RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 14 Julai 2010

MENGAPA UMNO TAKUT DS ANWAR MENJADI PENASIHAT EKONOMI SELANGOR?

Oleh: Mandor

KERAJAAN Negeri Selangor patut menggugurkan DS Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri? Sebab apa? Kununnya DS Anwar adalah `alat' CIA. Siapa yang kata? Seorang Blogger luar negara Elaine Meinel Supkis. Siapa yang mahu DS Anwar disingkirkan JIKA tuduhan ini benar? Siapa lagi jika bukan pemimpin Umno Noh Omar. Apa katanya lihat di sini.

Mengapa Umno Selangor begitu takut dengan DS Anwar? Tidak lain dan tidak bukan adalah mereka bimbang dengan ketokohan DS Anwar menguruskan ekonomi Selangor, maka harapan mereka untuk merampas Selangor akan berkubur. Perkataan `JIKA' Anwar terlibat sebagai `alat' CIA Amerika sudah cukup menunjukkan bahawa Umno sendiri tidak tahu hujung pangkal atau kebenaran dakwaan Blogger itu.

Maka, Noh Omar pun mencabar DS Anwar supaya menafikannya dengan menyaman Blogger berkenaan. Perlukah DS Anwar melayan seorang Blogger yang entah dari mana asal usulnya dan siapa yang membayarnya menulis perkara yang langsung tidak masuk akal itu? Jika kesemua tulisan murahan itu mahu dilayan, tidak cukup mahkamah dan Hakim untuk membicarakan kes saman terhadap Blogger-Blogger di negara kita. Bukan sedikit Blog yang melakukan kerja fitnah terhadap DS Anwar bahkan siap dengan gambar lucah di dalam blog mereka. Cuba lihat Blog-Blog pro Umno yang ada sekarang. Tidak ubah seperti `tong najis' yang mengumpul segala berita fitnah dan gambar lucah. Mahu layan otak orang sebegini?

Pelik dan menghairankan kita, terlalu mudah pemimpin Umno percaya kepada satu berita dari seorang Blogger. Hinggakan Pak-Pak Menteri yang luas dahi dan botak kepala pun percaya dengan tulisan tersebut. Tanpa ada bukti dan fakta, hanya omongan kosong sudah cukup Blogger luar negara itu `membeli' pemimpin negara kita. Begitu murah kan?

Apakah itu tanda bahawa DS Anwar akan ditahan di bawah Akta zalim ISA? Atau ianya merupakan satu propaganda terakhir untuk mencemar nama baik DS Anwar setelah kisah liwat 2 ditertawakan oleh dunia. Itulah pemimpin yang ada di dalam Umno yang masih disokong kuat oleh sebilangan orang-orang Melayu yang cintakan kerja `fitnah' ini./mandor.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan