RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 13 Julai 2010

NEGARA MEREKA ADA SOTONG `CERDIK', NEGARA KITA ADA `KATAK' BODOH

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA nama seekor sotong yang telah menjadi `Nujum Pak Belalang' amat popular semasa Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia baru-baru ini. Kebanyakan `ramalan' si sotong yang dipelihara di Akuarium Sea Life, Selatan Jerman itu menjadi kenyataan . Sebanyak 6 perlawanan yang membabitkan Jerman, ramalan sotong tersebut adalah tepat.

Kekalahan Jerman seperti yang diramal oleh sotong berkenaan amat mengecewakan warga Jerman, sehinggakan diberitahu seorang Chief dari Jerman amat marah dengan kekalahan tersebut . Beliau bercadang ingin menjadikan sotong berkenaan sebagai bahan masakannya. Hebat pengaruh sotong terhadap manusia, kan?

Amalan mempercayai ramalan sebegini di sisi Islam hukumnya Haram dan dianggap Khurafat. Namun, media di negara ini termasuk stesyen TV menghebahkan kisah `ajaib' serta ramalan si sotong sepanjang kejohanan berjalan. Maka, budak-budak dan orang dewasa yang menonton TV di rumah pun ada yang terpedaya dengan ramalan tersebut termasuklah kaki `judi' bola. Maknanya media kerajaan pun ada saham mempromosikan amalan khurafat tersebut. Tidak tahulah kita apa pula nanti yang diperkatakan oleh Ulamak Tua dan Muda di dalam Umno di dalam hal ini.

Seandainya sotong tersebut kerajaan kita beli, mungkin dia boleh dipelihara di rumah Najib. Mudahlah beliau untuk membuat satu-satu keputusan. Mungkin juga sotong tersebut akan digunakan untuk menentukan benar atau tidak kerajaan terlibat di dalam Apco. Mungkin juga boleh dijadikan rujukan atau ilham untuk menentukan tarikh Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Jangan ada yang cuba bertanya sotong berkenaan siapakah yang terlibat membunuh Al-Tantuya sudahlah. Nanti ada sotong yang kena ISA pula kalau pun tidak kena bom C4 .

Itulah kisah sotong yang lebih cerdik dari manusia. Nasib baik di negara kita tiada spesis sotong secerdik ini. Kita cuma ada spesis `katak' yang lapar dan bodoh-bodoh belaka./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Cantik bang tajuknya...saya pun tengok tajuknya pun dah tergelak....he..he..

    BalasPadam