RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 1 November 2010

DR ASRI PUN ADA `DAKWAH DESIGN', MAKA BERUNDURLAH DARI BERDAKWAH

Oleh: WFAUZDIN NS

"SUDAH sampai masanya DS Anwar berundur", itu kata Dr Asri. Beliau tidak menyebut secara jelas mengapa perlu DS Anwar berundur. Cuma, beliau menyebut `politik design' DS Anwar kununnya tidak lagi bersesuaian atau tidak boleh diterima. Apa buktinya jika benar begitu? Dan, jika DS Anwar pernah berada di dalam parti dan kini kununnya sudah sampai masanya beliau perlu berundur, mengapa Dr Asri tidak pernah berada di dalam parti?

Persoalannya, mengapa Dr Asri tidak pernah ingin berjuang di dalam parti? Jika beliau tidak berminat untuk aktif di dalam parti dan sekadar untuk menjadi seperti `burung terbang bebas', maka jangan pula memandai menyuruh orang lain berundur dari politik kepartian. Apakah Dr Asri fikir politik itu `bidaah' atau tiada hukum yang mewajibkan berjuang di dalam parti? Apa `politik design' DS Anwar yang Dr Asri anggap tidak betul dan mungkin `haram' untuk kita bersama beliau? Jika Dr Asri boleh berikan hujah bahawa menyokong atau bersama parti yang dipimpin oleh DS Anwar itu bertentangan dengan ugama, saya fikir PAS lah parti pertama yang akan lari dari DS Anwar. Keengganan Dr Asri bersama gerakan Islam melalui PAS satu-satunya parti yang ingin perjuangkan Islam itulah seharusnya kita ragui.

Ini bukan melenting pasal Dr Asri menegur DS Anwar. Ianya sekadar menyuarakan rasa pelik mengapa Dr Asri mahukan DS Anwar tinggalkan perjuangan membela rakyat ini. Bukankah perjuangan itu tidak pernah tamat sehingga ke penghujung nyawa? Apa kata kita minta Dr Asri bersara dari berdakwah kerana beliau pun ada `design dakwah'nya yang kontroversi. Tentu Dr Asri rasa pelik bukan? Atau, mungkin Dr Asri bercita-cita mahu menggantikan DS Anwar sebagai tokoh agung itu? Cukupkah ketahanan Dr Asri untuk menerima ujian sepertimana DS Anwar telah alami? Jika sekadar ujian dibawa ke mahkamah atas kesalahan mengajar tanpa tauliah, saya fikir belum cukup teruji lagi beliau.

Memang Umno amat suka jika DS Anwar berundur dari politik kerana mereka tahu kerana DS Anwar lah Umno sekarang hampir lingkup. Adakah kerana Umno suka, maka Dr Asri pun suka? Jika benar DS Anwar tidak lagi layak berpolitik, Dr Asri bawalah hujah dan sebut di mana tindakan atau dasar DS Anwar yang boleh menyesatkan umat Islam atau menghancurkan negara ini. Jika setakat menyebut `politik design', jangan lupa Dr Asri juga ada `Dakwah Design'nya yang tersendiri.

Terlalu jauh untuk dibandingkan dengan pengunduran Tun Mahathir dan Pak Lah. Tun berundur kerana rakyat sendiri terlalu lama mahukan Tun berundur akibat kemungkaran dan kezalimannya. Pak Lah berundur akibat desakan dari ahli-ahli Umno sendiri. Mereka berundur bukan kerana memberi ruang kepada tokoh baru, tetapi TERPAKSA. Tidak pula Dr Asri sibuk menyuruh Najib berundur. Bukan Dr Asri tidak tahu Najib punya angkara bersama Rosmah yang terang-terang banyak melakukan kemungkaran yang nyata. Mengapa Dr Asri mendiamkan diri dan menuding jari pada DS Anwar? /wfauzdin.blogspot.com

11 ulasan:

  1. BN terang-terangan jelas jeleknya tetapi PR adalah gabungan segolongan rakyat yang mahukan perubahan kepada kebaikan. Jangan lupa peranan Dr Asri dalam pilihanraya 2008. Pesanannya 'antara dua yang buruk pilih yang kurang buruknya' membawa banyak manfaat kepada PR. Dr Asri hanya berpendapat Anwar patut berundur supaya golongan muda dapat memacu perubahan yang lebih berkesan. Itu hanya pendapat seorang Intelektual. Sama macam pendapat Prof Bari, yang dulunya anak emas Harakah, yang pernah mencadangkan Tuan Guru Presiden berundur. Hanya pendapat seorang intelektual. Pendapat individu. Bila pemimpin dicuit mudah betul melatah. Jangan anggap semua orang musuh. Inilah sikap buruk yang amat orang-orang lama dalam parti pembangkang. Kerana dah lama menjadi pembangkang asyik nak membangkang sahaja. Semuanya dilihat berniat jahat. Bila diperlukan dijadikan anak emas, bila ditegur sikit terus berperangai macam mahathir. Lihat apa jadi pada Prof Bari. Bagaimana orang muda di luar menilai PAS? Sedikit-sebanyak serupa macam Umno. Terimalah teguran dengan baik. Hanya kerana orang itu berada di luar politik bukan kerana dia pengecut. Allah tak mengarahkan semua sekali umat Islam keluar berperang, tetapi mengarahkan supaya ditinggalkan segolongan berada di sini, di tengah, di kawasan orang-orang muda keliru untuk menyebarkan ilmu. Banyak benda yang Dr Asri boleh lakukan di luar berbanding berada dalam lingkungan orang-orang yang mudah melatah macam ni. Jangan rasa agung hanya dengan menyertai politik. Merendah dirilah.Berfikir di luar kotak. Terima teguran dengan baik. Ikuti sunnah khulafa' ar-Rasyidin dan ahlul Bait.

    BalasPadam
  2. Masalahnya apa hujah Dr Asri mahu Anwar berundur? Bukan kita tidak terima teguran, tetapi teguran memerlukan hujah. Bukan teguran tanpa hujah yg tepat. Adakah atas alasan ganti org muda maka parti jadi lebih baik? Umno pun bertukar pemimpin, tetapi bertambah baikkah? PAS tidak bertukar pemimpin, adakah PAS bertambah teruk? Dr Asri sebagai intelektual, tentu ada fakta dan hujah utk menyebut Anwar kena berundur. Itu je yg kita mahu, bukan menentang Dr Asri. Dr Asri juga patut terima pandangan org lain.

    BalasPadam
  3. buat komen biar berhati-hati.Jangan sampai orang rasa benci.Saya sayang Dr Asri begitu juga DS.Perjuangan saudara berdua masih releven selagi hidup rakyat majoriti tidak menikmati keindahan Addin di Negara sendiri.

    BalasPadam
  4. Inilah masalah penyokong yg tak ada akal serta minda tertutup. Bila tegur atau kritik terus melenting. Serupa dgn perangai perkasa je. Open ur mind bro... Aku pun sokong anwar jugak tapi sejak kebelakangan ni dia makin slow dan makin merapu. Then, tuduh aku org umno? Memang bodoh punya melayu. Melayu jenis ni yg patut berundur dr politik. Umno, pkr, pas... sama je... low class punya pemikiran. Bnyk pelihara jembalang dlm parti sendiri. Yg mampos... RAKYAT mcm aku.

    BalasPadam
  5. $$$$$$$$$$$$$$$$$!
    KASIM BABA dah tunjuk ekor dan kembangkan punggungnya, dulu 40 penyamun-penyamunnya buat kejutan, ramai-ramai jadi ulamak muda UMNO.
    Pengarah dan penulis skripnya, khalifah as-Sunnah S.Kasim berkata: "Wahai Kasim Baba ku! kau jangan bersama para penyamun kau dahulu, biarkan penyamun-penyamun muda kau masuk dulu, kau carilah dahulu simpati dan kasih sayang daripada mereka, bila mereka percaya dan simpati kepada kau, kita jerat tenggok dan tarik hidung mereka, nanti dekat PRU13 nanti, kau mesti mainkan peranan kau sebagai Kasim Baba".
    Sekarang dah ada ura-ura pilihanraya semakin hampir, mungkin kasim baba mual mainkan peranannya, keluar kenyataan pelik disini, kenyataan bahlul disana. Hampir benar dengan pilihanraya Kasim Baba akan buat kejutan.
    Kita akan lihat nanti kasim baba akan bergabung bersama 40 penyamunnya, maka .....

    BalasPadam
  6. Soalan yang mesti ditanya kepada ASRI:
    Dimana kau semasa DS Anwar bersama pimimpin PAS dan DAP membawa perubahan kepada corak politik Malaysia?.
    Asri akan menjawab :
    Aku telah dipilih dengan penuh kasih sayang oleh Shahidan Kasim, menteri besar perlis untuk menjadi mufti dan menyerang kelompok orang yang tidak sependapat dengan aku. Ketika rakyat bawahan bertungkus lumus dengan perjuangan, aku bersenang lenang dengan pangkat dan gaji aku.
    Kah kah kah!

    BalasPadam
  7. hahahaaa..korg tak paham ke kenapa Dr Asri suh anwar berundur kerana design politik si Nuar tu? Sbb, politik meliwat, menipu, menjanjikan seribu mimpi kosong, perosak agama, bangsa dan negara, kaki jubor, kaki balun bini org, peliwat tegar uihhh mcam2 aku tak bleh list kan kat sini..

    BalasPadam
  8. Hakikat kepimpinan dalam politik kepartian, pemimpin dipilih, disokong, dikekalkan atau diundurkan atas pilihan/keputusan ahli-ahli parti tersebut. Jika ia kebetulan mengetuai barisan parti-parti politik, kepimpinan parti-parti politik inilah yang menentukan sama ada ia kekal atau patut berundur. Mereka tahu mengapa ia patut dikekalkan atau diganti.

    Jika Dr Asri seolah-olah tidak sedar latarbelakang sebenar yang menyebabkan Mahathir dan Pak Lah terpaksa bersara, apakah yang dapat kita tafsirkan dari saranan beliau agar DSI berundur? Jika pandangan sarjana politik islam jadi sandaran, al-quwwah dan amanah, politik idea dan nilai bukan politik duit atau politik taukeh, sebenarnya saranan kepada DSI itu, ditujukan kepada pemimpin UMNO. Dr Asri sekadar tak berani berterus terang. Asri dan semua orang tahu, parti-parti yang banyak duit dan mengurus wang rakyat adalah BN. Mereka al-quwwah dan amanah? Mengapa ada hantu curi duit zakat? Jangan lupa lapuran audit baru-baru ini!

    BalasPadam
  9. DR MAZA telah menyerang Najib berkaitan Hub Hiburan, untuk di lihat tidak meyebelahi mana pihak, beliau mengusik anwar, play safe, nak hidup beb.....

    BalasPadam
  10. corak pemikiran orang2 PAS memang camtuh. memang boleh agak, Dr Asri memang akan kena cela dan kutuk cukup2, tapi bila Dr Asri kiritik UMNO, point Dr Asri diguna mereka. Sudahlah! dulu kini dan selamanya hamPAS.

    BalasPadam