RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 15 Julai 2010

Kepil Maklumat Curi Pasir, Khalid Cabar Muhyiddin Selesai Isu Pasir

Kerajaan Selangor sudah menghantar surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menjelaskan isu curi pasir di Selangor serta menjemput beliau dan agensi persekutuan untuk memerangi jenayah ini.

Salinan surat itu dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Khali berkata, surat yang dihantar ini kepada kedua-dua pemimpin Umno menyatakan penjelasan bahawa kejadian curi pasir ini berlaku secara berleluasa sebelum 2008 ketika Selangor diperintah Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan negeri sekarang membuat pelbagai usaha termasuk menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri serta menawarkan ganjaran kepada orang ramai yang menolong menangkap penjenayah terlibat.

"Saya juga menyertakan semua maklumat mengenai kegiatan curi pasir yang telah diperolehi oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) supaya Timbalan Menteri dan agensi persekutuan seperti polis dapat membuat tindakan yang sewajarnya," katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

Khalid berkata, kerajaan negeri berharap, pemimpin – pemimpin Umno tidak hanya mengutarakan isu pasir ini atas dasar politik dan berharap agar dokumen yang diberikan adalah memadai untuk Timbalan Perdana Menteri untuk memberi arahan kepada pihak berkuasa untuk bertindak secara professional.

Katanya, walaupun kerajaan negeri akur pengurusan KSSB boleh diperkemaskan lagi, namun sistem yang ada sekarang telah berjaya meningkatkan hasil pasir daripada RM2.9 juta (2007) kepada RM6.3 juta (2008), RM5.4 juta (2009) dan RM10.3 juta (sebelum cukai setakat Jun 2010)./TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan