RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 15 November 2010

ZAID SUDAH TARIK DIRI, TETAPI MENGAPA MASIH DISERANG?

Oleh: WFAUZDIN NS

ZAID..Zaid dan Zaid..ada kutu bertanya mengapa aku asyik cerita pasal Zaid. Jawapannya mudah, selagi Zaid terus bercerita dan memburukkan parti secara terbuka, selagi itulah nama Zaid akan aku `popular'kan.

Bukan kerana aku sokong Azmin maka aku cerita tentang Zaid. Memang aku sokong Azmin, tetapi aku tak banyak cerita pun pasal Sdr Mustafa Kamil, sebab Sdr Mustafa Kamil tidak seperti Zaid. Ada sekali aku sentuh Sdr Mustafa Kamil itu pun kerana aku lihat beliau seolah-olah dijangkiti penyakit seperti Zaid. Nasib baik beliau cepat tersedar.

Patutnya tak perlu lagi aku cerita pasal Zaid kerana beliau sudah pun `surrender' awal, tetapi beliau masih menyerang parti dengan menggunakan media haprak itu. Maka aku masih berminat untuk bercerita pasal Zaid./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan