TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Rabu, 14 Julai 2010

UMNO JELUTONG - ADA CADANGAN SUPAYA MASUK PAKATAN SAJA

Rashid Ismail: OK untuk lompat ke Pakatan
Susan Loone
Jul 13, 10


Bekas ketua Umno Jelutong Datuk Abdul Rashid Ismail berkata parti Melayu itu tidak mungkin dapat terus berkuasa jika ia gagal menangani masalah-masalahnya. Beliau juga menasihatkan ahli-ahli bahagian bahawa tidak salah bagi melompat ke parti lain jika tidak berpuas hati.

Bahagian Umno Jelutong yang tercalar akibat pergeseran dalaman mengadakan mesyuarat agung tahunannya di Pulau Pinang, malam semalam dan tanpa menyangka mendapat sokongan daripada bekas pengerusinya yang kini adalah ahli seumumr hidup Umno dan terbabit dengan kerja-kerja NGO sejak persaraanya.

Abdul Rashid adalah ketua bahagian sebelum 2004 dan secara kontroversial digantung atas dakwaan politik wang tetapi menafikan perkara itu yang dikatakannya tidak berasas.

Sesudah digantung, beliau menjalani zaman yang mencabar apabila isterinya, Khatijah Zainuddin dibunuh di Jelutong pada April 2000.

Malam semalam, Abdul Rashid membuat pendedahan bahawa dia sanggup menyokong ahli-ahli seperjuangannya dari belakang.

"Apabila saya mendengar cerita sedih berhubung kepimpinan negeri yang membelakangkan perlembagaan (dengan menutup 17 cawangan Umno Jelutong), saya fikir saya perlu terbabit semula,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menolak cadangan yang beliau akan memegang jawatan kanan parti itu.

Abdul Rashid menggesa ahli-ahli yang tidak berpuas hati supaya terus memprotes dan berani memperjuangkan hak bagi memastikan cawangan mereka dihidupkan semula.


"Jangan rasa bersalah. Pilihan lain, anda boleh lompat ke parti lain seperti PKR atau PAS - masih ada Pakatan Rakyat. Ia masih boleh diterima kerana anda bukan melompat ke agama lain,” katanya kepada kira-kira 60 anggota yang hadir./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini