RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 15 Julai 2010

`MAT PENYAPU' KEPADA `MAT PASIR' DI SELANGOR

Oleh: WFAUZDIN NS

BERNAMA menyiarkan kebimbangan mantan MB Selangor Khir Toyo tentang isu pasir di Selangor. Apabila isu ini tidak mampu mereka hujahkan di dalam Dun Selangor secara fakta, maka seperti biasa media lah akhirnya akan membantu pemimpin Umno ini. Tujuannya agar rakyat tahu betapa isu pasir adalah masalah utama bagi Umno di Selangor yang sebelum ini isu kandang babi.

Jika dahulu Khir Toyo dikenali sebagai `Mat Penyapu' kerana pernah menganugerahkan penyapu kepada pegawai kerajaan negeri sewaktu pemerintahannya, kini beralih gelaran pula kepada `Mat Pasir'. Nasib baik sewaktu isu kandang babi dulu, tidak sempat dianugerahkan gelaran. Jika tidak, beliau mungkin akan di gelar `Mat..........'?

Beliau amat bimbang muka bumi Selangor sekarang berlubang-lubang akibat pasir banyak sangat dikorek kununnya. Jika gigi yang banyak berlubang-lubang mungkin Doktor Gigi ini boleh merawatnya, tetapi kini muka bumi yang berlubang-lubang. Ada yang berseloroh menyebut, memang banyak `lubang' yang telah disediakan di bumi Selangor untuk `menimbus' beberapa pemimpin Umno di Selangor di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Mungkin itulah yang menjadi kegusarannya.


Fakta jelas, hasil pendapatan dari korek pasir ini jauh lebih besar dari era kepimpinan Khir Toyo, prosedurnya jauh lebih baik dan telus. Ketelusan ini boleh dibuktikan apabila MB Selangor Tan Sri Khalid sendiri minta SPRM datang membuat siasatan jika ada yang tidak betul di dalam prosedur atau apa jua di dalam projek korek pasir ini. Jika berlaku juga pencurian pasir, maka itu bukan bidang tugas Kerajaan Negeri sahaja dan pihak berwajib perlu membantu menanganinya. Bahkan, terbaru MB Selangor sendiri telah mengutuskan surat kepada KDN melaporkan beberapa aktiviti yang tidak sihat yang di luar bidangkuasa Kerajaan Negeri untuk disiasat dan diambil tindakan. Begitu seriusnya Kerajaan Negeri di dalam isu ini.

Khir Toyo menyebut jika terlalu banyak kawasan pasir yang dikorek, ini akan menjejaskan masa depan rakyat Selangor. Katanya, kawasan-kawasan tersebut mungkin boleh dibangunkan untuk pertanian. Di era pemerintahan Khir Toyo dulu, berapa banyak kawasan pasir ini yang telah beliau bangunkan? Mana dia yang dikatakan Selangor akan mempunyai kawasan seperti 'Disney Land'? Bukankah rombongan lawatan sambil kerja (melancung?) ke Disney Land telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri di mana isteri dan keluarga beliau juga turut bersama? Mana hasil kerjanya? Tiadakah tanah pasir yang boleh beliau bangunkan untuk `Disney Land' Selangor?

Kepada Khir Toyo kita mahu beritahu, jangan bimbang dengan isu pasir di Selangor. Rakyat Selangor tidak akan makan pasir selagi PR memerintah. Lepas ini agaknya isu apa pula hendak dimainkan oleh pemimpin Umno Selangor. Biarlah Khir Toyo terus bercakap sebelum kita ketahui hasil siasatan SPRM terhadap rumah banglo berjuta kepunyaannya itu. Kisah wang tabung BALKIS pula bagaimana agaknya? Siapa agaknya yang memakai jam ratusan ribu `hadiah' seseorang kepada beliau dulu. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan