TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Selasa, 16 November 2010

NAIB PRESIDEN PKR - DUA TOKOH WANITA DI DALAM `TOP FOUR'

Naib presiden PKR: Nurul kekal di depan
Abdul Rahim Sabri
Nov 15, 10


Nurul Izzah Anwar mengekalkan kedudukannya di tempat teratas bagi jawatan naid presiden PKR dengan mengutip 11,042 undi dengan pengundian hanya tinggal seminggu sahaja lagi.

Beliau diikuti rapat oleh pengarah strategi PKR, Tian Chua (9,524 undi), manakala pengarah pilihan raya Fuziah Salleh (7,878) dan timbalan ketua menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman (7,448) berada di kedudukan nombor tiga dan empat.

Keputusan rasmi itu adalah selepas ahli PKR di Selangor - negeri dengan jumlah ahli parti tertinggi mengundi pada hujung minggu lalu.

Bagi jawatan timbalan presiden - Azmin Ali mendahului Mustaffa Kamil Ayub dengan majoriti lebih 11 ribu undi setelah Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dan mengumumkan meninggalkan PKR hari ini.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata selepas selesai 165 cabang, Azmin mendapat 14,751 undi, manakala Mustaffa mendapat 3,401.

Beliau mengumumkan keputusan tersebut dalam satu sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya petang ini.

Bagi jawatan Ketua AMK, penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin mendapat 3,981undi, manakala Badrul Hisham Shahrin mendapat 3,273 undi.

Bagi jawatan timbalan ketua AMK, ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin mendapat 3,908, manakala ADUN Teja Chang Lih Kang mendapat 3,054 undi.

Bagi jawatan ketua Wanita, penyandangnya Zuraida Kamaruddin mendapat 4,510. Manakala dua pencabarnya Suraya Sudin mendapat 1,181 undi dan Animah Ferrar mendapat 967 undi.

Bagi jawatan timbalan ketua Wanita pula, exco kerajaan Selangor Rodziah Ismail mendapat 5,167 undi, manakala Asmah Abdul Kadir memperolehi 1,126 undi.

Pada sidang media itu juga, Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang berkata perjalanan proses pemilihan 165 cabang berakhir hujung berjalan dengan lancar.

Malah, beliau juga berharap baki 57 cabang lagi juga akan berlangsung seperti yang diharapkan.

"Saya menggesa anggota parti keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab (minggu hadapan)," katanya.

Ditanya mengenai peratusan pengundian yang berakhir sejak semalam, Saifuddin berkata sebanyak 8.4 peratus daripada keseluruhan anggota telah keluar mengundi.

PKR mendakwa mempunyai 400,000 anggota parti di seluruh negara.

Saifuddin juga menolak andaian bahawa keputusan Zaid Ibrahim menarik diri bertanding jawatan timbalan presiden telah mengurangkan peratusan pengundian.

"Sewaktu beliau beliau bertanding, peratusan keluar mengundi 7 hingga 8 peratus. Selepas beliau menarik diri, begitu juga (peratusan itu).

"Jadi tidak ada peratusan signifikan membenarkan andaian itu," katanya./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini