RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 20 November 2010

SETELAH ZAID PUAS MENYERANG PKR, KINI GILIRAN PKR MENYERANG BALAS

Rapat Umum PKR label Zaid ‘pengkhianat, kurang ajar’

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
November 20, 2010

SHAH ALAM, 20 Nov — Pemimpin kanan PKR malam tadi secara sebulat suara melepaskan ‘peluru kritikan’ terhadap Datuk Zaid Ibrahim habis-habisan sambil menyifatkan bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu sebagai “kurang ajar” dan “pengkhianat” parti.

Ketikan berucap pada program Rapat Umum Keadilan Selangor Bersama Datuk Anwar Ibrahim di sini - kira-kira 12 jam selepas Zaid menetapkan tarikh muktamad keluar PKR, barisan pemimpin kanan termasuk Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengecam tindakan Zaid yang menggunakan akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia untuk menyerang pemimpin dan parti itu.

Malah majlis itu, yang diadakan seolah-olah untuk menjawab segala kecaman dan kritikan di sebalik isu Zaid keluar PKR, juga digunakan untuk melahirkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyampaikan ucapannya.

“Janganlah kita bercakap pada Utusan Malaysia. Munasabah atau tidak untuk bercakap hal rumah tangga kita kepada Utusan Malaysia?

“Tiada satu ahli dari PKR yang waras akan bercakap dengan Utusan Malaysia.

“Malah sejak parti ini ditubuhkan, tiada satu ahli pun yang bercakap dengan Utusan Malaysia yang selama ini mengecam kita,” kata Saifuddin ketika menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada pemimpin tertinggi, pemimpin peringkat negeri Selangor dan penyokong parti itu.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang turut menyifatkan Zaid sebagai “kurang ajar” apabila menyerang dan mempertikaikan kredibiliti Anwar, penasihat PKR dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

“Orang yang cintakan parti tidak akan mempertikai Ketua Umum (Anwar).

“Beliau telah dipukul, diaibkan dan dipenjarakan selama tujuh tahun kemudian keluar untuk kukuhkan parti, bina kekuatan antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat malah dapat lima juta undi daripada rakyat.

“Pemimpin seperti ini (Zaid) kurang ajar, jangan biarkan... setuju atau tidak untuk bersama dengan beliau? “Beliau mahu keluar parti 16 Disember... sebab nak jelajah nak dapat sokongan,” katanya. Menurut Saifuddin, PKR akan menjadi sebuah parti terkuat di Malaysia.

“Pemimpin akan datang dan pergi tapi parti keramat akan terus bersama rakyat.

“Parti ini akan jadi parti terkuat di Malaysia,” katanya. Semalam, Zaid mengumumkan akan meninggalkan PKR berkuat kuasa 16 Disember ini dan surat pemakluman mengenainya telah dihantar kepada ibu pejabat parti itu.

Sementara itu, Azmin menggesa kepimpinan tertinggi PKR supaya mengambil tindakan tegas terhadap “pengkhianat” dan “Trojan Horse” yang wujud dalam parti itu.

“Saya rayu Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), Timbalan Presien dan MPP (Majlis Pimpinan Pusat) supaya selesai Kongres PKR kepimpinan perlu tegas dan berani terhadap ‘Trojan Horse’ yang wujud dalam parti.

“Jangan tangguh atau bimbang dengan orang-orang seperti ini, kita bersama presiden jaga parti yang rakyat bina 12 tahun lalu.

“Yakin bila diserang kita akan bertambah kuat,” katanya. Tambah Azmin, PKR perlu membuktikan kepada semua bahawa parti itu bukan parti nyamuk ataupun parti serpihan sebaliknya adalah sebuah parti yang kukuh memperjuangkan hak rakyat.

“Seringkali parti diserang tapi saya yakin dan percaya apabila diserang maknanya kita kuat. “Kalau kita parti nyamuk atau parti serpihan tidak mungkin kita akan diserang,” katanya.

Ahli Parlimen Gombak itu juga berkata akan memberikan kerjasama kuat kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam usaha mempertahankan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya hari ini melahirkan kesetiaan dan komitmen untuk mempertahankan Menteri Besar. “Selama ini kita telah saksikan kejayaan di Selangor dan kita akan mempertahankan dasar-dasar yang dibawa kerajaan negeri.

“Selain itu kita juga mahu reformasi yang dibawa ini diteruskan ke Putrajaya,” kata Azmin. Bagi Syed Husin, keputusan untuk memboikot Utusan Malaysia adalah keputusan yang dicapai bersama parti komponen Pakatan Rakyat.

“Apa hendak kita gelarkan kepada seseorang yang menafikan keputusan Pakatan Rakyat memboikot Utusan Malaysia dan memburukkan parti?

“Jika orang ini hendak keluar... sila keluar. Jika orang ini nak gunakan tali gantung untuk gantung diri pastikan biar sampai mati,” katanya.

Sebelum ini, Zaid berkata tindakannya keluar PKR bukan kerana beliau mudah mengalah dan suka melompat parti sebaliknya kerana telah muak dengan masalah dalaman parti itu.

Beliau berkata tindakan nekad meninggalkan parti yang dianggotainya kira-kira 18 bulan lalu juga kerana berpegang kepada prinsip kebenaran.

Zaid berkata, tidak wajar bagi sesetengah pihak untuk menyamakan keadaan yang dihadapinya sekarang berbanding ketika beliau berada dalam Umno.

Menurutnya semasa dalam Umno beliau dipecat keahliannya manakala di PKR, beliau secara sukarela menarik diri meninggalkan perjuangan parti yang diterajui oleh Anwar.

Akhir 2008, Zaid, yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Baru serta ketua Umno Kota Baru, dipecat daripada Umno kerana tindakannya yang menyalahi Perlembagaan parti, khususnya kerana menghadiri majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat./Tranungkite

3 ulasan:

  1. Bukan main kuat saifudin dan azmin serta syd.husin membela annuar kerana parti PKR. hehehe. Sebenarnya bukan dia orang tu membela annuar atau PKR sangat tapi untuk diri masing2. Kalau anuar tak ada maka tak ada lah mereka jadi hilanglah punca syoru mereka. Cuma PKR sekarang perlu pemimpin2 yang bersih moralnya yang tak ada masaalah peribadi macam sianuar dan azmin. Banyak ahli2 PKR yanh dah mula sedar bahawa pemimpin2 PKR yang tertinggi dah tak boleh pakai lagi disebabkan dosa dan noda2 mereka tak boleh diampun maka kena lah undur diri anuar dan azmin kalau nak PKR kuat. Walaupun anuar yang mengasaskan parti keadilan hingga ribuan tahun sekalipun tapi kalau dah ada masaalah moral dan peribadi anuar terpaksa undur. Lihat pemimpin dunia yang ada masaalah sek skandal seperti united kingdom...John Profuma dan united states bekas presiden amerika clinton semua kena letak jawatan. Jadi anuar dan azmin kenalah letak jawatan hingga kes dia selesai kalau tidak banyak orang PKR ikut zaid masuk PKR Baru. Tak percaya tengoklah.

    BalasPadam
  2. jangan risau anak muda reformasi tetap bersama PKR PAKATAN RAKYAT!!!!
    PRU 13 Confirm milik Pakatan Rakyat!!!!

    BalasPadam
  3. hidup azmin ali....

    BalasPadam