkan kebenaran. Wassalam.

    BalasPadam