RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 13 Julai 2010

Anwar agen CIA: Umno makin gila, kata PKR

Li Fook Gao

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketawa besar dengan usaha terkini mengaitkan penasihat partinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan agensi perisik Amerika Syarikat, Central Intelligence Agency (CIA) melalui tulisan blogger yang jarang dikenali umum.

"Pemimpin Umno dan media menuduh Anwar sebagai agen Amerika dan Yahudi, tetapi juga memetik tulisan bahawa CIA dan Mossad ingin membunuhnya. Mereka sudah gila," kata Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali melalui laman perhubungan komuniti, Twitter.

Mingguan Malaysia, telah menyiarkan satu berita mengenai seorang blogger dari New York, bernama "Elaine Meinel Supkis" yang tidak dikenali umum yang menuduh Anwar adalah "agen CIA" di dalam sebuah tulisan yang dipaparkan di blognya.

Walaupun suratkhabar tersebut menggambarkan blogger itu sebagai "seorang yang menonjol", namun tiada sebarang maklumat tambahan yang dapat diperolehi daripada siasatan Harakahdaily pada beberapa enjin carian mengenai nama penulis mahupun blog miliknya.

Namun begitu, perkara tersebut tidak menghalang para pemimpin Umno melengahkan masa untuk mengutuk Anwar berdasarkan laporan tersebut, dengan Rais Yatim, salah seorang ahli Majlis Tertinggi parti itu, menyatakan kepercayaan beliau terhadap blogger tersebut kerana beliau yakin blogger tersebut telahpun melakukan siasatan yang secukupnya sebelum menulis artikel tersebut.

"Diharapkan penulis blog berkenaan mempunyai asas-asas yang menyokong dakwaan tersebut, tetapi saya percaya apa yang diterbitkan itu tentulah sudah disiasat oleh penulisnya dan bukan hanya tulisan kosong," kata Rais yang memuji blogger tersebut.

Manakala, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein pula enggan mempercayai sebarang hujah mengenai keakraban Anwar dengan CIA, tetapi beliau memberikan amaran bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap Anwar, sekiranya terbukti, Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara.

"Tak tahulah sama ada (alat) CIA atau tidak, tetapi kita tengok banyak rahsia dia sudah terbongkar," katanya kepada wartawan.

Sementara itu, Pengarah Strategik PKR dan ahli parlimen Batu, Tian Chua tidak menolak kemungkinan bahawa ada satu perancangan oleh kerajaan untuk menahan bekas Timbalan Perdana Menteri itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA.

Tian Chua berkata Perdana Menteri Najib Razak seharusnya mengetahui perkara tersebut dengan lebih baik daripada mempercayai kebodohan Utusan dengan kempen fitnahnya.

"Utusan-Umno semakin bodoh. Siapa-siapa, minta tolong hantarkan kepada Najib Razak, seorang propagandis yang lebih cerdas. Bukan ke kontrak APCO telah dipanjangkan?" seloroh beliau sambil merujuk kepada perunding imej Najib, APCO Worldwide yang telah dikritik keras baru-baru ini atas pertalian erat syarikat tersebut dengan para pemimpin Israel./Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan