MALAM tadi Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah digamatkan dengan laungan `PECAT' ke atas sesiapa sahaja yang mengkhianati parti. Majlis Rapat Perdana anjuran PKR yang dihadiri ribuan ahli serta penyokong PKR memenuhi kesemua ruang di dalam dewan berkenaan menampilkan pemidato utama iaitu Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim.
Terbukti, perhimpunan malam tadi Dewan MBSA menafikan segala tuduhan kununnya PKR bakal retak angkara beberapa individu yang pentingkan diri sendiri dan ingin `menakluk' PKR secara rakus dan tidak demokratik. Hampir kesemua pimpinan tertinggi parti hadir termasuk calon yang bertanding merebut jawatan di dalam parti. Sudah tentu peristiwa yang berlaku pada majlis malam tadi tidak akan disiarkan oleh media pencacai yang selama ini memberikan liputan berita dan kenyataan dari pengkhianat parti sahaja. Jika ada pun, media haprak ini pasti akan memutar belitkan apa yang sebenarnya berlaku.
Di dalam ucapannya, DS Anwar memberi peringatan, "Orang yang sayang parti tidak akan mengadu kepada media Umno yang sejak awal lagi hanya tahu menyerang, mencaci dan menfitnah parti". Anwar mengajukan soalan kepada ribuan yang hadir, "Apakah yang patut parti lakukan kepada pengkhianat ini?" Secara spontan, ribuan yang hadir melaungkan, "Pecat ! pecat ! pecat !
"Kita bersedia bertarung dengan musuh di luar, tetapi tugas pertama sekarang adalah untuk menghapuskan musuh di dalam parti", ujar Anwar dengan disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua hadirin. Anwar seterusnya mengingatkan semua ahli bahawa parti ini bukan milik tokeh-tokeh, perjuangan ini milik rakyat dan didukung oleh rakyat.
Jika dilihat kepada pidato Anwar malam tadi, jelas beliau tidak sedikit pun gentar dengan segala ugutan dari pihak tertentu. Ternyata mereka silap memilih lawan dan Anwar bukan lawannya. Anwar sudah lali dengan segala ujian, cercaan, fitnah bahkan dipukul setengah mati. Jika ada yang menyangka mereka layak untuk menggantikan Anwar di dalam PKR, mereka mungkin mengalami `sindrom perasan' yang berlebihan. Anwar tidak sempurna, beliau manusia biasa yang juga mempunyai banyak kelemahan tetapi mereka yang mengaku kununnya lebih berwibawa itu jauh lebih lemah bahkan tiada keberanian langsung untuk bertindak.
Pengkhianat ini mesti berani keluar dari PKR segera bukan menundakan tarikh untuk berbuat demikian. Beranilah bertindak tegas untuk menjadi pemimpin di dalam parti barunya nanti. /wfauzdin.blogspot.com

Macam UMNO buat perhimpunan menyerang anwar masa anwar kena pecat dulu...
BalasPadamSEBIJIK....
Kalau umno itu najis maka pkr juga adalah saki baki najis yg umno tinggalkan.
Hidup DSAI untuk reformasi rakyat malaysia.
BalasPadamTuan blog...
BalasPadamSaya sokong tuan blog. Kepada blogger2 yang masih pro-zaid elok lah ikut sekali menyertai parti zaid kalau dia nak tubuhkan nanti.
Kepada yg pro-umno...elok tak payah lah mengomel kat sini...eloknya baca Goma/PapuKari atau akhbar Utus udah ler.
Anwar tidak sempurna tetapi yg berniat nak gantikan dia sure jenis terlebih perasan. Apapun selamat maju jaya kepada zaid...sekurang-kurangnya telah mencuba : gagal dpt peluang jawatan tinggi dlm Umno, cuba pulak dalam PKR...tak dapat juga. Tak apalah...tubuhlah parti baru sure dpt jawatan Presiden Parti.
oleh
WarikHirang
Perhimpunan tersebut bukan untuk pengkhianat mcm zaid sahaja, tetapi utk pengkhianat lain yg masih dlm selimut PKR.
BalasPadamZaid nk buat parti baru, silakan.. Nak duk bawah Pakatan Rakyat atau BN?
BalasPadamparti baru zaid - duk bawah BN lg best.. Klu duk bwh PR susah skit.. hihihi
BalasPadam