RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 6 Januari 2011

DERHAKA PADA RAJA - SULTAN HARUS DIBERI PENJELASAN SEBENAR

Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS diucapkan kepada Adun Sri Muda, YB Shuhaimi Shafie yang merendah diri serta menjunjung kasih untuk bersedia mengadap ke Bawah DYMM Sultan Selangor berkenaan isu penulisan di blognya yang dituduh oleh puak-puak sekutu Apco sebagai menderhaka kepada Sultan. Alangkah bodohnya mereka itu kerana tidak tahu membezakan mana satu penderhakaan dengan teguran atau pun pandangan.

Mungkin bagi mereka menegur mana-mana institusi Raja adalah perbuatan derhaka, manakala merampas kuasa Raja atau pun menggelar Raja atau Sultan sebagai `natang' bukan menderhaka. Biarlah mereka dengan fahaman bodoh serta dungu seperti itu. Di zaman manusia semakin celik ini bukan semua rakyat boleh diperdayakan dengan fahaman jahilliyyah mereka itu. Di dalam kepala otak sekutu Apco hanyalah untuk memperbodohkan semua orang demi kepentingan kuasa mereka.

Di dalam Islam, tegur menegur dan ingat mengingat sesama kita hatta kepada pemimpin mahu pun Raja adalah sesuatu yang dituntut. Sekiranya teguran itu tidak betul, hendaklah si penegur itu ditegur kembali dengan membawakan hujah yang benar, bukan dengan melarangnya dari menegur apatah lagi hingga ke peringkat ingin `digantung'. Itu bukan cara bertamaddun, tetapi itu adalah cara pemerintahan di rimba.

YB Shuhaimi memang wajar mengadap Ke Bawah DYMM Sultan Selangor untuk memperjelaskan apakah yang mungkin telah dikelirukan oleh media haprak sehari dua ini. Sultan juga manusia biasa yang dicipta Allah, tentunya memerlukan maklumat yang betul kerana sebagai manusia tidak semua yang difikirkan adalah betul dan tepat dan manusia juga tidak boleh mengetahui semua perkara. Justeru itu, YB Shuhaimi mesti memaklumkan perkara sebenar kepada DYMM Sultan.

Jangan kita menjadi seperti puak sekutu Apco yang hanya pandai `pukul curi' tetapi teramat takut dan kecut bila berdepan. Mereka hanya pandai berkokok di depan media kepunyaan mereka sahaja. Mereka hanya memerlukan Istana tatkala mereka tersepit, tetapi apabila mereka mendapat sebesar kuasa, jika boleh langit pun mereka mahu kuasai. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. jangan buang masa buat perkara yang kita dah tau apa kesudahannya.
    bekas PM Tun Dr M dah nampak perkara ini sebelum ini (1983,1993),cuma PAS saja yang tak mau terima hakikat apa yang Dr Mahadir buat dulu betul.
    Dicelah pindaan ini telah dibuat pun perkara macam ni bolih terjadi,apatah lagi kalau tak ada pindaan.

    BalasPadam