RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 15 Julai 2010

BENGAP SUNGGUH YB ZUL KULIM INI

Oleh: WFAUZDIN NS

PASAL arak YB Zul Kulim menulis di sini. Seperti biasa beliau menghentam PAS dengan kebodohannya yang terlampau semenjak berada di sebelah sana. Al maklumlah orang `gila talak' dengan PAS, maka berceritalah dia melebihi suara Majlis Syura Dewan Ulamak PAS. Malas saya nak salin semula apa yang dia sebut pasal arak, anda boleh baca sendiri apa yang dia perkatakan, cuma jangan ketawakan kebodohan dia cukuplah.

Kali ini saya harap dia tidak menipu dalam tulisannya atas sebab strategi seperti yang beliau pernah sebut banyak kali beliau menjadi penipu besar sewaktu berada di dalam PAS dan PKR. Saya ringkaskan sikit apa yang beliau katakan tentang arak. Saya nak sentuh 3 perkara ini saja yang beliau sebutkan PAS akan lakukan jika memerintah Pusat.

1. kita tidak boleh lagi menuntut kilang arak dalam negara ini ditutup kerana kilang itu mengeluarkan arak untuk kegunaan bukan Islam; jadi perjuangan kita selama ini nak menutup kilang arak salah lah rupanya bagi Pak Janggoat-Pak Janggoat ini. Padanlah kilang Carlsberg masih tertegak dibumi Shah Alam;
- Kilang arak terbesar di Shah Alam tu, siapa yang keluarkan lesennya sekarang? YB Zul tidak tahukah atau sudah jadi bingung semenjak dapat duduk sebelah Najib? Kerajaan Selangor kah yang berkuasa atas lesen kilang itu?
2. kita tidak boleh mendesak penerbangan Malaysia membatalkan penjualan arak dalam penerbangan kerana ianya hanya untuk bukan Islam;
- Dalam pesawat penerbangan, arak tidak akan dijual jika PAS memerintah kerana pesawat itu adalah pengangkutan awam.
3. kita tidak boleh menghalang 7-11, K-Mart atau lain-lain kedai serbanika daripada menjual arak kerana ianya dijual untuk bukan Islam;
- Kedai-kedai begini tidak akan dibenarkan menjual arak kerana kedai-kedai ini dikunjungi oleh berbagai ugama termasuk Umat Islam. Di Kelantan, tiada arak dijual di kedai-kedai seperti yang YB Zul tulis itu. Arak hanyak terdapat di kedai minum khas untuk bukan Islam di penempatan mereka sahaja dan dijual secara amat terhad.

Jelas pada kita, walaupun agak lama juga YB Zul ini duduk di dalam PAS dahulu, namun beliau masih tidak faham perjuangan PAS. Memang wajar lah PAS tidak mencalonkan beliau sebagai calon jika inilah pemahamannya terhadap dasar PAS. YB Zul cuba mengada-adakan cerita itu ini jika PAS memerintah Pusat berpandukan pemikirannya yang jahil itu.

Masalahnya, YB Zul ini tidak pernah berani berdebat dengan mana-mana pemimpin dari PAS berkaitan isu agama ini. Usahkan berdebat dengan Mursyidul Am PAS, dengan YB Khalid Samad pun YB Zul kecut untuk berdebat. Itulah jadinya bila hati sudah gelap..../wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. Dia ni hanya laha pencacai umno...nak heran apa. hidup kalau silau dengan emas , harta , wang ringgit beginilah jadinya.

    Apa hairan dengan janggut dan ketayapnya, Fathy Yakan dalan bukunya menyatakan bahawa pakaian itu bulanlah Islam tetapi pakaian yang menutup aurat itulah Islamnya.

    BalasPadam
  2. fauzudin kalau tak buat fitnah bukanlah fauzudin. tak faham apa yB zul tulis lepas edit sana sini untuk buat fitnah.

    BalasPadam
  3. nampak jelas penulis tak faham kenyataan YB zul. kalau tak faham jangan spin sampai jadi fitnah. malu tak faham lepas tu kutuk orang. harap YB zul baca blog ini dan saman je si fauzudin kaki fitnah.

    BalasPadam
  4. cuba baca tulisan penuh YB Zul yg telah saya link kan. Fahami betul2 apa yg YB Zul katakan dan apa yg beliau fitnah PAS. Saya cuma komen 3 perkara itu saja kerana 3 perkara itu menampakkan YB Zul bukan MP yg cerdik. YB Zul yg fitnah PAS di dalam artikel berkenaan.

    BalasPadam
  5. baca dah hang kelentong

    BalasPadam
  6. fauzudin ni IQ rendah

    BalasPadam