RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 25 Oktober 2010

MEMALUKAN - `SEBIJIK' DARI WANITA INI KE `MUKA' KJ

Faekah Bidas Khairy: Isu Pasir Warisan Pentadbiran BN & Mana Monorel Di Rembau?

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin hari ini membidas tuduhan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengaitkan pentadbiran Pakatan Rakyat berhubung isu kecurian pasir di negeri itu.

Menyifatkan kenyataan Khairy dalam ucapannya semasa Perhimpunan Agung Umno minggu lalu sebagai hilang punca, Faekah berkata kecurian pasir adalah isu yang diwarisi malah gagal ditangani sejak puluhan tahun lalu ketika Selangor ditadbir Barisan Nasional (BN).

Khairy dalam ucapannya 20 Oktober lalu mendakwa pentadbiran Selangor mengaku bertanggungjawab terhadap isu tersebut hanya selepas diasak melalui pendedahan oleh pihak Umno.

"Sudahlah mengaku hanya selepas kantoi, Kerajaan Pakatan di Selangor boleh dengan selamba meminta Kerajaan Pusat pula menyelesaikan masalah tersebut," kata Khairy.

Faekah bagaimanapun menempelak kenyataan Khairy itu dengan mempersoalkan peruntukan Bajet 2011 yang diterima untuk program memperkasakan anak muda sebanyak RM200 juta berbanding RM111 juta yang diperuntukkan untuk Permata.

Malah beliau turut mempersoalkan janji Khairy kepada rakyat kawasannya dengan pembinaan monorel semasa pilihan raya umum lalu.

"Beliau sepatutnya lebih risau dengan Bajet 2011 yang baru dibentangkan yang jelas sekali menunjukkan Perdana Menteri gagal untuk melihat program memperkasakan anak muda sebagai keutamaan meskipun anak muda adalah aset penting negara.

"Peruntukan RM200 juta jika dibandingkan dengan RM111 juta kepada Permata sepatutnya cukup untuk menguja beliau membahaskannya di peringkat parti.

Janji Khairy kepada rakyat Rembau

"Malah, Khairy sepatutnya lebih menumpu untuk menunaikan janji pilihan raya beliau kepada rakyat Rembau iaitu membawa perkhidmatan monorel hingga ke depan pintu rumah mereka. Tiga tahun telah berlalu, jangankan monorel, cerita mengenainya kian menjadi dongeng jenaka," katanya.

Sementara itu, Faekah yang mempertahankan isu pasir berkata, penubuhan anak syarikat negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bertujuan bagi menguruskan industri pasir dengan sistematik, berkesan dan memberi keuntungan.

"Memandangkan matlamat sesebuah Kerajaan bukanlah untuk mendapat perniagaan yang menguntungkan maka kerajaan negeri telah menyalurkan keuntungan ini terus kepada program-program kebajikan yang dijalankan menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), bantuan anak masuk universiti dan Tabung Anak Pekerja Ladang.

"Sepanjang 2009, KSSB mencatatkan jualan RM30 juta dan sehingga Jun tahun ini, jualan mencatatkan RM26 juta dan RM5 juta telah disalurkan untuk membiayai MES," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam soal Keselamatan dan Penguatkuasaan pula, beliau berkata penubuhan Jawatankuasa Pemantau yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud mampu menangkis tohmahan umum bahawa pegawai penguatkuasaan acapkali bersekongkol dengan penjenayah pencuri pasir.

"Bagi menunjukkan iltizam kita mewujudkan pentadbiran bersih dan telus, kita telah memeterai kefahaman bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan meminta SPRM membuka kaunter di KSSB dan menubuhkan jawatankuasa bersama KSSB dan SPRM.

"Kita juga sedang melaksanakan Integrity Pact di KSSB yang dipantau oleh Transperancy International," katanya. -FMT

6 ulasan:

  1. Tak sangka pula manusia bernama khairy lulusan oxford ni sebodoh itu!

    BalasPadam
  2. bukan saja bodoh ..malah miongg..

    kah kah kah kah kah kah ...

    BalasPadam
  3. Mengaji kat oxford tu sebab dia cerdik tetapi orang cerdik tak semesti "berakal".

    BalasPadam
  4. dia cerdik sebelum aktif Umno. Bila dah dlm Umno, terus jd bodoh mcm ahli-ahli Umno yg lain..kena cucuk hidung dan kena tipu memanjang oleh pemimpin Umno yg penting perut dan bawah perut depa shj...

    BalasPadam
  5. mana ada orang cerdik dalam UMNO

    BalasPadam
  6. Kesian KJ... parpukari hentam dia, klon parpukari pun hentam dia. Mana nak mengadu tu wei...

    BalasPadam