RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 1 November 2010

APA KOMEN TUAN GURU NIK AZIZ TERHADAP KENYATAAN MAJLIS RAJA-RAJA ?

Perpaduan Melayu Mesti Berlandaskan Islam
31/10/2010


KUALA LUMPUR 31 OKT - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan perpaduan Melayu seharusnya berlandaskan Islam dan bukannya kaum semata-mata.

Malah, beliau menganggap penekanan terhadap penyatuan kaum sebagai satu kesilapan dalam sistem politik negara.

"Melayu memang patut bersatu, tapi atas dasar Islam dan bukannya Melayu," ujar beliau kepada wartawan di sebuah Majlis Minum The bersama Anak-Anak DUN Galas di sebuah hotel di sini.

Nik Aziz memberi komen mengenai kenyataan media Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini yang menyatakan kebimbangan mengenai trend politik semasa sebagai menjejaskan perlembagaan negara dan kuasa Raja-Raja Melayu selain menyeru agar orang Melayu mencari titik persamaan dan bersatu.

"Sepatutnya memang Melayu ni bersatu tapi di bawah Islam, bukan di bawah Melayu. Islam datang ke dunia untuk 'ramatil alami, untuk seluruh dunia tapi kenapa tak pasal-pasal ditimbulkan Melayu.

Jadi Cina pun nak timbul juga kerana dia berasa yang dia adalah orang yang banyak menyumbang kewangan dalam tabung negara. Jadi kenapa kita besar-besarkan Melayu, sebut Islam.

Sebab itu masa depan orang Melayu, masa depan dia macam terowong tak ada cahaya. Kalau sebut Islam, orang Cina boleh terima, orang India boleh terima. Ini kesilapan sebut Melayu bukan sebut Islam," katanya.

Sementara itu, Nik Aziz turut menyeru pengundi-pengundi DUN Galas yang tinggal di luar Kelantan supaya pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Beliau menyatakan keperluan menjaga negeri sebagai kerja keagamaan dan bukannya politik semata mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.

Kira-kira 50 anak-anak Galas hadir mendengar amanatnya yang baru menyambut ulangtahun ke-20 memerintah Kelantan.

Majlis dianjurkan oleh PAS Kuala Lumpur dan Kelantan sempena kempen pilihan raya kecil Galas 4 November ini./TVNews

9 ulasan:

  1. TG Nik Ajis, Melayu tu bukan Islam ker, dan sememangnya 90% Melayu adalah ber agama Islam dan kuat agamanya. Jgn lar bermain politik dalam isu ini. Yang paling penting, solat tu diperbetulkan kerana kejayaan solat akan menjadikan semua umatnya akan rukun dan damai. Solat yg di terima Allah akan membezakan tabiat dan kelakuan seseorang tu. Solat juga akan mengelak seseorang tu meracau, malu jadi melayu dan boleh mencarut. Oleh itu, muhasabah diri gak walaupun sudah bergelar jadi Tok Guru. Kita masih jadi makhluk Allah dan tidak kebal untuk menjadi KEBAL dari segala kesilapan. Terima kasih!!!!!!

    BalasPadam
  2. Salam!NI aku nak tanya kapaktajam betui ka melayu Islam?Adakah Cina dan bangsa lain kapiaq? Ada MELAYU MURTAD jadi KRISTIAN hang tak pecaya bukalah blog depa,hang cari la sendiri.Ada orang CINA MUSLIM,ADA INDIA MUSLIM.Jgn main cakap sedap mulut ja.Bila sebut MELAYU semua ISLAM!Pikiaq2lah adakah hang,aku dan orng2 MELAYU tu ISLAM!Agama Islam agama yang UNIVERSAL.Wsalam!

    BalasPadam
  3. Bismillah,benar ke melayu tu kuat beragama.kalau kuat kenapa ada maksiat berlaku...kalau 90%.mana pulak lagi 10% dah murtad ke...subhanallah.
    benar solat membentuk sahsiah diri,tapi lagi malu dan bangsat kalau menentang hukam hakam ALLAH swt dan sunnah saw.macam itu ke melayu...

    BalasPadam
  4. Wahai Si KapakTajam, awat bongok sangat, hang punya pancaindera ada yang rosak ka ? Cuba lihat macam2 yang double standart dibuat oleh hang punya geng. Tak buleh pikiag ka ?

    BalasPadam
  5. Nama saja KapakTajam tapi sebenarnya TUMPUL tak boleh buat apa sebab tu dipergunakan untuk hentam orang sajee....

    BalasPadam
  6. !!!!KAPAKTAJAM,
    aku orang pkr,biasalah orang pkr ni kurang ajak sikit,pasai tun musa hitam pun kata dalam setengah perkara kena kurang ajar baru orang bolih paham.
    hang ni melayu dan Islam ,tapi hang juga macam banyak orang melayu iaitu Islam baka.hang tau apa Islam baka?.pasai mak pak hang orang Islam,pasai tu hang jadi orang Islam.tapi perangai hampa,kalah lagi orang bukan Islam.waktu maqrib masih lepak kedai kopi,lepas tu bersiap pula nak karaoke.orang Islamkah ni.

    BalasPadam
  7. KAPAKTAJAM...

    Tumpul macam akal dia. Tak boleh pikir waras, sama macam pemimpin dia. Tak semua melayu tu Islam. Nama je melayu tapi masih menentang hukum Allah.

    BalasPadam
  8. Kapak tak berapa tajam1 November 2010 pada 10:27 PG

    Kapak tajam tapi otak tumpul... Tak de mana melayu tu Islam. Kau tgk diri kau je dah cukup. Tak payah pergi jauh dah. Kalau kau solat cukup... Alhamdulillah. Kalau tak solat, Islam ke namanya walupun kau tu melayu? Sedangkan solat itu tiang agama (agama Islam bukan hindu). Setahu aku melayu ni cuma kaki puasa. Kalau puasa tu beriya2 mcm teruk sgt rasanya. Tapi bab solat... HAMPEH...

    BalasPadam
  9. kapak tajam bengong mankok hayun.....takdak akai
    boleh hina ulama tinggi benor ilmunya...baca doa makan belum tentu tahu

    BalasPadam