RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 19 November 2010

ZAID - PKR, KAHWIN KONTRAK ATAU ADA MUSLIHAT?

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGAPA Dato Zaid memilih 16 Dis ini sebagai tarikh beliau keluar dari PKR? Di dalam FMT disebut, mungkin beliau ingin `menyindir' plan 16 Sept yang dicita-citakan oleh DS Anwar bagi menubuhkan kerajaan baru. Lebih penting lagi, Zaid tentunya ada muslihat mengapa beliau menangguhkan begitu lama untuk keluar dari PKR yang beliau sendiri anggap parti Anwar itu.

Amat menghairankan, Zaid begitu takut untuk mengambil pendirian tegas untuk keluar serta merta dari PKR. Apa yang beliau tunggu dari PKR sebelum tarikh tersebut? Adakah beliau masih tidak berpuas hati atau tidak mempunyai masa yang cukup untuk `menjahanam'kan PKR dari dalam? Sebab itu, maka beliau tangguhkan dahulu niat yang sudah ada untuk keluar parti? Alangkah buruknya niat dihati Zaid umpama suami atau isteri yang baru berkahwin, tetapi telah menetapkan tarikh untuk berpisah. Zaid dan PKR boleh dikatakan `kahwin kontrak' selama ini.

Nampaknya beberapa orang yang telah melompat dari PKR sebelum ini lebih berani dari Zaid. Zaid rupanya bukan anak jantan, memang wajar dan tepat beliau melompat keluar dari gelanggang pertarungan Timbalan Presiden PKR. PKR tidak perlu orang penikus seperti Zaid yang tidak pernah tegas dengan keputusannya sendiri. Jika beliau tegas dengan keputusannya, hari ini Zaid sudah berambus dari PKR.

Zaid Ibrahim mungkin mengharapkan PKR mengadakan pemilihan semula akibat desakan dan tekanan dari beberapa golongan minoriti di dalam PKR. Beliau juga mungkin berharap mahkamah akan berbuat sesuatu agar PKR diharamkan, atau setidak-tidaknya pemilihan terpaksa diadakan semula. Apabila ini berlaku, Zaid masih boleh menyertai pertandingan semula kerana beliau masih ahli parti sebelum 16 Dis ini. Atau, Zaid masih mengharapkan PKR memecat beliau serta merta dan beliau boleh menuding jari kepada PKR selepas itu.

Saya berharap PKR tidak melayani segala `mainan' penikus seperti Zaid. Sudah sampai masanya PKR mengambil tindakan tegas dan pecat Zaid serta merta. Biarpun tindakan itu nanti dilihat mematuhi kehendak Zaid, tetapi PKR mesti tegas kerana isu ini akan dijadikan pengajaran terhadap semua ahli PKR di masa akan datang. Mana mungkin PKR harus menyimpan Zaid yang secara terbuka menyebut tarikh bila beliau akan keluar dari PKR.

PKR harus meneliti kenyataan Zaid sebelum ini. Adakah kenyataan demi kenyataan beliau yang memburukkan parti tidak menjadi satu kesalahan? Adakah tidak menjadi suatu kesalahan di dalam PKR apabila seseorang yang masih menjadi ahli menyebut untuk keluar dari parti dan akan menubuhkan parti baru? Bukankah cita-cita dan niat yang diluahkan secara terbuka untuk menubuhkan parti baru adalah sebagai bukti tiadanya kesetiaan terhadap parti? PKR mesti tegas menghadapi orang seperti ini. Jangan biarkan penyakit yang dibawa oleh Zaid akan menular ke dalam parti.

Plan 16 Sept Anwar adalah plan yang baik kerana cita-cita untuk menubuhkan kerajaan baru bagi menggantikan Bn adalah cita-cita yang baik. Masalah berjaya atau tidak, itu masalah lain sebagaimana PAS juga pernah bercita-cita untuk menawan Terengganu di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, namun belum sampai masanya PAS menawan Terengganu. Namun, cita-cita itu amat baik dan perlu diteruskan. Apa yang boleh dibanggakan, plan 16 Sept oleh Anwar berjaya menjadikan Umno/Bn huru-hara seketika dan terjadilah peristiwa beberapa MP dari Bn melancung ke Taiwan. Anwar juga telah menerangkan secara fakta di dalam Parlimen mengapa plan ini gagal. Adakah bercita-cita atau meletakkan sasaran tetapi gagal merupakan suatu penipuan?

Berbeza dengan 16 Dis yang ditetapkan oleh Zaid. Tarikh tersebut jelas menunjukkan beliau tiada keberanian untuk melaksanakan apa yang beliau percaya. Jika beliau merasakan beliau lebih baik berada di luar PKR, mengapa yang baik itu perlu ditangguhkan? 16 Dis adalah melambangkan saat kejatuhan Zaid. Zaid mempunyai hak untuk keluar dari parti begitu juga untuk menubuhkan parti baru, masalahnya mengapa tidak sekarang setelah beliau amat yakin bahawa PKR tidak lagi sesuai buat dirinya? Mengapa 16 Dis? Tentu ada sesuatu yang Zaid rancangkan dan hanya Zaid sahaja yang tahu.

Sekali lagi, PKR mesti merealisasikan hasrat Zaid untuk keluar parti dengan segera. Jika Zaid lembab untuk mengambil keputusan yang dianggap terbaik buat dirinya itu, parti boleh membantunya dengan mengeluarkan Zaid lebih awal agar parti barunya lebih awal ditubuhkan./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Betul tu! UMNO yang dilihat lemah selepas PRU12 dahulu pun berani dan tegas memecat "virus" H1N1 ini dari menyebarkan penyakit ke dalam parti mereka. Masakan PKR pula yang takut dan terlalu berwaspada. Kalau UMNO yang banyak jasa kepada Zaid pun sanggup diketepikan oleh beliau, inikan pula PKR? Rasanya tiada apa-apa jasa pun beliau kepada PKR, cuma menumpang nama beliau yang agak popular sebagai bekas menteri UMNO dan pendesak kepada pembubaran ISA. Itu mungkin alasan beliau sewaktu mahu keluar UMNO yang dilihatnya lemah dan beliau sendiri tidak tahan akan tekanan daripada MP Pembangkang yang ramai di dewan. Tapi cuba lihat penglibatan beliau sekarang dalam gerakan menghapuskan ISA? Tak ada langsung penglibatan.... Bukankah itu satu sandiwara politik kotor beliau? Hanya orang yang berfikiran tahi cicak sahaja yang layak menyertai parti beliau kelak.

    BalasPadam
  2. Tuan blog..
    Mungkin takut dan bertangguh kerana masih menoleh-noleh siapalah agaknya yang nak join tubuh parti baru. Ini soal air muka Bro...tubuh boleh tapi siapa pengikut. Setakat ini pun tak ada giant PKR nak ikut dia. Individu pun berapa kerat sahaja. Toleh lagi...Blogger yg dulu-dulu bedegar-degar sokong dia pun dah mula menyunyi. Tak ada apalah dia nih. Setakat sebaris Jul Kulim dan Ijam saja. Kokok kuat....apa pun tak ada. Terjun sendiri dgn labu jer.
    oleh
    WarikHirang

    BalasPadam
  3. Kekecohan besar yg sebenarnya tiada apa2 pun hanyalah mainan media perdana. Pasal zaid ni, pecat segera supaya racun yg ditinggalkan tidak merebak.

    BalasPadam