RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 27 Oktober 2010

ZUL KULIM BAWA CERITA BODOH

Oleh: WFAUZDIN NS

SUDAH lama tidak mendengar YB Zul Kulim merepek. Akhbar Sinar semalam menyiarkan kenyataan Zul Kulim yang sinonim digelar `firaun besar' ini yang mengulas tentang Pilihanraya Kecil di Parlimen Batu Sapi, Sabah. Biasalah, tiap kali pilihanraya Zul Kulim akan muncul meraih publisiti.

Kali ini Zul Kulim menyebut bahawa sepatutnya PAS yang bertanding di situ, bukannya PKR. Alasannya, PAS sebagai pertubuhan politik yang menjadikan pilihanraya sebagai jalan dakwahnya. Mengapa PAS tidak mahu berdakwah di Sabah? Itulah soalan bodoh dari orang yang bodoh.

Apabila Zul Kulim bertanya soalan seperti itu, aku mulalah keliru samada benarkah Zul Kulim ini pernah berada di dalam PAS. Benarkah beliau di`sepak' keluar dari PAS atau beliau sendiri melompat keluar dari PAS akibat menyedari dirinya yang bodoh dan jahil agama itu tidak layak berada di dalam PAS? Jika sedemikian jahilnya Zul Kulim, usahkan PAS, PKR atau DAP pun tidak sudi menerima beliau. Tidak tahulah kot-kot Makhal Sakti mahu terima Zul Kulim yang benak ini.

Dengar ceritanya dulu dia seorang `ustaz'. Ke hulu ke hilir berkuliah, sesekali berceramah politik. Masa itu bukan main lagi dia membela DS Anwar yang difitnah liwat kali pertama dulu. Bodek dia pada DS Anwar sehinggakan yang tiada diada-adakan kununnya beliau tahu semua kisah DS Anwar. Maklumlah `Peguam' dalam kes DS Anwar walaupun kerjanya `tukang bawa fail' saja. Jika benar Zul Kulim ini Ustaz, mustahil dia tidak tahu apa itu `dakwah'? Ke mana otak Zul Kulim sekarang? Teruk betul semenjak keluar dari PKR, masakan otak beliau tidak lagi boleh berfungsi?

PAS sebuah parti politik yang berteraskan Islam, juga merupakan satu jemaah yang sentiasa menjalankan usaha dakwahnya samada adanya pilihanraya atau tidak. Di Sabah, walaupun rakan sekutu PAS yang bertanding, PAS tetap turun berkempen di samping menjalankan usaha dakwahnya iaitu menegakkan keadilan dan kebenaran di samping menghapuskan kebathilan. Dakwah bukan bermakna terhenti tatkala tiada pilihanraya. Jika itu tafsiran Zul Kulim terhadap PAS, memang wajar PAS menolak beliau dari menjadi ahli kerana kejahilannya yang tidak lagi boleh diajar.

Sebenarnya Zul Kulim sudah tiada isu lagi untuk memburukkan PAS dan PR. Beliau juga sudah semakin dilupakan oleh Umno kerana beliau gagal sepenuhnya menjalankan tugas sebagai `barua' yang bermanafaat. Serangan Zul Kulim terhadap DS Anwar `dibawa angin lalu' kerana isu DS Anwar sudah di`booking' oleh Senatak Ezam sesumpah. Lagi banyak Zul Kulim bercakap, lagi terserlah kebodohannya. /wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Salam!Zul Kulim ni dah tak jadi YB katak atau YB sesumpah dah jadi YB mengkarung dah cakap ikut kepala lutut dia ja.tak dak sapa nak degaq cakap dia.umNOgok dah kenai sapa Zul Kulim ni.Tingginya ILMU dia.Wsalam!

    BalasPadam
  2. Oii Zul, drpd ngkau merapu tak tentu fasal, ada baik kau letak jawatan YB tu. At least, ada gak pekdah utk warga Kulim, kureng-2 dapat gak projek mee segera UMNgOk

    BalasPadam
  3. YB Zul ? Dia ni sapa ? Tak perasan plak aku... Oh aa aa baru teringat ha YB yang semakin mereng otaknya tu, baru aku ingat, memang dia ni cari publisiti cara melalut... karut betoi.

    BalasPadam
  4. Zul kulim dah tentu bodoh tapi yg pandaipun nakjadi bodoh sama. Pendek kata umno mmg bodoh dan pkr nak ikut sama bodoh mcm umno... bila ckp gitu tau pulak marah.

    BalasPadam