RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 17 Julai 2010

AYOH PAKATAN RAKYAT, HALANG NAJIB DARI TERUS MENZALIMI RAKYAT

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA, rakyat tiada pilihan lain lagi. Mereka kini mengharapkan Pakatan Rakyat (PR) untuk membela nasib mereka setelah ramai di antara mereka tertipu kununnya Umno akan berubah di bawah Najib. Kezaliman pemimpin negara sewaktu di era Tun Mahathir, diwarisi pula oleh Pak Lah yang menggunakan Islam Hadharinya untuk menipu rakyat, kini terus diwarisi pula oleh Najib dengan `Rakyat Didahulukan'. Kesemua mereka itu telah berjaya menipu rakyat dengan slogan yang manis umpama gula.

Di zaman Pak Lah, kenaikan harga Petrol dan Diesel menyebabkan beliau `jatuh tersungkur' dari kerusi PM, bahkan kehilangan 5 buah negeri di dalam Pilihanraya Umum ke 12. Pewarisnya Najib tampil dengan pengakuan kununnya Umno akan berubah dan `Rakyat Didahulukan'. Saya tidak mahu ulas tentang `Pencapaian Diutamakan' kerana mana ada pencapaian di zaman Najib?

Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas serentak diumumkan di tengah malam benar-benar menyakitkan hati rakyat. Paling menyakitkan lagi apabila Najib memberi alasan bahawa kenaikan itu adalah untuk kebaikan rakyat. Kununnya apa jua yang Najib lakukan semuanya untuk kebaikan rakyat termasuk kerjasama dengan Apco. Mungkin juga lesen judi sukan yang ingin beliau luluskan nanti adalah juga untuk kebaikan rakyat.

Malang sungguh, sedih sungguh apabila ada lagi orang-orang Melayu terutamanya yang hidup susah merempat yang menyokong Umno. Berapa banyak lagi yang mereka ingin lihat kerajaan ditunjangi oleh Umno ini menghisap darah mereka baru mereka mahu sedar? Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas yang diumumkan oleh Najib itu itu masih tidak boleh menjadikan otak mereka cerdik untuk berfikir. Mereka mudah terpedaya dengan cerita bahawa di negara lain harga keperluan tersebut jauh lebih tinggi. Samalah juga apabila seorang ayah amat berpuas hati apabila anaknya belajar di sekolah rendah dengan mendapat kedudukan No. 20 di dalam kelas, kerana baginya anaknya lebih baik dari anak orang lain yang mendapat kedudukan No. 30.

Bayangkan jika harga petrol/diesel sudah naik, apakah harga barang tidak mendapat sebarang kesan? Jika harga gula juga naik begitu banyak, adakah harga makanan lain tidak mendapat kesannya? Ini pun mereka tidak boleh fikir lagi? Harga pasaran minyak di dunia naik atau turun kita bukan bertambah senang tetapi semakin susah. Kita merasakan seolah-olah negara kita sama seperti Thailand yang langsung tiada sumber minyak.

Pakatan Rakyat nampaknya tidak lagi boleh berdiam diri dengan kezaliman ini. Nasib rakyat mestilah dibela walau dengan apa cara sekali pun. Rancanglah sesuatu agar Najib sedar dari keegoannya dan rakyat akan tahu wajah Umno yang dikatakan telah berubah itu. /wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. untuk menghalang najib dari terus menzalimi pr dan rakyat jd saya syorkan buat sembahyang hajat jemaah dan doakan najib mati di panah petir....

    BalasPadam
  2. Salam.
    Kepada semua rakyat bawahan, selagi kita tidak berubah untuk mengubah nasib yang dialami kita selama ini selagi itulah pemimpin umno akan menginjak-injak kepada kita.

    Mereka bercakap bagaikan madu mengalir dibir mereka tetapi tindakan mereka seperti menghulur racun kepada rakyat sekelian.

    Bangunlah semua dari tidur lena...JATUHKAN UMNO , JATUHKAN PEMIMPIN UMNO yang saban hari menipu kita.Mereka menjadi menteri , timbalan mentri , MP,YB, kerana undi kita.Sekarang mari kita buktikan bahawa kita "BERKUASA UNTUK MENGGANTIKAN MEREKA".Jangan biarkan mereka terus menzalimi kita semua.

    MARI KITA JATUHKAN PEMIMPIN UMNO dan gantikan dengan PR dalam pilihanraya ke 13 ini...insyaallah.

    BalasPadam
  3. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Salam Bro Azman,
    Petikan dari N3 Lu"MARI KITA JATUHKAN PEMIMPIN UMNO dan gantikan dengan PR dalam pilihanraya ke 13 ini...insyaallah."
    Jadi sekarang ini kita hanya nyanyi Lagu " Si Luncai terjun dengan labunya,BIAR KAN BIAR KAN BIAR KAN ?????????????? Sampai PRU 13 ya ke macam ini? hj jamaludin

    BalasPadam
  4. Kita tidak bernyanyi wahai tuan hj. hanya orang yang mempunyai jiwa yang kecil sahaja yang bernyanyi dengan lagu itu.

    Kalau berjuang hanya untuk mengalun lagu ini eloklah tdor dan redah kan leher untuk disembelih sepa njang hayat!

    BalasPadam