RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 12 Julai 2010

BARANG `HARAM' DITABUR DAN LAKU 20 MINIT SAJA ?

Akhbar baru PKR 'ditabur' di KL
Siah Chong Yan
Jul 12, 10


Mengabaikan amaran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), PKR awal pagi ini turun padang mengedarkan akhbar lidah rasmi terbaru mereka - Keadilan.

Oleh kerana permit penerbitan Suara Keadilan masih gagal memperbaharui permitnya, parti itu kini menerbitkan akhbar tidak berkala yang tidak memerlukan kebenaran daripada kementerian itu.

Lidah rasmi baru - yang kini diterbitkan sayap Pemuda PKR (AMK) diedarkan percuma kepada orang awam di stesen LRT Masjid Jamek oleh beberapa pemimpin mudanya.

Kesemua 400 salinan yang dibawa habis diedar "macam pisang panas" dalam masa 20 minit sahaja.

Ketika edaran itu dibuat, dua kereta peronda dan dua anggota pasukan keselamatan dilihat mengawal sekitar kawasan tersebut tetapi tidak menghalan pengedaran itu.

Keempat-empat pemimpin muda PKR itu setiausaha publisiti Lee Khai Loon, exconya Ramlan Roes, Ketua AMK Wilayah Persekutuan Zaman Md Tasi dan Ketua AMK Cabang Batu Rozan Azen.

Mereka antaranya melaungkankan slogan menggesa Suara Keadilan dan wartawan "dibebaskan" dalam aktiviti pagi ini.

Ketua pengarang Suara Keadilan Dzulkarnain Taib juga dilihat hadir dan mengambil gambar sekitar acara tersebut./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan