RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 14 Julai 2010

Raja Katak Tak Sedar Diri ?


Ibrahim Ali pula gesa Nazri Aziz ‘disisih’

Oleh G. Manimaran

Datuk Ibrahim Ali membidas Datuk Seri Nazri Aziz dengan menggesa agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu “disisihkan” dari Umno jika parti tersebut dan Barisan Nasional (BN) mahu kembali memperoleh sokongan rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.

Ini kali kedua dalam tempoh sebulan ini Nazri dan Ibrahim bertembung pendirian berhubung peranan dan aktiviti Perkasa.

“Perkasa hanya NGO... tidak ada apa yang nak rugi. Jadi ketepikan Nazri jika Umno dan BN mahu dapat kembali sokongan rakyat,” kata beliau sambil menegaskan, pihaknya tidak kisah kenyataan Nazri di lobi bangunan Parlimen awal hari ini.

Presiden Perkasa ini menyifatkan kenyataan Nazri sebagai satu “pandangan daripada orang yang hilang waras berfikir dan pendapat peribadi.”

“Nazri tak layak dilayan kerana tiada nilai dan buang masa. Saya amat simpati tapi apa boleh buat, kenyataan nya membuat umat Melayu lagi membenci pada Ummo.

“Pada masa yang sama tidak tambah nilai pada BN. Perkasa hanya NGO, tidak ada apa yang nak rugi,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini dalam respons berhubung kenyataan Nazri.

Terdahulu Nazri menegaskan, Umno tidak sama sekali menyokong atau mengiktiraf Perkasa yang mendakwa perjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menambah, Umno menentang amalan sebarang bentuk sikap perkauman.

Oleh itu katanya, idealisme Perkasa, pertubuhan yang berusia hampir dua tahun itu, tidak selari dengan fokus pentadbiran Najib yang menekankan pluraliti dan perpaduan.

“Kita harus mengetepikan sama sekali Perkasa. Mengapa saya kata begitu? Ini kerana Perkasa tidak seiring dengan konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Kami menentang sebarang bentuk perkauman dan sudah pasti (Perkasa) tidak disokong oleh Umno,” kata Nazri.

Ibrahim menganggap apa yang diperkatakan oleh Nazri hari ini sebagai satu pandangan peribadinya.

Oleh itu katanya, Nazri boleh mengatakan apa yang beliau mahukan dan Perkasa yang terus berkembang tidak kisah dengan kenyataannya.

“Perkasa setakat ini telah menerima lebih 200,000 borang permohonan mahu jadi ahli... kami tidak mendengar kepada seorang individu. Ahli-ahli Perkasa mempunyai hak untuk menentukan hala tujunya. Maka, kami tidak kisah apa diperkatakan oleh Nazri,” kata Ibrahim lagi.

Ketika ditanya sama ada Nazri merupakan salah seorang daripada 15 pemimpin politik yang bakal tidak mendapat sokongan Perkasa dalam pilihan raya umum ke-13, Ibrahim berkata, terlalu awal untuk memutuskan demikian.

“Biarkan beliau membuat bising dulu. Kemudian kami akan lihat. Ahli Perkasa dan orang Melayu tahu apa yang perlu dilakukan.

“Kami (Perkasa) tidak perlu melakukan apa-apa,” katanya.M/I/DetikDaily

Komen Blogger: Sudahlah wahai raja katak. Kerusi Parlimen Pasir Mas itu pun anda tumpang atau mendapat simpati dari PAS, janganlah cuba berlagak kuat mahu tentukan nasib Nazri Aziz pula. Buat malu je. Jika PAS tidak beri kerusi itu dulu, entah berapa banyak duit raja katak hangus kerana hilang deposit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan