RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 3 Januari 2011

MABUK DAN HINA MELAYU, SIAPA WARTAWAN ITU? KALAU TAHU JOM BERPANTUN....

Wartawan TV hina orang Melayu


DALAM rakaman YouTube ini, seorang wartawan TV dikepung selepas didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.

SHAH ALAM – Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.

Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.

Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.

Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar./Kosmo

3 ulasan:

  1. Bismillah,
    Pelik...bila isu MELAYU sensitif sangat puak2 ni,tetapi bila bab2 penghinaan terhadap ISLAM tidak pulak semacam ini untuk mempertahankan.

    Jadikan Islam Itu Panduan Hidup...

    BalasPadam
  2. SAPAKAH SIKITUL INI ? GENG MAMAK KUTTY KAH ? GENG NAJIBUR LOSMAH KAH ? ATAU GENG APCO YANG DIDATANGKAN KHAS UNTUK JAHANAMKAN MELAYU ,MALAYSIA & ISLAM !
    PANGLIMA SIBER UMNOI@APCO TENTU TAU SAPA MALAUN NI KERANA SEJENIS DENGAN DEPA !

    BalasPadam
  3. Mungkin betoi Karam Singh ni mabuk,tapi yang hampa duduk dalam majlis orang mabuk tu buat apa.
    Waktu tengah mabuk tu pun dia pandai minta maaf kalau nak banding dengan hampa yang buat kelaku lebih kurang macam ni, tapi tak pernah mau minta maaf,kira hampa lagi terok.Terok pasai hampa orang Islam.
    Antara kata dia:Melayu bukan berasal dari Malaysia.Betoilah tu.
    Melayu Naina Marican dan Melayu Ahmad Ismail serta beberapa Melayu dalam Perkasa tu asal dari Malaysia ka?

    BalasPadam