RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 27 April 2011

MENJAWAB SURAT TERBUKA KEPADA DS ANWAR

Oleh: WFAUZDIN NS

BEGITU syahdu apabila membaca satu surat terbuka oleh Penulis bernama Cglyn kepada DS Anwar Ibrahim di sini. Awal ayatnya beliau memuji dan memuja kekuatan semangat DS Anwar menghadapi pemerintah yang zalim dan korupsi sehingga terpaksa merengkok dalam penjara kemudiannya diaibkan dengan berbagai fitnah.

Malang sekali, di penghujung surat terbuka beliau itu mengambarkan kelemahan jiwa Penulis itu sendiri di dalam memahami maksud perjuangan DS Anwar. Atas alasan simpati terhadap kezaliman yang berlaku kepada DS Anwar dan keluarganya, si Penulis mencadangkan agar DS Anwar berhenti dari berpolitik dan keluar dari negara ini untuk menghirup kehidupan yang lebih aman dan tenteram bersama keluarga. Benarkah begitu?

Si Penulis juga seolah-olah mengambarkan perjuangan DS Anwar sekarang ini semata-mata untuk menjadi PM. Tidakkah beliau sedar, DS Anwar tercampak dari Kabinet dahulu dan sanggup menjadi penghuni penjara kerana apa? Jika hanya mengidam untuk menjadi PM, DS Anwar tidak akan terpenjara dan difitnah sehebat ini. Beliau dengan mudah boleh menjadi PM selepas Tun Mahathir hanya dengan `menganggukkan kepala'nya sahaja atas apa jua tindakan Tun Mahathir ketika itu.

PM bukan matlamat utama DS Anwar kerana jika PR berjaya tumbangkan Umno/Bn pada bila-bila masa sekali pun belum tentu DS Anwar akan menjadi PM. Namun, beliau sanggup bersusah payah sekarang asalkan rakyat di negara ini bebas dari ketidakadilan Umno/Bn, itu sudah cukup buat beliau.

Begitu mudah Penulis berkenaan menyebut sekiranya DS Anwar berhenti dari perjuangan politiknya, maka beliau akan menikmati kehidupan lebih tenteram dan aman bersama keluarganya. Adakah beliau merasa segala fitnah dan apa yang mereka rancangkan untuk DS Anwar boleh terhenti sekiranya DS Anwar bersara? Adakah mahkamah akan menarik balik semua kes beliau dan akhirnya Datuk T akan menyebut bahawa video seks itu palsu dan rekaan semata-mata jika DS Anwar umumkan untuk bersara dari politik? Tidak semudah itu.

Bahkan, imej dan kredibiliti DS Anwar lebih teruk jatuh dan hina sekiranya berlaku sedemikian. Rakyat akan menuduh bahawa sememangnya DS Anwar seorang yang rendah moral lakunya. Lebih malang lagi, rakyat yang selama ini turut merasa susah dan derita kerana memperjuangkan DS Anwar akan merasa tertipu. Lebih dahsyat lagi, pemimpin Umno akan bertepuk sorak kerana mereka lebih bebas berbuat apa sahaja kerana tiada lagi tekanan dari DS Anwar.

Kita sebagai pejuang bawahan tidak wajar untuk melemahkan beliau. Kita seharusnya memberikan semangat kepada beliau untuk terus bangun dan lawan. Jika ditakdirkan beliau terperosok ke dalam penjara lagi, kita di luar tidak harus berhenti dan kita lah penyambung perjuangannya.

Sehubungan itu, saya berharap agar DS Anwar terus berjuang kerana rakyat tidak pernah meminta DS berhenti selagi DS bernafas. Biar beribu fitnah yang mereka cipta, DS dapat melihat sendiri bagaimana rakyat terus berada di belakang DS. Usah peduli kepada ejen-ejen mereka yang mencuba berbagai cara untuk memujuk DS bersara dari perjuangan mulia ini. /wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. melalui jawapn penulis blog ini boleh tak saya buat kesimpulan bhwa penulis memandang rendah kpda kebolehan para pemimpin pr lain, seolah2 mereka tak mampu dan reti nak mendedahkan keburukan kerajaan.
    hanya anwar saja pandai dedah keburukan kerajaan.
    betulkah kenyataan saya ini?? kalu silap mohon penulis perbetulkan saya.

    BalasPadam
  2. Woi anon woi

    Kalu baca tak habis jangan nak mengomen. Dah baca sampai habis kasi faham. Kalau tak faham belajar. Kalu tak belajar tu namanya tak ada ilmu. Kalu tak ada ilmu namanya tak berilmu & tak layaklah nak buat apa2 jua berbandingan atau nak buat kesimpulan.

    Anon Jb

    BalasPadam
  3. Ulasan yg diberi olih Tanpa Nama bagi saya hanya datang daripada orang yang cetek pemikiran dan tidak berlandaskan kepada pemikiran yang berilmu.Saya kira kemungkinan pemikiran beliau terlalu condong kepada sikap bencikan Anwar

    BalasPadam
  4. Kuasa Peguam Negara Lagi Besar Dari Perdana Menteri?
    Ditulis oleh Oleh Wira Arjuna
    26/04/2011
    Share |



    Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan satu realiti – orang yang paling berkuasa di negara ini mungkin bukan Perdana Menteri.

    Ini kerana Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa meraih mandat daripada rakyat setiap lima tahun dan menjawab kepada Parlimen apabila perlu.

    Orang yang tidak perlu berbuat demikian adalah Peguam Negara . Jawatan itu kini disandang oleh Tan Sri Abdul Gani Patail.

    Beliau tidak perlu ke Parlimen, tetapi hanya ke pejabat Perdana Menteri dan hadir pada mesyuarat Kabinet untuk memberi nasihat dan penjelasan dari masa ke semasa.

    Pejabat Peguam Negara di Malaysia mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pihak mana yang perlu diheret ke mahkamah, yang mana boleh dilepaskan.

    Peguam Negara juga berhak menentukan pertuduhan apa yang harus dikenakan terhadap seseorang, tidak kira jika pertuduhan itu menyimpang daripada laporan polis yang dibuat oleh pengadu.

    Semalam Ketua Pendakwaraya Yusuf Zainal Abideen mengesahkan kuasa mutlak pendakwaan di tangan Gani apabila beliau berhujah pada perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Zainal mengaku dalam laporan polisnya, pengadu Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau DIPAKSA melakukan hubungan seks itu.

    Namun, Peguam Negara menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mendakwa Anwar atas tuduhan kononnya beliau dan Saiful melakukan seks luar tabii secara SUKARELA.

    Yusuf memberitahu mahkamah bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa mutlak untuk mendakwa Anwar di bawah apa juga undang-undang.

    Malah, mengikut Yusuf, sekali pun Saiful “menukar” ceritanya, ia tidak menjejaskan pendakwaan selagi ada “bukti” untuk menyokong tuduhan itu.

    Begitu besar kuasa yang ada pada Peguam Negara. Persoalan yang lojik yang akan ditanya oleh rakyat adalah apa jadi dengan laporan polis Saiful bahawa beliau dipaksa melakukan perbuatan itu?

    Bagaimana fakta penting ini boleh diketepikan begitu sahaja oleh Peguam Negara…jika benar motif utama beliau adalah menegakkan kebenaran semata-mata, demi memberi keadilan kepada pengadu dan tertuduh.

    Namun persoalan ini tidak akan dijawab, kerana Peguam Negara tidak bertanggung jawab kepada Parlimen.

    Tidak ada ruang untuk rakyat atau wakil rakyat memperinchi hubungan Peguam Negara dengan Pejabat Perdana Menteri dan kaitannya dengan keputusan-keputusan pendakwaan yang dibuat.

    Pada tahun 1994, Peguam Negara ketika Tan Sri Mohtar Abdullah mengambil keputusan untuk menggugurkan tuduhan rogol terhadap Tan Sri Rahim Thamby Chik atas alasan “kurang bukti” beliau melakukan jenayah itu terhadap gadis berusia 15 tahun.

    Sebaliknya yang didakwa adalah Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau dipenjara 18 bulan kerana mendedahkan perlakuan Rahim.

    Tan Sri Mohtar adalah juga Peguam Negara yang bertanggungjawab untuk tidak mendakwa Rahim atas tuduhan rasuah RM40 juta, sekaligus menolak segala bukti-bukti yang telah dikumpulkan oleh Badan Pencegah Rasuah.

    Jelas kuasa Peguam Negara adalah mutlak. Pejabat Peguam Negara menggunakan pertimbangan sendiri yang “rahsia dan agak istimewa” tetapi tidak menjanjikan ketelusan dan keadilan serta kesamarataan yang menjadi tonggak prinsip keadilan.

    Rekod tiga Peguam Negara terakhir, Tan Sri Abu Talib Othman, Mohtar dan Gani tercemar kerana cara mereka menggunakan kuasa-kuasa mutlak yang diberikan kepada mereka.

    BalasPadam
  5. sambung...
    Mereka dilihat bersekongkol dengan pemerintah yang mahu menjayakan agenda sempit politiknya.

    Contohnya peranan Abdul Talib dalam pemecatan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abbas dan lima hakim lain pada tahun 1984.

    Dalam kes Anwar, Gani menjadi sasaran utama kerana dituduh membawa pendakwaan yang rapuh dalam fitnah liwat pertama pada tahun 1998 dan ulangannya pada masa sekarang.

    Rasanya tidak perlu menoleh terlalu jauh kebelakang untuk memperinchi rekod Gani. Dakwaan yang dibuat oleh Datuk Mat Zain Ibrahim, pengawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Anwar bahawa Gani mereka-cipta bukti dalam kes Ketua Pembangkang adalah dalam pengetahuan umum.

    Anehnya, dakwaan-dakwaan itu tidak pula mengundang sebarang pendakwaan daripada Gani, walaupun ia memberi tamparan hebat kepada kewibawaan pejabat Peguam Negara.

    Pada tahun 1998, peguam kepada Datuk S.Nallakarupan, Manjeet Singh Dhillion mendedahkan Gani menuntut supaya Nalla merekacipta bukti terhadap Anwar kononnya Nalla membekalkan pelacur kepada Anwar.

    Berikut petikan surat rasmi yang dihantar oleh Manjeet kepada Peguam Negara ketika itu Datuk Mohtar :

    “That in exchange for a reduction of the present charge to one under the Arms Act he wanted Nallakaruppan to co-operate with them and to give information against Anwar Ibrahim, specifically on matters concerning several married women. Dato Gani kept changing the number of women and finally settled on five, three married and two unmarried. That he would expect Nallakaruppan to testify against Anwar in respect of these women.”

    Terjemahan: Bahawa sebagai syarat untuk mengurangkan tuduhan (daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri) kepada Akta Senjata Api beliau mahukan Nalla memberi keterangan terhadap Anwar, khususnya membabitkan beberapa wanita yang bersuami. Datuk Gani mengubah-ubah jumlah wanita yang harus dinyatakan oleh Nalla dan akhirnya mahukan Nalla memberi keterangan supaya Anwar mengadakan hubungan dengan lima wanita, tiga yang bersuami dan dua lagi belum kahwin.

    Hanya Datuk Mohtar tahu kenapa beliau tidak mengambil tindakan terhadap Manjeet kerana membuat tuduhan begitu serius terhadap Gani.

    Hanya Gani tahu kenapa beliau sendiri tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Manjeet ketika itu, mahupun sekarang.

    Mohtar sudah pun meninggal dunia namun Gani masih hidup dan malah mempunyai lebih kuasa sekarang untuk mempertahankan kewibawaan dan keluhuran kerusi Peguam Negara yang disandangnya.

    Seseorang pengamal undang-undang, tidak kira sama ada pendakwaraya, peguambela atau hakim tidak boleh menghalalkan matlamat dengan apa cara pun.

    Keadilan hanya boleh ditegakkan apabila pengamal undang-undang tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan tidak menjadi sebahagian daripada agenda politik mana-mana pihak.

    Setiap tindakan yang diambil haruslah konsisten dan bebas daripada sebarang telunjuk pemerintah, jika tidak keluhuruan sistem undang-undang itu pasti tercalar dan ternoda sehingga sukar disucikan semula.

    Apa yang jelas ialah pejabat Peguam Negara kini disifatkan sebagai cabang pemerintah yang begitu berkuasa dan kebal daripada perincian rakyat. Tindak-tanduk Peguam Negara tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat mahupun Parlimen.

    Keruntuhan badan kehakiman mana-mana negara berakar umbi daripada keputusan-keputusan pendakwaan oleh Peguam Negara yang dicemari dengan pertimbangan politik kerajaan memerintah. Malaysia tidak terkecuali daripada hakikat ini.

    Begitu juga keluhuran sistem keadilan akan sentiasa terpelihara jika Peguam Negara melihat diri beliau sebagai penjawat awam (public servant) dan bukannya kakitangan kerajaan dengan maksud yang sempit.

    BalasPadam
  6. aku telah membaca keseluruhan "surat terbuka" .dan aku mempunyai citarasa yang sama dengan penulis cglyn.wfuadin mungkin tidak faham apa niat penulis,tetapi dia berhak menulis kerana ini blog dia walaupun jawapan ini sebenar bukan perlu datang dari wf.

    BalasPadam
  7. aku setuju dgn jab sp,itu apa yg digambarkan oleh cglyn sekiranya DSAI itu adalah beliau...mungkin apa yg terjadi oleh DSAI terjadi kepada cglyn sudah pasti beliau ambil tindakan apa yg beliau mahu DSAI lakukan dlm surat terbukanya itu...bg aku jg sudah tentu aku pilih hidup yg aman selepas selesai kes dawaan atas aku...tetapi aku terpaksa akui dan kagum yg smgt DSAI lebih tinggi dari aku dan cglyn...selagi DSAI tak bersalah sudah tentu beliau mahu bersih sebersihnya...boleh tak kita terfikir kenapa PKR diwujudkan?ini kerana DSAI punya pemikiran kehadapan...cuba bandingkan Tun Abdullah sblm ini..beliau dimalukan dan dipersalahkan dgn begitu teruk..tetapi beliau ambil tindakan seperti cglyn cadangkan...so kita lihat apa terjadi pd tun skrg? hidup aman tetapi maruah tetap tercalar...apa yg DSAi lakukan adalah sepatutnya aku, cglyn dan semua org yg tertindas contohi...PKR diujudkan agar musuh politik lebih menghormati pendirian beliau selama ini didlm UMNO...beliau benar2 hendak BN berubah dan tidak merosakkan BN kerana mahathir..kerana jika beliau jd PM kelak, mahathir akan salahkan beliau pula sedangkan mahathir sendiri buat taik masa jd PM dulu...ni pendapat aku atas apa yg aku lihat dan dgr...TQ

    BalasPadam
  8. aku pelik juga ..... dengan DSAI ini... Kenapa tuduhan dia semua berkaitan sex.Masa dalam kerajaan dulu tak ada ke skandal rasuah .Kerana pemimpin lain banyak yang begitu. Atau memang dia clean dari rasuah masa dalam kerajaan dulu. Kalau bergitu alhamdulillah.Bila tuduhan sex pula banyak yang merapu. Rakan aku seorang SB pun kata susah nak cakap .. kita orang bawah .Kadang kadang fikir elok bagi pusat pada PAKATAN untuk kesedaran semua. Aku rasa rakan aku ni pun tertekan juga.

    BalasPadam
  9. Bilamana melihat poliik dari pandangan citarasa.., mana yg tak serasi dgn jiwa, dilabelkan fitnah dsb.... Andaikata kebenaran menyerlah.., memusing mencari 'fakta' bertujuan utk menyanggah..
    Akal yg ada sekadar 'back-up' kpd perbincangan yg memenuhi kehendak citarasa...
    Lihat lah dengan mata-hati siapa Anwar sebenarnya.. Ucapan dan penulisannya boleh dikaji bagi mencari isihatinya yg tersirat.. Walau dalam memperjuangkan maruahnya sendiri, pendekatan yg diambil tidak mencerminkan 'kebenaran' yg dituntut.. Ramai yg menyedari..tapi membisu..cuma apabila politik telah diambil mengikut citarasa..

    BalasPadam